Sabtu

CILI HIJAU DI KBR KINI SUDAH BERBUAH

Tags


Siapa yang tidak suka makanan yang dibubuh sedikit serbuk cili dalam makanan yang kita nikmati pada satu-satu masa, mee goreng mamak yang ditempah di restoran akan adanya sambal belacan atau sos cili disebelahnya. Salad timun atau mangga wajib ditabur beberapa hiris cili merah atau pun cili api, masakan berasaskan sup tidak kiralah sup ayam, daging atau ikan tetap penambah rasa serbuk cili atau cili hidup akan dibubuh ke dalam. setidak-tidaknya serbuk lada sulah atau lada putih sarawak. Cili mempunyai peranan yang baik untuk menaikkan cita rasa dan selera makan. Tanpa cili makanan adalah hampar bagi mereka yang menggemari cili ini.

Dua tahun lepas tanomkinotuan menanam beberapa jenis cili atau lada pelbagai variati. Kadang-kadang nafsu menanam datang secara tiba-tiba, kalau boleh semuanya ditanam sedangkan masa dan tempoh sangat-sangat terhad untuk memberikan penjagaan dan pembajaan yang sepatutnya. Oleh itu jangan tiru perasan bernafsu menanam macam tanomkinotuan, asyik menanam tetapi satu hasilpun tidak ada, tidak terjaga apatah lagi hendak memberikan kasih sayang bagai bumi dengan langit. Namun semasa menanam cili besar atau kapsikum hijau, Cili ceri bomb dan cili hijau india tempoh hari adalah dapat merasa hasilnya kerana tahun lepas hujan agak kerap membasahi bumi di sini makanya walaupun masa terhad tanomkinotuan hanya simpati belas insan dari sang hujan yang turun pada masa-masa tertentu.

Antara banyak-banyak jenis cili, cili besar hijau atau kapsikum mempunyai cara penjagaan yang rumit dan harus memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Mudah diserang penyakit dan layu pokok. 10 pokok ditanam tempoh hari hanya 2 yang berjaya hasilkan buah yang cute dan cantik. Cili bom ceri atau Chili bomb cerry pula mudah tumbuh dan cepat membesar tanpa serangan malah pokok berbuah lebat. Rindu kenangan tiap minggu menjenguk kedua-dua jenis cili ini melihat perkembangan tumbuhbesaran dan pembesaran buah yang terhasil. 

Tanomkinotuan juga menanam cili hijau jenis tidak pedas atau jenis sweet chilies yang juga berjaya dibesarkan di KBR dan berjaya hasilkan buah yang banyak. Malah pokok sangat tahan penyakit dan tahan pada cuaca panas yang melampau. Biji benih hanya diambil pada cili kering yang dijual di pasar atau supermarket dahulu. Selain itu cili putih Sabah dan cili api juga ada ditanam pada waktu itu, tumbuh bagai juara dengan hasil yang lumayan. Masalah daun mengeriting langsung tidak menjamah daun-daun pokok cili ini kerana pada masa itu tanomkinotuan rajin menghasilkan kompos teh untuk dispray kepada pokok-pokok cili.

Sudah lama tanomkinotuan tidak menanam cili ini, kali terakhir tuaian cili ialah pada bulan Ogos dua tahun lalu. Sengaja tanomkinotuan berehat menanam cili kerana seperti mana kajian-kajian yang dilakukan oleh pakar pertanian luar negara, perlu menanam jenis tanaman secara bergilir-gilir agar masalah penyakit tidak menjadi teruk. 

Maka dengan itu tanomkinotuan kini membuka semula peluang cili membesar di KBR tetapi hanya cili hijau jenis kurus yang ditanam. Benihnya diambil dari cili kering yang dibeli oleh emak tanomkinotuan. Semasa membuat rendang pada masa itu tanomkinotuan kutip benih dan tanam. Tumbuh dengan jayanya dan kini hasilkan buah yang banyak pula. Setakat entry ini ditulis sudah 4 kali tuaian dilakukan ke atas pokok cili yang hanya 3 pokok di KBR dan ianya ditanam pada batas sahaja. Tahun ini ada 3 lagi jenis cili ditanam iaitu cili hijau buah kurus, cili taiwan dan cili putih. Pokok cili api masih bertahan hingga hari ini, masih menghasilkan buah yang boleh dituai, bayangkan pokok ini ditanam dalam polibag pembungkus beras...hehe tetapi masyallah pokok tersebut hidup lagi. Jika dibayangkan dengan usia manusia sudah berusia 95 tahun. Sudah tua nyanyuk huhuhu.

