Sabtu

Halia Hitam Bernilai Tinggi Dalam Amalan Perubatan


Tahukah anda satu lagi jenis pokok dalam keluarga halia ialah pokok halia hitam (wild black ginger) yang hidup subur ditengah kebun getah kepunyaan abang tanomkinotuan. Tanomkinotuan teruja melihat pokok ini yang sudah beranak pinak.

Kedatangan tanomkinotuan ke kebun abang jalan kimanis - KK minggu lepas untuk melihat sayuran yang ditanam dikebunnya sambil menuai sayur yang diinginkan. Tanomkinotuan berjalanlah ke tengah-tengah kebun getah tersebut. Masyallah ternyata tanomkinotuan baru melangkah beberapa langkah sudah semput separuh mati. Apa tidaknya, bukit sungguh kebun getah ini. Jika tidak berhati-hati tergolek ke bawah. 




Sambil berjalan melilau mata tanomkinotuan disekitar kebun melihat tumbuhan yang rare dan boleh dibawa pulang. Tanomkinotuan suka menyabut pokok yang boleh dijadikan hiasan, maklum saja kawasan ini banyak pokok-pokok atau tumbuhan yang cantik dan unik terutamanya tumbuhan dalam keluarga keladi hutan.

Disinilah tanomkinotuan melihat pokok halia hitam. Mengikut cerita abang tanomkinotuan, pokok halia hitam ini ditanam oleh kawannya dahulu semasa masih bertani di tanah ini. Apabila abang tanomkinotuan menanam getah pokok halia hitam dijaga hingga hari ini. Katanya halia hitam ini berkhasiat untuk kesihatan. 

Pokok halia hitam mempunyai pokok saiz besar, suka tumbuh dikawasan teduh/separah teduh atau dibawah cahaya matahari. Daunnya warna hijau lebih lebar berbanding daun halia sebenar. Daun tersusun selari sebelah menyebelah bagi setiap batangnya. Daunnya beraroma kuat. Mempunyai rizom dan berapang banyak. Tunas akan keluar dari rizom/umbisi bagi kelansungan hidup pokok ini. Risom sedikit keras dan berwarna keungguan terang apabila rizom sudah matang dan merah jambu terang apabila rizom masih muda. Rizom beraroma kuat yang unik. 




Semasa tanomkinotuan mencuba mengorek rizomnya, rizom agak muda lagi. Rizom jika masih muda kelihatan merah cerah. Rizomnya jika tanah subur dan sedikit terlindung dibawah teduhan pokok-pokok, isinya agak bersaiz besar lebih besar dari rizom halia sebenar.


 Beginilah rizom yang dituai ciri-cirinya dan bentuknya sama dengan rizom halia sebenar.




Apabila rizomnya sudah kelihatan matang warnanya seakan merah cerah keunguan dan aroma sangat kuat, aroma berbeza dengan aroma halia. Rizomnya diambil untuk disemai dan ditanam di kebun KBR tanomkinotuan bagi menambah koleksi pokok herba. 

Rizom dicuci bersih dan dihiris nipis bersama batangnya rebus dengan air banyak dan digunakan mandi bagi ibu-ibu lepas bersalin. Boleh juga dicampurkan dengan pokok sembung, serai wangi dan lain-lain.

Bagi mereka yang berminat menanam halia hitam untuk koleksi pokok-pokok herba boleh mencuba membeli rizomnya dari tanomkinotuan dengan harga kasih sayang rm15.00 (3 rizom) dan postage rm10.00. Pengeposan boleh dilakukan ke seluruh Malaysia menggunakan pos laju. Email ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke 019-5320756 (jus) untuk maklumat lanjut.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon