Selasa

PENJUALAN BENIH DAN ANAK POKOK VARIATI ASPARAGUS

Tags


Siapa kata pokok asaparagus tidak sesuai tumbuh di negara kita. Pokok asparagus ialah pokok yang tumbuh dan suka dengan cahaya matahari yang banyak (full sun) dari pagi hingga petang. Pokok ini lebih subur dan tinggi apabila menerima cahaya matahari yang banyak. Tanomkinotuan sudah menanam beberapa variati pokok asparagus melalui biji benih, anak pokok dan mahkota akar (crown asparagus) dan ketiga-tiga cara ini sangat-sangat sesuai dan digalakkan kepada para pencinta pokok asparagus.

Beberapa variati pokok asparagus yang ada ditanam ialah Variati Marry Washington (hijau), Asparagus de'argentuil (hijau-putih), asparagus Connover's Colossal (hijau), Pacific Passion Asparagus (ungu) dan tanomkinotuan mencuba pula satu lagi variati benih asparagus yang dikenali sebagai asparagus Jersey Gaint atau Jersey Gaint Asparagus. Variati ini dikatakan mempunyai dan menghasilkan tombak/tunas muda yang bersaiz besar. Tanomkinotuan belum menanamnya lagi baru menyediakan tapak semaian dengan menggunakan tray semaian yang boleh dibeli di kedai pertanian.

Oleh itu kepada pembaca di luar sana yang berminat menanam pokok asparagus dari anak pokok, bolehlah menempah dan membeli di blog ini. Tanomkinotuan ada menjual anak pokok asparagus variati de'argentuil yang berasal dari negara Perancis. Pokok asparagus ini sangat-sangat tahan penyakit, suka akan cuaca melebihi 6 jam dan jenis pokok high feed (perlu bubuh baja lebih banyak sekurang-kurangnya 2 minggu sekali).

Asparagus de' argentuil sangat sesuai ditanam dalam polibag, pasu atau kontena jika mempunyai ruang terhad. Namun begitu ia sesuai ditanam atas tanah atau batas.
Tanomkinotuan membuka harga mampu milik bagi harga anak pokok de'argentuil iaitu rm3.50 sepokok. Postage adalah rm10.00 dengan menggunakan perkhidmatan pos laju. Jika mengambil anak pokok kurang dari 20 pokok harga postage tetap sama iaitu rm10.00 manakala di atas 20 anak pokok postage ditambah kepada RM14.50 sekali perkhidmatan.

Selain itu tanomkinotuan juga menjual benih asparagus dari variati Marry Washington iaitu harga kasih sayang rm2.00 (6 biji asparagus). Postage boleh memilih sama ada pos biasa rm2.00, pos ekspress rm4.00 atau pos laju rm10. Percambahan benih ditahap tinggi iaitu 98%, sebelum dibuka harga tanomkinotuan lebih dulu menyemainya untuk mengetahui percambahan berjaya atau tidak. Jadi jangan bimbang akan masalah ini.

Juga tanomkinotuan membuka harga kepada anak pokok asparagus dari variati Asparagus Pacific Purple (warna ungu) untuk dijual kepada sesiapa yang berminat membeli anak pokok asparagus pacific passion ini. Usia pokok ialah 4 bulan setengah. Oleh yang demikian, harga sepokok asparagus pacific purple ialah RM25.00 manakala postage pula ialah rm10.00 sahaja. Anak pokok asparagus pacific purple adalah terhad. Diringkaskan seperti di bawah:


  • Anak pokok asparagus de'argentuil rm 3.50 (sepokok)
  • Benih asparagus marry washington rm2.00 (6 biji sahaja)
  • Anak pokok asparagus pacific purple rm25.00 (sepokok)

Cara Pembelian:

Tentukan mana satu yang anda hendak beli sama ada anak pokok asparagus de'argentuil, benih asparagus marry washington atau anak pokok asparagus pacific purple usia 4 bulan lebih. Kemudian email ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke 019-5320756 (Jus) untuk tindakan pertanyaan, soalan dan pembayaran. Setelah bukti pembayaran sudah diterima barulah tanomkinotuan melakukan pengeposan pada hari sabtu atau hari-hari berikutnya. Bagi yang menggunakan khidmat pos laju dan pos ekspress no tracking akan diberikan untuk anda menelusuri keberadaan kiriman.

Apa tunggu lagi hubungi tanomkinotuan untuk tempahan benih, anak pokok asparagus ini. SEGALA BENIH DAN ANAK POKOK ADALAH SANGAT-SANGAT TERHAD.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Sabtu

PAKEJ PROMOSI BENIH BULAN OGOS-SEPTEMBER (BENIH-BENIH BAHARU)

Tags


Penjualan pakej benih secara online kini dibuka pada bulan Ogos - September. Tanomkinotuan perkenalkan pakej benih bulan ini yang boleh dibeli atau dipesan mula hari ini secara online. Sebanyak 15 jenis benih yang boleh diperolehi melalui pakej ini dengan hanya RM29.00 sahaja setiap pakej. Ya, harga mampu milik hanya RM29.00 sahaja. Harga ini sudah  termasuk harga postage kiriman benih dan bayar hanya sekali sahaja.

Sebahagian benih adalah dimatangkan melalui kebun di KBR dan sebahagian lagi diperolehi dari sahabat dan penanam sayuran di kampung-kampung. Untuk pengetahuan para pembaca semua, benih blog tanomkinotuan tidak dibubuh serbuk racun untuk mengelak dari serangga perosak. Oleh yang demikian, sekiranya benih yang sampai ke rumah anda telah rosak atau diserang makhluk perosak seperti hama, bubuk dan sebagainya laporkan kepada tanomkinotuan masalah tersebut dan tanomkinotuan.blogspot akan mengantikan benih yang baharu termasuk postagenya sekali. Berikut adalah senarai pakej benih mengikut kumpulan:


PAKEJ PROMOSI BENIH A (RM29.00 SAHAJA);

1. BROKOLI WALTHAM - 1 PEK

2. BEET ROOT DETROIT - 1 PEK

3. BRUSSELS SPROUT - 1 PEK

4. LOBAK MERAH LADY FINGER - 1 PEK

5. SAWI KERINTING (ONG KING) - 1 PEK

6. BENDI ALABAMA - 1 PEK

7. KOBIS BUNGA SNOWBALL - 1 PEK

8. THYME HERB - 1 PEK

9. SAWI KALE - 1 PEK

10. SALAD BLACK SEEDS SIMPSON - 1 PEK

11. SORGHUM FRANCIS - 1 PEK

12. KACANG TANAH PULUT BATIK - 1 PEK

13. KACANG LIMA HENDERSON - 1 PEK

14. CHERRY BELLE RADISH - 1 PEK

15. EVERGREEN BUNCHING ONION - 1 PEK


Cara tempahan atau pembelian benih pakej online:


Jika anda berminat dengan dengan benih di atas, sila bank in wang atau harga benih RM29.00 ke akaun di bawah yang tertera:

MAYBANK
NO Akaun 160090411250 
atas nama Jusery Bin Jausin 

Kemudian emailkan bukti pembayaran ke email borosmomogun@gmail atau whatsapp bukti pembayaran ke no telefon 019-5320756 berserta Nama penuh anda, alamat tempat tinggal/tempat bekerja dan no telefon anda.

Pengeposan tempahan benih akan dipos setelah bukti pembayaran diterima. Apa tunggu lagi tempah sekarang untuk tanaman sayuran dilaman rumah anda.

Jika hendak beli benih-benih yang lain boleh klik 

PANDUAN MENGALIHKAN KERATAN BATANG CINCAU HITAM

Tags


Tanomkinotuan hanya tahu makan atau minum air berasaskan cincau hitam. Ingatkan cincau hitam ni diperbuat daripada agar-agar dari rumpai laut. Selama ini tanomkinotuan tersilap. Cincau hitam sebenarnya diperbuat dari tumbuhan ini iaitu cincau hitam vietnam.

Cincau hitam vietnam atau nama saintifiknya ialah Mesona procumbens adalah salah satu tumbuhan yang boleh dibuat agar-agar cincau hitam. 

Tanomkinotuan tidak bercakap panjang cara-cara membuat cincau tetapi berkongsi panduan untuk mengalihkan keratan batang pokok cincau yang sudah diakarkan selama 2 minggu. Secara ringkasnya, cara untuk mengakarkan keratan pokok cincau ialah sediakan box plastik bertutup, masukkan cocopeat setengah penuh. Potong batang mudah pokok cincau dan cucuk ke dalam cocopeat kira-kira 3 inci. Siram agar cocopeat menjadi lembab dan sedikit basah. Kemudian tutup box tersebut. Tunggu sehingga 2 minggu untuk keratan batang pokok cincau berakar. Dalam tempoh 2 minggu jangan mengerakkan box tersebut agar pengakaran tidak terganggu. Letakkan dikawasan teduh tetapi masih terkena cahaya matahari pada waktu pagi. 

Setelah 2 minggu bolehlah ke langkah seterusnya iaitu mengalihkan anak pokok ke polibag atau bekas tanaman.



Beginilah keratan batang pokok cincau hitam yang diakarkan di dalam box selama 2 minggu. Kelembapan sederhana dan haba matahari pada waktu pagi diperlukan untuk proses pengakaran yang sempurna.

Jika media/cocopeat agak kering atau terlalu basah keratan batang pokok cincau hitam tidak mampu untuk berakar dengan baik dan mati. 




Pengakaran berjaya bagi keratan pokok cincau hitam. Ia sesuai dialihkan ke pasu atau polibag.




Pertama sekali guna polibag atau pasu yang baharu dan bebas pencemaran. Isikan media potting soil atau media campuran. Media campuran boleh dibeli di kedai-kedai pertanian berhampiran rumah anda.

Guna media poros atau media tidak menyerap air dengan banyak dan lama. Takut akar lemas dan pokok akan mati.




Buat lubang sedalam 2 inci ditengah polibag bagi keratan batang pokok cincau hitam ditanam. 




Masukkan anak pokok cincau ke dalam lubang yang telah dibuat. Tegakkan pokok.




Timbus semula lubang tersebut dan tekan media ke bawah secara perlahan-lahan. Tambah media jika perlu. Kemudian siram anak pokok dengan air secukupnya.




Simpan anak pokok ditempat teduh selama 1 hingga 2 munggu. Siram jika media didapati kering. Setelah pokok mula membesar dan akar sudah kuat. Bolehlah letak ditempat panas untuk pertumbuhan maksimum. Baja pokok cincau anda 1 kali dalam 2 minggu menggunakan baja subur organik. 

Anda boleh memindahkan langsung ke pasu besar untuk jimat kerja-kerja pemindahan. Sekiranya pokok sudah matang (sebelum berbunga) bolehlah tuai dan keringkan. Bolehlah membuat agar-agar cincau hitam di rumah. Sila rujuk di google untuk membuat agar-agar cincau di google. Berminat menanam pokok cincau hitam? Jom menanam cincau hitam di laman rumah.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Selasa

SAYURAN DI KBR BULAN OGOS

Tags

Berikut dikongsikan beberapa sayuran yang masih gah ditanam di KBR. Tanaman untuk bulan ini bagi bekalan sayuran akan datang. Tidak lupa juga dengan beberapa pokok herba yang diselitkan bersama. Bulan ini adalah bulan menyemai benih kerana kelembapan tidak terlalu panas tidak juga terlalu sejuk sesuai pertumbuhan pokok yang ingin ditanam.

Berikut adalah tanaman yang sempat diambil gambarnya:



Gambar pertama adalah anak pokok jagung manis hitam korea. Benihnya dapat dari seorang kawan. Ini adalah anak pokok tanaman kedua dari benih yang dimatangkan tempoh hari. Tanomkinotuan tanam pada batas berpagar kerana takut dicakar oleh sabg ayam yang tidak makan saman.

Jagung hitam korea ini hanya mengambil masa 3 bulan lebih untuk tuaian.




Pokok asparagus variati pasific purple ini baru sahaja dipindahkan ke polibag saiz besar 16 x 18'. Sebelum ini menggunakan polibag sederhana untuk pokok asparagus variati marry washington. 




Percubaan menyemai pokok herba rerama yang terkenal dapat mengubati kanser ini hanya 3 pokok yang berjaya tumbuh subur daripada 15 biji yang disemai. Mungkin tanomkinotuan silap teknik semaian menyebabkan benih tidak bercambah.

Pokok rerama tidak menyukai cuaca panas dan hujan lebat. Elok disimpan di kawasan teduh selamanya. Adapun bagi mereka yang menanam pokok rerama dan hidup subur di tempat terbuka yakni selamat terkena hujan dan panas mungkin media jenis poros dan tidak menakung air dalam tempoh yang lama. 




Pokok rosmarry yang direndam selama 3 minggu hingga meneluarkan akar kini telah ditanam dalam pasu dan cup plastik. Moga hidup dengan baik. Percubaan kali pertama untuk merendamnya dalam air membuahkan hasil. Harap berjaya tumbuh dengan baik.




Ini kali keempat tanomkinotuan menanam bunga kobis di halaman rumah. Hari ini tanomkinotuan mencuba menanam variati kobis bunga dari jenis heirloom pula. Kata orang menanam benih jenis heirloom terutamanya kobis bunga memang kena sabar kerana pokok memang lama hendak berbunga. tetapi sekali pokok-pokok yang ditanam mengeluarkan bunga memang seronok dan mengujakan. 



Mungkin pembaca sudah pernah nampak lobak putih yang banyak dijual di kedai, open-market atau pasaraya? salah satu bahan yang cukup bagus dalam masakan berasaskan sup. Tetapi gambar di atas adalah jenis lobak putih sakurajima atau Sakurajima Radish berasal dari Pulau Sakurajima di Jepun. Lobaknya memang bersaiz besar dan mampu membesar lebih besar dari budak usia 2 tahun atau lebih. Agak keras sedikit lobaknya berbanding lobak putih yang biasa. Tetapi bagus dicampurkan di dalam sup ayam atau daging. sedapp...



Pokok kacang panjang renek juga tunggu masa hendak tuai. Pokok kacang renek telah menghasilkan buahnya yang banyak disambil bung-bunga yang kembang cantik.




Pokok tomato yang ditanam di laman rumah juga berbunga lebat. Tomato ikut pemerhatian tanomkinotuan sangat bagus ditanam semasa musim kemarau berbanding hujan kecuali pokok tomato anda ditanam di kawasan teduh (plastik lutsinar) atau pun di akwasan tanah tinggi. Kalau tidak hujan akan melemaskan akar pokok dan akan layu lalu mati.




Kobis drumstick tanomkinotuan sudah hasilkan heading yang cantik. Pokok kobis jika dijaga dengan betul sangat mudah tumbuh subur yakni jaga pembajaan, kelembapan dan cahaya matahari. Namun banyak pokok kobis tanomkinotuan diserang oleh ulat pemakan daun. lihat sahaja pada gambar, pelbagai peta terhasil oleh ulat-ulat tersebut tetapi ia tidaklah menjejaskan penghasilan heading kobis.. hehe

Begitulah cerita dan gambaran sayuran tanomkinotuan yang kini tumbuh sihat dan selamat di KBR. Tanomkinotuan hanya turun di laman dan memetik sayuran yang diingini dan masak hehe. Jom menanam sayur di laman rumah. Tanam dalam pasu pun boleh...

Selamat bertani dan menuai hasil...