Isnin

KOHLRABI HIJAU SELAMAT MEMBESAR DI KBR

Tags



Kohlrabi Hijau



Orang kata mencuba sesuatu yang baharu akan memantapkan lagi pengetahuan kita pada perkara tersebut dan juga boleh menambah pengalaman sedia ada. Semangat inquiri harus ada pada diri kita agar ilmu, pengetahuan dan pengalaman senantiasa meningkat dan bertambah. Inilah cara hidup yang perlu diamalkan dalam apa-apa bidang yang kalian ceburi atau minati. Semangat inquiri Sir Graham Bell telah menemui penciptaan telefon yang kini digunapakai di seluruh dunia dan memudahkan kepada komunikasisesama. Wah merepek pula pengenalan tanomkinotuan kali ini. Haha...

Berbalik kepada topik asal. Tanomkinotuan mencuba menanam satu jenis sayuran luar negara yang popular di sana. ia dikenali sebagai kohlrabi. Sayur kohlrabi juga digelar Jerman turnip atau turnips cabbage. Kohlrabi masuk dalam keluarga braccica bersama-sama dengan dengan kobis, kailan, kobis bunga, brokoli dan sebagainya. Tanaman kohlrabi termasuk dalam sayuran tanaman musim-sejuk dan ia sangat sesuai tumbuh di negara kita terutamanya di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland di Semenanjung dan Kundasang Sabah. Ia jenis sayuran annual (cepat matang, membesar atau cepat dituai).

Sayur kohlrabi adalah tanaman pokok yang akan membengkak pada pangkal pokok. Pokok kohlrabi sangat cepat membesar dan cepat dituai dengan hanya sebulan lebih sahaja selepas disemai atau ditanam. Bahagian membengkaklah yanag akan dimakan sebagai sayur. Struktur rasa sama seperti batang brokoli tetapi agak manis dan ranggup.


Inilah yang dikatakan oleh tanomkinotuan, mencuba sesuatu yang baharu. Tanomkinotuan pada masa lalu mencuba melayari internet kerana bosan melanda. Turun ke laman melihat pokok dan sayuran pun malas. Hendak tidur nak relaxkan badan pun kepala sudah tidak mengantuk. Jadi untuk menghabiskan masa terluang tanomkinotuan melayari internet sambil baring. Tanomkinotuan kalau melayari internet hanya dua perkara, jika bukan melayari laman sesawang yang berkaitan dengan kerja, akan menyusup masuk ke laman sesawang bahagian sayuran, benih, panduan menanam sayuran dan lain-lain. Sanggup berjam-jam menalaah, membaca dan memahami apa yang dilihat walaupun bahasa English pun berterabur. hihi.

Maka dijadikan cerita, tanomkinotuan melayarilah internet berkaitan dengan sayuran. Mana hendak beli benih. Telefon kawan ni dan dia bersetuju poskan benih kohlrabi minggu depan. Huhhhhh... tenang je rasa ni sambil terbayang-bayang mengerjakan batas semaian akan datang. Tanomkinotuan boleh jadi gila sikit pasal benih. Sudah ongkosnya susut separas laut tetapi kemahuan membeli tidak dapat dibendung. Ini penyakit teruk ni... haha


Minggu yang ditunggu-tunggu tibalah benih kohlrabi ditangan. Kini masa untuk mengerjakannya. Pertama tanomkinotuan menyediakan cup plastik saiz sederhana dengan disisi dengan media campuran cocopeat, kompos dan pasir. Benih kohlrabi ditabur dan disiram. Kini tanomkinotuan menunggu benih naik ke permukaan dengan menyimpannya ditempat selamat tetapi masih terkena haba.

Amat memeranjatkan benih kohlrabi naik selepas 3 hari. Ini sangat-sangat mengujakan. Apa tidaknya hasilnya sudah hampir. Kikikiki. Dengan hati-hati tanomkinotuan alihkan satu persatu anak pokok kohlrabi ke bekas lain untuk tumbuhbesaran yang baik. Minggu seterusnya dengan riang hati tanomkinotuan kembali semula ke rumah dan langsung ke tempat semaian anak pokok kohlrabi. Alangkah terkejutnya 25 anak pokok kohlrabi dalam bekas semaian lesap begitu sahaja. Hanya tinggal 4 anak pokok yang selamat dari serangan siput babi saiz sederhana. Hendak luluh hati atau hendak marah pun tanomkinotuan sudah tidak mampu hahaha. Tanomkinotuan redha sahaja akan ketentuanNya. Lagipun masih ada 4 anak pokok lagi, bolehlah ditatang dengan penuh kasih sayang.

Selepas anak pokok mempunyai 4 helai daun, tanomkinotuan alihkan ke batas dengan membuat pengemburan tanah sedalam 1 kaki. Bubuh baja kompos dan sedikit baja subur organik. Barulah ditanam dan disiram. tetapi sekali lagi malapetaka terjadi 3 anak pokok mati reput disebabkan kucing peliharaan senang-senang saja buang tinjanya di kawasan tu. Maka anak pokok kohlrabi sepokok inilah sahaja yang berjaya dituai. Bersyukurlah dapat merasa sebiji tuber sayur kohlrabi dari 25 anak pokok tinggal 1 anak pokok. Sedapnya tuber kohlrabi bila masak tumis dicampur dengan udang dan sos tiram. Akan datang tanomkinotuan menanam semula benih kohlrabi dan kali ini semasa proses semaian akan dijaga sepenuhnya.

Tidak rugi mencuba menanam pelbagai jenis sayur. Kita akan tahu ciri-ciri setiap jenis pokok apabila sudah pernah menanamnya. Dan akan datang dapat mengatasi masalah dan diperbaiki semasa tanaman kali kedua. Tetapi saya dah berkali-kali mencuba menanam pokok tin namun hampa hingga kini. Ahad lepas baru sahaja menyemai beberapa variati keratan pokok tin seperti BTM6, Black Libya, Brown turkey dan Pertugal fig. Tengok apa kejadiannya. Jika gagal lagi beli lagi dan semai lagi. hahahahahahaha hingga emak tanomkinotuan kata "tidak berbaloi malah rugi" tapi saya buat biasa sahaja. kikikiki.


Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon