Ahad

TANAMAN DI KBR AWAL TAHUN 2016

Tags

Hari ini baru sempat hendak membuat entry mengenai tanaman yang sedang membesar di KBR. Awal bulan Januari hingga pertengahan bulan Febuari adalah masa proses pembersihan kebun dan membuat pemgemburan batas. Kekangan masa menyebabkan batas-batas lewat disiapkan. Hanya berada di rumah pada hujung-hujung minggu jadi hari sabtu adalah hari pembatasan yang sangat memeritkan tetapi berbaloi dengan peluh-peluh petani membasahi seluruh anggota bandan dan menitik jatuh ke tanah. Amboiiii... galaknya bahasa.

Sambil-sambil membuat pengemburan dan pembatasan tanomkinotuan akan mula menyemai atau menanam batas yang telah siap. Masih terdapat batas yang perlu digembur tetapi kenalah ikut giliran yang telah ditetapkan, hehe. Berikut gambar-gambar yang berjaya diambil kelmarin petang. 



Selepas kejayaan menanam kobis bunga, brokoli dan kobis cina bulat kini tanomkinotuan beralih kepada tanaman kobis musim panas pula. Kobis ini disemai dalam cup plastik terlebih dahulu dan dialihkan apabila anak pokok berusia 2 minggu. Pokok anak kobis ini baru berusia 1 minggu selepas dialihkan ke batas.

Batas ini juga ditabur benih sawi putih dan sawi kerinting (Ong King) kerana batas yang disiap agak terhad. Bolehlah praktiskan tanaman campuran atau companion plants..




Inilah pokok timun kristal bulat tanomkinotuan baru berusia 3 minggu disebabkan terpaksa bersaing dengan pokok sawi bunga manis yang ditanam bersama. Pokok sawi manis sudah habis dituai dan kini selesalah pokok timun kristal bulat ini membesar dengan baik. Setakat ini pokok timun kristal bulat tidak mempunyai sebarang masalah dan diharapkan pokok ini membesar sihat.

Benih pokok timun kristal bulat ini sama dengan saudara-saudara timunnya yang lain, daun, pokok dan ciri pokok 100% sama cuma yang berbeza ialah buahnya yang bulat dan berwarna sedikit putih, sebab itu dikenali sebagai timun kristal bulat.Kita tunggu hasil buahnya 3 minggu dari sekarang.




Percubaan pertama kali menanam kacang poi yang benihnya didatangkan khas dari Negeri Kedah. Tanomkinotuan mempunyai seorang kawan yang baik hati dan pemurah. Sanggup dia balik ke kampung untuk mendapatkan benih kacang poi ini dan pos ke Sabah. Terima kasih kepada sahabat ku semoga anda akan dilimpahkan rezeki, kesihatan yang baik dan mendapat berkah sekeluarga dari Allah swt. 

Uniknya kacang poi mempunyai pokok renek dan daun berbentuk 3 serangkai dalam satu tangkai. Isi terhasil dalam tanah dan setiap pod hanya mempunyai sebiji yang berwarna merah saga. Sedap direbus begitu sahaja atau rebus dan buang podnya dan goreng dengan minyak panas. Kemudian bubuh sedikit garam bagi menaikkan lemaknya. memang sedap....




Tempoh hari tanomkinotuan mendapatkan benih kacang renek dari rakan FB, maka ditanamlah benih tersebut. Pokoknya tidaklah sesihat seperti pokok lain. Maka dijadikan cerita hanya satu sahaja buah yang terhasil. Dengan sabar tanomkinotuan biarkan buahnya matang untuk benih dikemudian hari. Inilah hasilnya. Pokok nampak sihat dan hijau cantik. Pokok kacang panjang renek ini akan juga dijadikan benih kerana hanya 2 pokok sahaja yang berjaya membesar. 




Mungkin ramai sudah mengetahui lobak putih yang biasa dan banyak dijual di supermarket atau pasar lain. Tetapi gambar di atas adalah lobak putih atau radish gergasi sakurijima. Tumbuhan berasal dari pulau sakurijima di Jepun. mempunyai umbisi bulat yang bersaiz besar. Pokok radish sakurijima baru berusia 3 minggu. Tanomkinotuan hanya menunggu 2 bulan lagi untuk mendapatkan umbisinya yang bersaiz besar itu. Mungkin radish ini juga sesuai dicampurkan dalam jeruk kimchi sayur kan?
 




Ini pula adalah anak pokok kacang pea ungu. Tanomkinotuan tanam di atas batas yang disungkupkan dengan cebisan kayu reput untuk kelembapan dan mengelak dari pokok rumput tumbuh diatasnya. Kacang pea ungu ini menjadi eksperimen di KBR kerana dimaklumkan bahawa pokok kacang pea ini menyukai cuaca bersuhu sejuk. Harapan mengunung kepada pokok ini untuk membesar dengan baik di kebun KBR yang bersuhu oven melampau.




Gambar di atas adalah tanaman anak pokok terung hijau bulat yang berusia 1 minggu bersama anak sayuran sawi kerinting yang ditabur semasa anak pokok terung hijau bulat ditanam. Keduanya mula menunjukkan tanda-tanda membesar. Anak pokok terung ini benihnya diambil dari pokok induk sebelumnya dan disemai untuk tanaman kali kedua. Pokok terung sangat mudah tumbuh asalkan batas lembab dan cukup nutrient. 




Ramai yang telah menanam bendi di laman rumah. Tanomkinotuan mempunyai satu lagi jenis variati bendi yang ditanam di KBR iaitu Bendi alabama. Mempunyai sedikit warna merah kat pangkal buah dengan warna hijau keseluruhannya. Kita tunggu hasil buahnya kemudian untuk melihat perbezaannya nanti. 




Ini pula sawi bunga manis yang ditanam di atas batas. Sawi bunga manis cepat dituai hanya 4 minggu sahaja pokok sawi bunga sudah boleh dituai dengan jayanya. Musim kemarau ini serangan tidak nampak sangat mungkin serangga sedang merehatkan diri mungkin. Inilah batas yang ditanam pokok timun kristal bulat tersebut. Cuba perhatikan gambar di atas betul-betul nampak pokok timun berusaha bersaing dengan pokok sawi bunga manis. Namun semasa entry ini ditulis sawi bunga sudah habis dituai dan tinggal lagi pokok timun kristal bulat.

Selain itu terdapat juga pokok jagung pulut pandan yang ditanam tetapi belum lagi keluar dari ke permukaan tanah juga pokok asparagus tanomkinotuan semakin galak membesar dengan batangnya sudah bersaiz besar. Inilah sayuran yang sempat diambil untuk dikongsikan kepada pembaca semua. Bertani di laman rumah sangat menyeronokkan malah kita mendapat sayuran jenis organik yang bebas kimia dan racun serangga. Jom bertani di laman rumah...

Selamat bertani dan menuai hasil.

Sabtu

Cara Membuat Baja Serbuk Organik


Pelbagai cara kita mendapatkan baja organik sama ada dibeli atau buat sendiri. Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu lagi baja jenis serbuk yang mudah dibuat di rumah dengan bahan-bahan murah. Baja serbuk ini mempunyai keupayaan untuk tumbuhbesaran pokok dengan baik, penghasilan bunga dan buah yang banyak dan mengelak dari serangan sesetengah penyakit dan serangga. 

Kulit.udang yang dikeringkan

Kulit udang selepas diblender

Alatan yang digunakan ialah:

1. Blender / pengisar

2. Besen

3. Nyiru / talam


Kulit pisang sedang dikeringkan


Kulit pisang yang diblender

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. 300 gram kulit pisang dikeringkan

2. 200 gram kulit  udang dikeringkan

3. 100 gram kulit telur dileringkan

4. 100 gram rumpai lau diblender dan dikeringkan.

5. 100 gram tepung beras

5. 1 sudu teh garam non- iodin


Kulit telur dikeringkan


Kulit telur yang diblender

Cara penyediaannya:

1. Keringkan dengan meletakan di atas nyiru atau talam dan keringkan kulit pisang, kulit udang dan kulit telur hingga benar2 rapuh (sekurang-kurangnya 3 hari).

2. Blender rumput rumpai dengan menambah sedikit air dan keringkan.

3. Apabila kulit pisang, kulit udang dan kulit telur sudah kering. Blender secara berasingan hingga selesai.

4. Kemudian dengan satu besen yang sesuai campurkan kesemua bahan tadi hingga sebati.

5. Masukkan garam, tepung beras dan serbuk rumpai laut, kemudian gaul hingga sebati. Serbuk baja organik anda sudah selesai.

Cara penggunaannya:

Tabur 1 hingga 2 sudu makan disekeliling pokok tanaman dan siram dengan air secukupnya. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali diselang selikan dengan baja npk organik. Gembur tanah sebelum dibubuh baja. Anda boleh membuatnya di rumah dan gunalah serbuk baja ini untuk hasil tanaman berkualiti dan sihat.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Khamis

BENIH TERBARU ONLINE DI TANOMKINOTUAN DIBUKA

Tags

Benih terbaru di blog tanomkinotuan kini telah tiba, kepada pembaca yang berminat menanam senarai benih di bawah bolehlah menghantar email ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke no 019-5320756 untuk maklumat pembayaran dan sebarang pertanyaan. Postage akan dikira berat tempahan benih di antara RM5.00 ke atas. Berikut senarai benih yang anda boleh perolehi di blog tanomkinotuan:


Fennel

1. Florence Fennel - RM2.90 bagi setiap 1 pek

 
Ubi bit

2. Ubi bit Ungu bulat - RM2.90 bagi setiap 1 pek


Kohlrabi ungu

3. Kohlrabi Vienna Ungu - RM2.90 bagi setiap 1 pek



Popcorn hitam

4. Popcorn Hitam Dakota - RM2.90 bagi setiap 1 pek
 
Radicchio


5. Salad Radicchio Rossa - RM2.90 bagi setiap pek


Radish ungu

6. Radish Malaga Ungu - RM2.90 bagi setiap 1 pek

 
Kobis bunga ungu

7. Kobis bunga Sicily Ungu - RM2.90 bagi setiap 1 pek  


Rasailah tanaman yang jarang-jarang berada di negara kita malah di pasaran juga sukar mendapatkannya. Oleh yang demikian, tanomkinotuan.blogspot.com telah memberikan pilihan terbaik kepada pembaca untuk mendapatkan benih-benih yang masih boleh dikatakan rare bagi sesetangah daripada kita. 

Semua benih di atas mempunyai peratus percambahan yang baik. Tanomkinotuan telah mencuba menyemai benih-benih ini dan sememangnya mampu bercambah sehingga 98%. Oleh yang demikian, Para pembaca perlu menyemainya terlebih dahulu pada tray semaian dan berhati-hati terhadap serangan semut, fungi dan serangga lain. Media hanya berada pada kelembapan yang sepatutnya dan bukan terlalu basah.

Apa tunggu lagi tempah sekarang jika berminat....

Sabtu

CARA MATANGKAN POKOK SALAD UNTUK BENIH

Tags

Bertemu kembali dalam entry kali ini mengenai pokok salad. Tanomkinotuan tidak menyinggung panduan menanam atau pemeliharaan pokok, jika para membaca hendak mengetahui cara menanam pokok salad atau panduan menyemai benih salad cuba cari pos-pos yang lepas. Tanomkinotuan sudah singgung tajuk ini dahulu secara panjang lebar. Kali ini tanomkinotuan hendak berkongsi pula dengan pembaca sekalian mengenai cara mendapatkan atau mematangkan benih pokok salad untuk tanaman musim akan datang. 

Mendapatkan benih sayuran salad tidaklah sesusah mana, kini negara kita memutuskan untuk menjalankan pasaran terbuka. Maka dengan itu pelbagai tanaman atau benih luar negara mudah memasuki pasaran di negara kita untuk kita mencuba menanam pelbagai jenis benih yang dijual khususnya benih pokok salad. Jika dilihat secara umumnya, supermarket sekitar Sabah hanya menjual beberapa jenis salad seperti salad amerika, salad cina aka salad siomak, salad iceberg (jenis bulat) dan satu jenis lagi ialah salad little gem. Namun kepelbagaian jenis salad dapat dilihat dijual di supermarket sekitar Kuala Lumpur lagi pelbagai dan banyak pilihan.

Umumnya tumbuhan salad dapat dipecahkan kepada 7 kumpulan berbeza iaitu salad butterhead, salad crisphead, salad looseleaf, salad cos romaine, salad batavian, salad heading lettuce juga dikenali sebagai salad kobis dan celtuce atau salad cina. Setiap nama kumpulan ini terdapat pelbagai bentuk, warna dan saiz ada di dalamnya yang boleh dilihat. Makluman kepada pembaca pokok salad wujud dalam tumbuhan asli, heirloom (pendebungaan silang secara semulajadi diantara dua atau lebih jenis salad) dan jenis hibrid. Bagi mereka yang ingin menanam pokok salad dan mahukan benih dari induk pokok yang ditanam untuk semaian tanaman musim akan datang sila dapatkan atau membeli benih pokok salad jenis asli atau heirloom dan elakkan membeli benih dari jenis hibrid.

Semai dan tanam pokok salad seperti biasa. Kemudian jaga pokok salad anda seperti menjaga sayuran lain. Setelah pokok matang dengan daun dan pokok dah cukup besar anda hanya perlu tuai daun-daunnya sahaja tidak perlu dicabut atau dipetik pucuknya. Caranya, petik atau tuai daun-daun dari bawah yang masih segar, elok dan tidak berpenyakit ataupun daun dalam keadaan sihat belaka. 

Jangan gusar akan pokok yang dituai daunnya, pokok tersebut akan mengeluarkan pucuk-pucuk baharu untuk tuaian akan datang. Perlu diberi perhatian kepada kelembapan, kesihatan tanah dan serangan penyakit dengan melakukan siraman berkala, pembajaan yang betul dan semburan racun organik pada tumbuhan. Dalam tempoh 2 bulan setelah pokok dialihkan atau ditanam di atas batas atau pasu, pokok akan mengeluarkan kuntum-kuntum bunga yang cantik dan menarik.

Apabila pokok salad anda sudah menghasilkan kuntum bunga maka ini menandakan anda harus menghentikan tuaian pada daun-daunnya disebabkan pokok salad anda sudah diperingkat akhir produktivitinya. Ini bermaksud jika pokok salad anda diumpamakan kepada usia manusia pokok salad anda sudah berusia 60 tahun ke atas. Biarkan bunga-bunganya kembang untuk proses pendebungaan daripada haiwan pendebunga yang bertanggungjawab dalam proses pendebungaan.

Setelah 3 minggu hingga sebulan lebih kelihatan bunga-bunga pokok salad sudah mula kering dan meningkalkan satu bulb pada setiap bunga yang berjaya didebungakan. Namun anda belum boleh menuainya kerana bunga-bunga pokok salad masih berwarna hijau. Anda dikehendaki menunggu pokok salad tersebut menjadi kering sepenuhnya barulah boleh dituai buahnya atau benihnya.

Setelah pokok-pokok salad anda telah kering sediakan bekas kontena untuk menuai buah-buah salad yang telah bertukar menjadi hitam satu persatu atau anda patahkan rantingnya dan masukkan ke dalam bekas. Selesai mengutip benih tersebut sila ulang proses pengeringan dengan meletakkan bekas tersebut di bawah cahaya matahari terik selama 2 hingga 3 hari. Ini bertujuan agar benih salad anda benar-benar kering dan tidak rosak sekiranya disimpan dalam bekas nanti. Disyorkan untuk menuai benih salad ini pada waktu petang sebab pada waktu ini pokok salad anda kurang lembab dan tidak basah.

Jika musim hujan sila selamatkan pokok salad anda dengan membuat teduhan sebaik mungkin supaya bunga atau benih pokok salad tidak rosak. Dikhuatiri nanti benih yang sudah mula kering/menguncup atau matang itu rosak jika terkena kelembapan yang berterusan dan berkemungkinan tidak akan bercambah.

Setelah dikeringkan selama 3 hari maka proses seterusnya ialah pisahkan ranting, kelopak bunga dan daun kering dari benihnya. Kerja sebegini memerlukan kesabaran yang tinggi. Maklumlah benih salad bersaiz kecil dan mudah terbang oleh angin. Usai segala kerja-kerja tersebut maka bolehlah benih tersebut disimpan di dalam bekas kedap udara seperti botol atau kontena. Labelkan botol atau kontena tersebut dengan tarikh tuaian dan nama benih salad sebagai rujukan di masa akan datang. 

Dengan ini anda sudah tidak perlu untuk membeli benih pokok salad yang sama jenis dalam simpanan anda, bila hendak menyemai nanti ambil beberapa benih dan semai mengikut proses penyemaian pada semaian benih induknya yang dahulu. Anda hanya perlu membeli benih salad yang berbeza variati jika anda ingin mengumpulkan variati salad yang lain. proses menuai benih berjalan secara berterusan untuk kelangsungan simpanan benih salad anda.

Adakah anda mempunyai tanaman pokok salad dilaman rumah anda? jika tidak ada, tanomkinotuan.blogspot.com ada membekalkan dua jenis benih salad  iaitu salad Amerika dan salad cina dengan harga RM2.90 sepaket. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk mendapatkan info selanjutnya. atau klik SINI untuk mendapatkan pelbagai jenis benih yang anda sukai.

Selamat bertani dan menuai hasil.  

PANDUAN MENGALIHKAN ANAK POKOK KACANG PEA UNGU KE BATAS.

Tags

Pertama sekali tanomkinotuan memohon maaf atas kelewatan pengeposan semua kiriman order yang dijanjikan sabtu (20 Februari 2016) yang ditunda kepada selasa minggu depan bersamaan pada 23 Februari 2016 disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Kepada mereka-mereka yang telah bank in wang untuk tempahan benih, jangan bimbang segalanya telah disiapkan, selasa ini tanomkinotuan poskan In Sha Allah.

Benih cambahan kacang bendi alabama
Timun epal bulat dan kacang pea ungu
Dalam satu bekas

Berbalik kepada entry, panduan mengalihkan anak pokok kacang pea ungu yang disemai dalam cup plastik tempih hari. Dalam masa 6 hari benih kacang pea ungu dah keluarkan akar putih menandakan ianya sudah boleh ditanam di polibag atau cup plastik jenis panjang. Teknik ini juga boleh diaplikasikan pemindahan ke dalam pasu saiz 10' ke atas. 



Setelah berusia 2 minggu maka anak pokok kacang pea ungu sudah boleh dialihkan. Cara pindahkan benih yang sudah mula bercambah ke cup plastik atau polibag ialah sediakan bekas semaian dan isi media ke dalamnya. Buat lubang kira-kira 2 inci dan masukkan sebiji benih kacang pea ungu ke dalamnya dan timbus semula dengan tanah. Siram dengan air dan letakkan ditempat selamat. Benih kacang pea mula bercambah setelah 7 hingga 14 hari. Benih kacang pea berwarna kecoklatan dan berbeza dengan kacang pea yang lazim berwarna hijau putih. Berikut ialah cara dan panduan mengalihkan anak pokok kacang pea ungu dengan cara yang mudah melalui gambar.



Buat pengemburan batas serta buat lubang sedalam 4 inci, tambah serbuk kayu hancur dan baja NPK organik gaul hingga sebati. Kemudian buat lubang di tengahnya. 



Tambah kompos kelapa sawit ke dalam lubang. 



Dengan berhati-hati keluarkan media kacang pea ungu dari bekas semaian dengan terbalikkan cup tersebut ke bawah sambil tangan kiri anda menahan tanah tersebut dari terjatuh ke bawah.



Masukkan media kacang pea ungu ke dalam lubang yang dibuat sambil membaca doa menanam pokok "Bismillah hirrohmanirrohim, subahanal wa'ishu alba'ishu" sebanyak 3 kali dan timbus semula dengan tanah. Kalau salah mohon perbetulkan ya. Bagi pembaca yang non-muslim bolehlah baca apa2 doa mengikut kepercayaannya. Hehe berustaz ke hulu berustaz ke hilir pula tanomkinotuan kali ini. Hoho....



Setelah ditimbus dengan tanah barulah disiram dengan air yang mencukupi. Jika hendakkan pokok tidak bermasalah, buat teduhan menggunakan jaring hitam selama seminggu untuk anak pokok kacang pea ungu tidak mati. Maka jagalah pokok tersebut hingga menghasilkan buahnya. Hendak mencuba menanam kacang pea ungu boleh mendapatkan bekalan benih kacang pea dengan harga RM2.90 sepaket. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Isnin

BENIH PATAU SELAMAT MENDARAT DI PERAK

Tags

Bagi di Semenanjung sana, pokok petai sinonim dengan orang Melayu. Buah petai banyak dijual di pasar terbuka malah restoran-restoran milik Melayu banyak menghidangkan masakan berasaskan buah petai muda dengan cara dicicah dengan sambal belacan atau ditumis dengan udang kering. Malah dengan permintaan yang cukup tinggi ini maka dikeluarkan pokok petai hibrid yang boleh ditanam di laman rumah dan tidak memerlukan ruang yang besar dan hanya ditanam dalam pasu. 

Di Sabah pula lain suasananya, Jika Melayu sinonim dengan petai, Dusun & Kadazan pula sinonim dengan patau. Petai vs patau.... hehe. Pokok patau merupakan santapan harian rakyat sabah khususnya Kaum Dusun dan Kadazan. Buah patau yang telah matang (warna hitam) perlu dikopek kulitnya dan keluarkan bijinya yang juga berwarna hitam berkilat. Namun uniknya, seorang kawan kita gadis jelita menawan kalbu menempah patau dari tanomkinotuan.blogspot.com untuk mencuba rasa patau dan menanamnya sendiri. Hebat gadis jelita dari Parit Buntar, Perak ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil dan dikongsikan kepada tanomkinotuan. Tanomkinotuan sudah meminta izin untuk terbitkan gambar-gambar ini, pada mulanya dia segan aka tidak mahu tetapi akhirnya bersetuju dengan syarat nama disembunyikan. hehe... Terima kasih Linda.. hahahahahahahahaha.... bukan nama sebenar.



Beginilah rupa biji patau, bagi petai dimakan masa separa matang atau bijinya dah besar manakala patau perlu dimatangkan terlebih dahulu. biji petai seakan-akan bulat lonjong dan biji petai bujur. Kopek sarungnya dan ambil biji patau dalam sarung tersebut. Pokok petai dan pokok patau dalam kelompok pokok yang sama atau keluarga yang sama. Dari pokok, daun dan ranting memang serupa tetapi buah sahaja yang berbeza. Petai kurus panjang sarungnya manakala patau pendek dan lebar pula sarungnya. Jom lihat gambar-gambar patau kawan tanomkinotuan yang dikirimkan tempoh hari. Dari mula menyemai hinggalah masuk ke dalam periuk...




Oh ya makluman kepada pembaca diluar sana, selepas biji patau dikopek dari sarungnya, ia perlu disemai semula untuk dapatkan patau sprout semai macam taugehlah kiranya. Dan untuk mempercepatkan biji patau bercambah, ketip dihujung bijinya untuk memudahkan kelembapan memenuhi ruang biji. Jangan salah ketip kat bontot ya. Biji patau hanya mengambil 6 hari untuk bercambah dan sudah boleh dituai. Jika nak kaki/akarnya panjang tuai pada hari ke-7. Kawan tanomkinotuan semai dalam polibag menggunakan tanah hitam. Siram hari-hari untuk proses percambahan yang memuaskan.

 


Selepas 5 hari, biji patau sudah pecah dari kulitnya yang hitam menandakan proses percambahan biji patau beliau berjaya. Bagi tanomkinotuan sudah boleh dituai sebenarnya tapi akarnya masih pendek.




Tadaaaa...... tuaian anak biji patau yang sudah mengeluarkan akar kira-kira 2 inci setengah. Kira sangat sesuailah dituai. Perhatian juga patau sprout tidak digalakkan dituai apabila semaian benih sudah mengeluarkan daun pertama. Tidak sedap malah rasa pahit sedikit.




Selepas beliau bersihkan tanah-tanah yang terlekat pada anak patau berakar ini. Nampak bersih dan hijau. Dari pemerhatian tanomkinotuan. Kejadian patau sprout ini sangat molek dan cantik. Maksudnya dia ketip tidak terkena pada benih yang berwarna hijau itu, kalau tidak terdapat hitam disekeliling pangkal akar. Makluman juga bahawa patau baunya lebih kuat berbanding petai.



   
Patau yang ditunggu-tunggu selama 1 minggu kini sudah boleh dihidangkan dengan resepi yang sangat menarik. Mengiurkan anak tekak melihatnya. Makan hanya dengan nasi putih panas memang nyaman dan menyelerakan.

Berikut adalah resepi yang diperturunkan kepada tanomkinotuan, kepada pembaca sekalian yang berminat hendak mencuba resepi ini bolehlah cuba-cuba memasaknya mana tahu mentua lalu tak nampak. hehehe

Bahan-bahan patau cencalok:

1. Setengah mangkuk patau berakar di cuci bersih dan toskan. Boleh beli patau yang telah siap ditanam di tamu-tamu sekitar Sabah.

2. Setengah genggam ikan bilis.

3. 2 sudu makan cencaluk atau  2 sudu makan bosou/jeruk ikan.

4. 4 biji bawang putih dihiris nipis.

5. 1 labu bawang holland dihiris nipis.

6. 2 inci halia dihiris nipis.

7. 1 biji telur

8. Sedikit gula


Cara Penyediaanya:

1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.

2. Kemudian goreng bawang holland dan ketepikan.

3. Patau direbus selama 5 minit dan ketepikan.

4. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih kacau hingga sedikit garing. 

5. Masukkan cencaluk tadi dan kacau seketika, kemudian masukkan patau. Kacau hingga patau benar-benar masak. Jika periuk kering boleh ditambah dengan sedikit air.

5. Seterusnya masukkan telur kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain.

6. Akhir sekali masukkan bawang holland dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tabur gula dan kacau seketika dan hidangkan.

Anda boleh memakan resepi patau cencaluk ini dengan nasi panas dan kari ayam atau kambing. Memang sedap kata kawan tanomkinotuan. Bagi tanomkinotuan dan mereka-mereka yang menyukai memakan patau ini pelbagai resepi boleh dibuat antaranya patau masak rendang ayam (resepi beza dengan rendang yang biasa), patau masak lada putih borneo, patau tumbuk dengan udang dan sebagainya. Patau jeruk pun boleh. Makanan tradisi dilupa jangan. Berminat hendak merasa masakan patau ini? Jom mencuba resepi kawan kita di atas.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Sabtu

CILI TAIWAN DALAM POLIBAG KINI BERBUAH LEBAT


Cili taiwan

Selain cili hijau, kapsikum, cili bom ceri, lada putih borneo, cili padi dan cili hijau india yang pernah ditanam di KBR, tanomkinotuan juga mencuba menanam cili taiwan yang ditanam dalam polibag. Tanomkinotuan sangat berminat menanam pelbagai jenis cili yang ada kerana menanam cili sangat mencabar kepada penanam untuk hasil yang baik. Kawan tanomkinotuan pernah berkata "mengetahui kamu seorang petani yang sebenar cuba menanam pokok cili dan tomato, jika anda berjaya melakukannya benarlah anda seorang petani berjaya".

Bagi tanomkinotuan kenyataan di atas sangat subjektif dan tidak boleh dijadikan panduan atau fakta jelas. Jika seseorang bermasalah menanam cili dan tomato di mana pokok mati atau benih disemai tidak bercambah tidak bermakna orang tersebut gagal tetapi orang tersebut harus membuat post mortem dan gali ilmu mengenai penanaman cili dan tomato dan cuba lagi.

Cili taiwan adalah variati cili yang berasal dari Taiwan. Cili jenis ini dikategorikan sebagai cili yang pedas dan sesuai dicampurkan di dalam sambal belacan, kari mahupun sup. Pokok cili taiwan mempunyai ciri daun dan pokoknya dengan pokok cili hijau manakala buahnya menegak ke atas sama seperti cili padi atau cili burung.

Sebenarnya sudah lama tanomkinotuan berniat menanam cili taiwan. Namun selalunya di sini buah cili taiwan dijual masih hijau dengan harga rm2.00 sebungkus. Jadi nak dapatkan benih matang agak sukar kerana tanomkinotuan kurang tahu untuk mendapatkan benihnya untuk ditanam. Tanomkinotuan selalu membeli cili taiwan ini untuk dipotong kecil dan dijeruk dengan garam dan air atau dicampurkan ke dalam jeruk sayur masin. Banyak kegunaan jeruk cili dalam masakan, ia sangat-sangat meningkatkan selera makan hingga berpingan-pingan. Pernah letak hirisan cili jeruk dalam burger memang sedap.

Mungkin nasib tanomkinotuan sangat baik hari itu bilamana ke pasar sayur sebelah petang. Walaupun cili taiwan masih banyak tersimpan di rumah tetapi oleh kerana ternampak sebiji cili taiwan dalam pembungkus tersebut telah masak/matang. Tanonkinotuan beli kerana niat tanomkinotuan ingin mendapatkan benih untuk ditanam. Mungkin cili sebiji berwarna merah boleh dijadikan benih dan mungkin boleh menghiasi sepokok dua di KBR. Siapa tahu kan?

Sampai di rumah tanomkinotuan ambil sebiji cili taiwan yang sudah masak/matang dan belah dua. Tanomkinotuan asingkan bijinya dan cuci dengan air lalu dikeringkan menggunakan tisu. Esok pagi tanomkinotuan jemur pada cahaya matahari hingga kering dan disimpan dalam plastik zip lock. 

Kira-kira 2 minggu kemudian di mana kerja-kerja personal telah disiapkan tanomkinotuan menyemai benih cili taiwan dalam cup plastik dengan menggunakan potting soil buatan sendiri. Tanomkinotuan isi media dalam cup plastik dan tabur benih lalu siram dengan air hingga basah. Dua minggu kemudian benih mula bercambah dengan jayanya. 

Oleh kerana batas belum dapat disediakan pada masa itu, tanomkinotuan telah menggunakan polibag bekas tanaman lobak putih. Tanomkinotuan cabut sepokok dan tanam dengan mengorek kira-kira 2 inci dalam. Timbus semula dengan tanah dan padatkan media disekelilingnya. Siraman adalah wajib apabila pokok dialihkan ke tempat baharu.

Dua minggu selepas dialihkan ke polibag, anak pokok cili taiwan mula belajar membesar, pucuknya mula hasilkan daun baru dan saiz semakin besar. Inilah masa paling sesuai untuk menabur baja subur. Tanomkinotuan bubuh 2 sudu baja npk organik dan diselang selikan dengan booster roti dan EM1 agar pertumbuhannya cukup baik dan memuaskan. Setiap 2 minggu sekali tanomkinotuan bubuh baja. 



Kebaikan menanam sayuran dalam polibag dengan media potting soil ialah tanah tersebut tidak berlaku mampatan, media juga peroi dan mudah terlerai. Selain itu media tidak menakung air dengan tempoh yang lama menyebabkan akar senantiasa sihat. Kelemahannya pula ialah media cepat kering sekiranya pokok sudah bersaiz besar dan akar memenuhi ruang media, oleh itu harus disiram sekerap mungkin. Jika menanam mengikut sistem fertigasi memang sesuai menggunakan potting soil. 



Cili taiwan dialihkan ke polibag pada 23 November 2015. Pertengahan bulan Januari pokok cili taiwan mula berputik dan berbuah dengan lebatnya. Awal bulan Februari buahnya sudah ada yang bertukar ke warna merah menandakan buahnya sudah matang. Tanomkinotuan ada menuai buah cili taiwan untuk masakan dapur. Selebihnya akan dimatangkan untuk benih tanaman musim akan datang. Jika di dapur tidak ada simpanan cili padi, tanomkinotuan menggunakan cili taiwan sebagai bahan penganti. Tiada beza dengan rasa cili padi malah sedap pula sambal belacan yang dibubuh cili taiwan ini. Cili taiwan juga sesuai dijadikan cili serbuk yang diblender. 

Kepada mereka yang ingin menanam cili taiwan, tanomkinotuan ada bekalkan benihnya. Sepaket hanya RM2.90 sahaja, anggaran benih 80 - 100 biji. Emailkan ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Isnin

PAKEJ BENIH BULAN FEBUARI KINI KEMBALI

Tags

Pokok cincau hitam (Variati Vietnam)

Penjualan pakej benih secara online kini dibuka pada bulan Fabruari. Tanomkinotuan perkenalkan dua Pakej Promosi Benih untuk bulan Fabuari iaitu Pakej benih A dan Pakej benih B serta pakej benih tersebut boleh dibeli atau dipesan mula hari ini secara online. Sebanyak 15 jenis benih yang boleh diperolehi melalui pakej ini dengan hanya RM29.00 sahaja setiap pakej. Ya, harga mampu milik hanya RM29.00 sahaja. Harga ini sudah  termasuk harga postage kiriman benih dan bayar hanya sekali sahaja.

Sebahagian benih adalah dimatangkan melalui kebun di KBR dan sebahagian lagi diperolehi dari sahabat dan penanam sayuran di kampung-kampung. Untuk pengetahuan para pembaca semua, benih blog tanomkinotuan tidak dibubuh serbuk racun untuk mengelak dari serangga perosak. Oleh yang demikian, sekiranya benih yang sampai ke rumah anda telah rosak atau diserang makhluk perosak seperti hama, bubuk dan sebagainya laporkan kepada tanomkinotuan masalah tersebut dan tanomkinotuan.blogspot akan mengantikan benih yang baharu termasuk postagenya sekali. Berikut adalah senarai pakej benih mengikut kumpulan:


PAKEJ PROMOSI BENIH A (RM29.00 SAHAJA);

1. BUNCIS HIJAU BULAT - 1 PEK

2. TIMUN ALBINO - 1 PEK

3. SALAD SIOMAK CINA - 1 PEK

4. KACANG PANJANG THAI HIJAU - 1 PEK

5. SAWI KERINTING (ONG KING) - 1 PEK

6. BENDI COMBO GERGASI - 1 PEK

7. KACANG BOTOR - 1 PEK

8. KOBIS CINA BULAT / PICHAI CINA - 1 PEK

9. LABU SWAN PUTIH - 1 PEK

10. LOBAK MINI BULAT ROMEO - 1 PEK

11. JAGUNG PULUT CROKER - 1 PEK

12. KACANG PEA - 1 PEK

13. TERUNG ASAM SARAWAK - 1 PEK

14. PUCUK SAYUR RANTI/TUTAN - 1 PEK

15. TERUNG HIJAU BULAT - 1 PEK



PAKEJ PROMOSI BENIH B (RM29.00 SAHAJA);
 1. JAGUNG PULUT KELOPAK HIJAU

2. JAGUNG PULUT KELOPAK UNGU

3. JAGUNG PERANG KAMPUNG

4. JAGUNG PULUT PANDAN

5. JAGUNG UNGU ASIA

6. JAGUNG KUNING KAMPUNG

7. JAGUNG KAMPUNG PUTIH SUSU

8. JAGUNG PULUT LINIWAN

9. JAGUNG CROCKER 

10. JAGUNG WAXY BLACK AND WHITE

11. JAGUNG PULUT TRUSMADI

12. JAGUNG PULUT RANAU

13. JAGUNG SOOK 

14. JAGUNG MANIS THAI

15. JAGUNG MANIS KOTA BELUD


Cara tempahan atau pembelian benih pakej online:


Jika anda berminat dengan salah satu pakej atau kedua-duanya sekali, sila bank in wang atau harga benih RM29.00 (bagi satu pakej benih) atau RM58.00 (bagi kedua-dua pakej benih) ke akaun di bawah yang tertera:

MAYBANK
NO Akaun 160090411250 
atas nama Jusery bin Jausin 

Kemudian emailkan bukti pembayaran ke email borosmomogun@gmail atau whatsapp bukti pembayaran ke no telefon 019-5320756 berserta Nama penuh anda, alamat tempat tinggal/tempat bekerja dan no telefon anda.

Pengeposan tempahan benih akan dipos setelah bukti pembayaran diterima. Apa tunggu lagi tempah sekarang untuk tanaman sayuran dilaman rumah anda.

Jika hendak beli benih-benih yang lain boleh klik kat SINI.


Jusery bin Jausin
Tanomkinotuan.blogspot.com