Hasil cili hijau jenis sedikit pedas ini membesar gah di kebun belakang rumah. Tempoh hari mengutip benih-benih cili yang diasingkan dari kulitnya. Emak tanomkinotuan menggunakan cili kering untuk rendangnya. Jadi daripada terbuang begitu sahaja kutiplah beberapa biji benih dan semai dalam cup plastik. Tidak disangka-sangka boleh bercambah dengan cantik. 

Dua minggu atau tiga minggu setelah bercambah tanomkinotuan alihkan ke batas. Batas digembur terlebih dahulu, bubuh kompos dan serbuk kapur pertanian serta menabur sedikit garam gipsom ke batas tersebut dan gaul secara keseluruhannya. Tanomkinotuan tidak merehatkan batas kali ini. Langsung sahaja ditanam dengan cili setelah siap megembur dan membubuh baja. Anak pokok cili hijau tersebut ditanam dengan membuat lubang kira-kira 4 inci atau mengikut saiz media dalam cup plastik tersebut. Buka cup plastik secara berhati-hati dan tanamlah anak pokok cili pada lubang yang telah disediakan. Kemudian tanomkinotuan siram dengan air yang banyak. Bagi anak pokok yang ditanam bersama media ke dalam batas tidak perlu dilakukan teduhan apa-apa kerana anak pokok tersebut tidak terganggu akarnya dengan teruk melainkan anda semai benih anak pokok dalam satu bekas dan dicabut apabila dialihkan. Teduhan diperlukan untuk mengurangkan kebarangkalian anak pokok layu teruk dan mati.

3 minggu setelah dialihkan tanomkinotuan bubuh baja NPK organik (Baja Humic) disekeliling pokoknya selepas melakukan pengemburan media. Lalu disiram dengan air agar baja tersebut lebih cepat bertindak terhadap akar anak pokok cili hijau. Baja humic adalah jenis baja  cara pembebasan nutrient secara perlahan-lahan atau slow release fertilizer jadi tanomkinotuan tidak perlu membubuh baja secara berulang-ulang cukup 3 minggu barulah diulang semula pembajaan. Jimat dan mengurangkan tenaga tanomkinotuan.

Selepas 2 bulan pokok cili hijau membesar dengan baik tanpa gangguan bena putih, apid dan mahkluk serangga yang lain pokok ini mula mengeluarkan bunga sulung berwarna putih yang sangat cantik. Makluman kepada pembaca, untuk mengelak dari serangan bena putih dan apid. Pembaca harus menjaga media tanaman agar senantiasa lembab, cukup zat makanan dan tiada penyakit. Sekiranya salah satu faktor diatas tidak terjaga maka pokok cili hijau anda akan mengalami tekanan (stress) menyebabkan pokok tersebut menghasilkan satu bahan kimia yang disebarkan disekelilingnya. Ini akan mengundang serangga-serangga perosak untuk bertandang ke pokok dan merosakkan pokok tersebut.

Satu lagi cara botani mengelak serangan daripada bena putih ialah buat kompos teh dan sembur ke atas pokok 2 minggu sekali. Anda juga boleh menggunakan baja cecair ikan, air beras sebagai menambah zat makanan, air basuhan ikan atau daging dan juga booster roti dan EM1. Kesemua bentuk penggalak atau booster disenaraikan mempunyai kuasa yang terbaik menjadikan pokok anda sihat dan bertenaga bagi mengelak pokok menghasilkan bahan kimia yang mengundang serangga datang ke pokok tersebut. Tanomkinotuan menyiram menggunakan baja penggalak buah buatan sendiri yang diperbuat daripada batang pisang, rumput kering dan serbuk kayu dan diperam selama 2 minggu. Hasilnya cukup lumayan dengan bunga dan buah tidak berhenti-henti.

Tanomkinotuan telah meletakkan mulsa atau sungkupan pada batas cili agar dapat melambatkan berlakunya kekeringan pada tanaman. Maklumlah masa ini cuaca sangat panas dan boleh mengeringkan kelembapan tanah. Memulsaan juga berfungsi untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai pada batas. 

Untuk pokok cili hijau tanomkinotuan ini telah pun tanomkinotuan tuai sehingga 4 kali. Dan pokok masih baik dan subur. 2 minggu lepas ibu-ibu di kampung tanomkinotuan berpakat mengambil tanah sawit di kilang tidak jauh dengan rumah. Mereka menyewa lori untuk mengambil tanah sawit. Emak tanomkinotuan pun tidak melepaskan peluang, dilonggokkan tanah sawit tersebut di tepi rumah menyebabkan aromanya memenuhi segenap pelusuk rumah, baunya boleh pengsankan orang. haha

Dengan tanah sawit ini tanomkinotuan bubuh dipangkal pokok cili biar pokoknya mendapat zat makanan yang cukup. Untuk makluman sebenarnya baja tanah sawit bukanlah campuran dari tanah tetapi bahan sisa buangan kelapa sawit dari kilang dan dibiarkan dalam tempoh tertentu. Tanah sawit ini sangat mujarab dijadikan baja bagi tanah yang ditanam dengan sayuran berdaun seperti sawi bunga, sawi kerinting, sawi putih, bak choi dan sebagainya. Pokok sawi cepat membesar dan daun lebar serta warna hijaunya sangat cantik. Serangan serangga pun agak kurang. Bila digunakan pada pokok cili, pokok cili membentuk cabang-cabang baru untuk hasilkan buah yang banyak. Memang terbaik baja sawit ini. Tanomkinotuan jika membuat batas atau menanam sayuran dalam pasu, sila menggunakan campuran baja/tanah sawit sebagai asas media anda. Anda tidak rugi akannya malah sangat berbaloi.

Tuaian cili hijau pertama adik tanomkinotuan masak dengan daging tumis menyebabkan bila memakannya berasap telingga. Apa tidaknya semua tuaian cili hijau tersebut dihiris dan dimasak. Monyet pun boleh mati jika termakan. Adik tanomkinotuan dan seangkatan mereka sahaja yang telah menghabiskan lauk pada masa itu. Memang kaki pemakan cili. Tanomkinotuan menyerah kalah dan tetap tidak akan bertanding dengan mereka. Bagi tuaian kedua pula emak tanomkinotuan campurkan beberapa biji ke dalam masakan kari ayam agar aroma kari sebati dengan cili yang menaikkan aroma kari yang enak dan sedap. Ini tanomkinotuan senyum-senyum sahaja makan. pedas macam digigit semut saiz kecil hahahahaha. Tuaian ketiga dan keemapat masih dalam peti sejuk. Disimpan dan digunakan bila perlu.


CARA DAN PANDUAN MENYEMAI BENIH LOBAK PUTIH

Tags


Menyemai dan menanam lobak putih tidak sesusah mana. Pokok jenis radish atau daikon ini sangat mudah bercambah dan tumbuh dengan baik di negara kita dengan cuaca hujan dan panas sepanjang tahun. Untuk pengetahuan pembaca, benih lobak putih sudah mula bercambah dari hari ke-3 selepas disemai dan tumbuh dengan baik. Lobak putih sesuai dimasak dalam sup berasaskan ayam atau daging, ia menambah rasa unik dan menaikkan sup tersebut menjadi sesuatu yang enak dan mengujakan. Lobak putih juga salah satu asas bahan campuran dalam kimchi atau sayuran jeruk Korea. Berikut adalah cara dan panduan menyemai benih lobak putih. 

Terdapat dua cara menyemai benih lobak putih yang boleh tanomkinotuan tunjukkan di sini iaitu menyemai langsung pada batas atau menyemai dalam pasu/kontena/polibag. Pembaca boleh pilih tapak semaian yang difikirkan sesuai. 

Benih lobak putih adalah jenis benih yang lazimnya dicambahkan terus ke dalam tapak semaian tanpa perlu lagi dialihkan ke mana-mana. Semai dan jaga pokok lobak putih anda hingga mengeluarkan lobaknya. Penghasilan lobak pada lobak putih ini tidak seperti lobak merah di mana lobak merah umbisinya turun dan membesar ke bawah tanah manakala lobak putih pula umbisinya naik dan membesar ke permukaan.

Semaian langsung pada batas

Jika laman rumah anda agak luas bolehlah menyemai lobak putih di atas tanah. Korek tanah sedalam 1 kaki dan gembur tanah hingga menjadi serpihan-serpihan kecil. Anda boleh membuat saiz batas lebih kurang 1X4 kaki persegi atau 2X4 kaki persegi. Pembuatan saiz batas juga mengikut keluasan laman anda. Jika anda mahu membuat batas lagi besar dari saiz yang diberikan di atas tidak ada masalah malah digalakkan.

Gembur batas sehingga tanah lerai dan peroi, naikkan batas setinggi 1 kaki dan tambah kompos 500 gram dan kapur pertanian 50 gram (untuk batas 1X4 kaki persegi) atau 1 kilo kompos dan 100 gram kapur pertanian (untuk batas 2X4 kaki persegi). Anda juga boleh menambah 500 gram atau 1 kilo cocopeat, pasir atau habuk kulit kayu ke dalam batas anda. Gaul sebati dan siram. Rehatkan tanah anda untuk beberapa hari bertujuan untuk menghapuskan mikrob jahat.

Selepas beberapa hari direhatkan, gembur semula tanah atau batas tersebut dan buat alur memanjang untuk semaian benih. Bagi batas bersaiz 1X4 kaki persegi buat satu jalur panjang ditengahnya lebih kurang 1 hingga 2 inci dalam manakala batas bersaiz 2X4 kaki persegi buat 2 alur memanjang sedalam 1 hingga 2 inci. 

Ambil paket benih, tuang beberapa benih lobak putih dan tabur benih lobak putih ke dalam alur memanjang yang dibuat tadi. Tidak mengapa jika benih lobak putih menjadi rapat. Nanti selepas berlakunya percambahan anda boleh jarakkan anak benih dengan mencabutnya selang 6 inci diantara anak pokok. Jangan rasa sayang akan anak pokok yang dicabut, kita perlukan penjarakan anak pokok bagi menghasilkan lobaknya yang bersaiz besar dan cantik.

Timbus semula alur tadi dengan tanah ditepinya. Kemudian siram menggunakan air secukupnya. Pastikan tanah batas anda tidak kering semasa proses percambahan benih lobak putih dan juga tidak terlalu basah pula. Lembab yang sederhana. Selepas 3 hari benih lobak putih anda mula bercambah dan 5 hari berikutnya tunas sudah keluar dari permukaan tanah. Selepas benih lobak putih anda tumbuh jagalah pokok lobak putih anda seperti mana menjaga sayuran yang lain. 2 bulan lebih pokok lobak anda sudah boleh dituai.

Semaian benih pada pasu

Bagi menyemai benih lobak di dalam pasu, Sediakan pasu 18' inci ke atas atau kontena/polibag yang sesuai. Anda beli sahaja tanah semaian di kedai nusery atau kedai pertanian. Untuk mendapatkan isi lobak yang putih berkilat dan bersih, cantik dan bersaiz besar harus menggunakan jenis media yang berkualiti dan tidak berpenyakit. Anda boleh beli media potting soil dan karung atau yang telah dibungkus saiz kecil.

Bagi mereka yang kurang tahu mengenai potting soil, secara ringkasnya potting soil atau tanah semaian pasu ini merupakan media campuran dari cocopeat/peat moss, kompos, perlite/pasir sungai, vermiculite dan pelbagai lagi bahan sampingan lain dan sangat baik untuk media dalam pasu. Bertanyalah kepada penjual sama ada potting soil dijual atau tidak. Masukkan media ke dalam pasu hingga penuh dan tinggalkan 2 inci bahagian atas permukaan pasu. Buat lubang sedalam 1 inci dengan jarak 5 hingga 6 inci antara lubang. Semai 2 biji benih lobak putih untuk 1 lubang. dan timbus semula. Kemudian siram dengan air secukupnya. 1 pasu boleh memuatkan 3 hingga 4 benih lobak putih atau lebih besar pasu maka lebih banyak benih boleh disemai.

Dalam tempoh 3 hari benih mula bercambah dan 5 hari kemudian anak pokok lobak putih sudah keluar dari permukaan. Bagi lubang yang mempunyai 2 anak pokok lobak putih pilih anak pokok yang kurang sihat, saiz kecil dan cabut perlahan-lahan agar anak pokok satu lagi tidak terjejas. Tinggalkan 1 pokok untuk satu lubang sahaja. Letakkan pasu/polibag/kontena di tempat selamat dan terkena cahaya matahari melebihi 6 jam sehari untuk pertumbuhan pokok yang sihat. 

Bubuh baja NPK organik 1 sudu 2 minggu sekali dan 3 sudu 2 minggu sekali apabila ia sudah menghasilkan lobak. Jaga kelembapan media dengan menyiram 2 kali sehari ketika cuaca panas dan tidak perlu ketika musim hujan. Akhir sekali jagalah pokok lobak anda seperti menjaga sayuran yang lain. 2 bulan lebih lobak anda sudah boleh dituai. rasailah nikmat lobak putih tanam sediri yang berbeza dengan lobak putih yang dibeli.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Khamis

PANDUAN MENYEMAI BENIH ASPARAGUS MARRY WASHINGTON

Tags


Pokok asparagus atau nama saintifiknya ialah Asparagus officinalis adalah jenis pokok yang boleh hidup lebih lama atau perennial plant sehingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik. Pokok ini berasal dari wilayah Mediterranean dan menyebar ke seluruh belahan dunia untuk ditanam. Tahan di kala musim hujan dan juga cuaca panas seperti iklim di negara kita. Tumbuhan asparagus adalah jenis sayuran tunas yang dituai sebagai makanan. Hotel-hotel sekitar ibu kota menyediakan masakan berasaskan tombak asparagus untuk menawarkan permintaan pelancong asing yang semakin ramai membanjiri negara kita. Contohnya, ladang asparagus di Kundasang Ranau Sabah sebelum mengalami gempa bumi adalah pembekal tombak asparagus kepada hotel-hotel sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan supermarket sekitarnya. Harga asparagus bagi pasaran di Sabah ialah RM60  sekilo. Di gerai-gerai Kundasang tepi jalan menjual tombak asparagus dengan harga RM20 seekat yang boleh dibilang dengan jari. Maka tidakkah ini sangat menguntungkan jika anda berniat menanam pokok asparagus secara ladang? "tepuk dada ko sendirilah kalau ko mo tau" kata orang-orang sabah. Hehehehehe...

Tanomkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca panduan untuk menyemai benih asparagus. Kadang-kadang kita merasa kecewa dan putus harapan apabila membeli benih asparagus dan menyemainya dengan harapan benih asparagus bercambah bagai juara. Tetapi sebaliknya pula, benih asparagus yang ditunggu -tunggu bercambah tetapi rumput kerbau pula naik dulu, tidakkah kita naik hantu dibuatnya. Berkemungkinan terdapat kesilapan teknikal di mana-mana. Oleh itu pembaca boleh mengikuti panduan ini jika dirasakan sesuai dan tanomkinotuan akan menambah cara dan teknik menyemai asparagus di blog ini jika terdapat teknik yang sangat bernas dan diterima.

DAPATKAN BENIH ASPARAGUS
Pertama-tamanya, perolehi benih asparagus terlebih dahulu. Jika anda ingin membeli benih asparagus di kedai pertanian atau nusery pilih syarikat yang mempunyai prestasi baik di mata pengguna, maksud tanomkinotuan pembungkus tersebut. Bertanyalah kepada kawan-kawan atau sahabat sama ada ia terbaik atau sebaliknya. Jika anda memilih membeli benih asparagus melalui online, pastikan dahulu laman sesawang tersebut berkelayakan dan diyakini. Anda boleh memilih benih asparagus dari jenis Marry Washington, asparagus Argenteuil (jenis putih) atau lain-lain variati yang disukai.

Pastikan juga benih asparagus dalam keadaan elok dan tidak belum tarikh luput. Benih asparagus yang sudah sampai tarikh luputnya tidak akan bercambah. Walaupun pelbagai teknik hingga menggunakan segala kemajuan teknologi yang ada tetap tidak akan bercambah.

TRAY SEMAIAN/POLIBAG/PASU SAIZ BESAR
Seterusnya anda perlukan bekas semaian untuk menyemai benih asparagus seperti plastic styrofoam cup yang boleh dibeli di kedai dan nusery pertanian dengan harga murah. Pelbagai pilihan yang anda boleh beli. 

Dapatkan juga polibag bersaiz besar dan pasu/kontena jika anda mengalihkan anak pokok asparagus di kemudian hari. Pilih pasu atau kontena bersaiz 24' inci ke atas. Ia untuk keselesaan pokok asparagus anda nanti. Akar asparagus sangat padat dan memerlukan ruang yang besar dan luas.

MEDIA SEMAIAN/MEDIA CAMPURAN UNTUK SEMAIAN
Perkara penting yang harus diutamanakan apabila menanam atau menyemai benih asparagus ialah media. Gunakan media yang berkualiti baik dan sesuai untuk semaian benih. Media harus tidak menakung air, padat dan tidak berpenyakit. Anda boleh membeli media semaian dalam plastik yang banyak dijual di kedai. Pilih media semaian yang terbaik antara yang terbaik. Tanomkinotuan syorkan membeli cocopeat atau sabut kelapa hancur dan juga peat moss (lumut sphagum) untuk semaian. Anda juga boleh menggunakan apa-apa jenis kompos yang diproses sebaiknya tanpa bawaan penyakit yang boleh merosakkan dan menjejaskan percambahan benih. Sebaiknya pilih kompos kelapa sawit kerana murah dan juga kompos daripada tumbuhan terproses.

Benih asparagus agak cerewet semasa proses percambahan berlangsung. Maka dengan itu media yang disenaraikan di atas adalah media terbaik untuk benih asparagus itu sendiri. Untuk lebih jelas lagi berikut adalah susunan media semaian terbaik dari atas ke bawah:

1. Cocopeat / sabut kelapa hancur

2. Peat moss / lumut sphagum

3. Pot starting mix / Media semaian dalam pasu

4. Potting soil atau potting mix (Media campuran dari cocopeat atau peat moss, perlite, kompos dan sebagainya)

5. Kompos kelapa sawit

6. Kompos tumbuhan atau tinja haiwan terproses

Pilihan ada ditangan anda, boleh pilih mana yang disukai dan mudah diperolehi dengan kos yang murah.

KAWASAN PENYEMAIAN DAN TANAMAN POKOK ASPARAGUS
Lokasi harus dititikberatkan dalam proses percambahan. Pilih kawasan yang selamat, pengudaraan yang baik dan paling penting ialah cahaya matahari. percambahan benih memerlukan haba untuk bercambah dengan baik. Jangan pilih kawasan yang mempunyai suhu agak rendah dan juga jangan pilih kawasan yang mempunyai suhu agak tinggi pula. Suhu sesuai percambahan benih asparagus ialah 26 darjah Celsius. Kawasan yang dipilih harus menerima cahaya matahari pada waktu pagi atau petang sudah memadai. 

Untuk lokasi penanaman pula pilih kawasan yang menerima cahaya matahari melebihi 6 jam sehari untuk pertumbuhan pokok asparagus yang sihat. 

Sediakan cup Styrofoam yang dibeli dan isikan media setiap lubang hingga penuh, padatkan media tersebut dan isi semula jika perlu. Dengan menggunakan pensil kayu atau apa-apa alat yang sesuai buat lubang kira-kira 1/2 dalam ditengahnya. Kemudian isi benih asparagus ke dalam lubang 1 biji untuk setiap lubang. Timbus lubang tersebut dan siram dengan air secukupnya.

Letakkan cup styrofoam tersebut di tempat yang sesuai dengan menerima cahaya matahari di waktu pagi atau petang dan juga haba disekelilingnya. Benih asparagus akan bercambah dari tempoh 14 hari (2 minggu) hingga 30 hari (1 bulan). Dalam tempoh percambahan kawal kelembapan media agar tidak terlalu kering atau tidak terlalu basah. Spary dengan air jika media kelihatan kering.

Selepas 14 hari benih asparagus mula bercambah dengan tunas pertama akan muncul seperti batang mancis yang sangat kecil. Dalam masa dua hari tombak atau tunas anak pokok asparagus boleh mencecah 6 cm. Makluman kepada pembaca tunas asparagus yang muncul sangat cepat membesar. Dengan munculnya tunas benih asparagus anda tidak perlu bimbang. Pokok ini sangat tahan walaupun tidak disiram selama 2 minggu. Seterusnya penjagaan anak pokok asparagus tidak lagi memenatkan, anda hanya menyiramnya jika perlu dan alihkan anak pokok jika pokok sudah mempunyai 2 hingga 3 batang pokok. Caranya, keluarkan media dan anak pokok sekali dari cup styrofoam dan tanam di dalam pasu besar atau di atas batas. Jaga dan belailah ia seperti mana menjaga jenis sayuran yang lain. Mempunyai sepokok asparagus tidak kira apa jenis variati memang dinanti-nantikan oleh pengemar pokok ini. Mengikut saranan pakar pertanian bagi pokok asparagus. Selepas 3 tahun barulah pokok ini boleh dituai secara konsisten. Tetapi pokok asparagus tanomkinotuan yang berusia 1 tahun lebih sudah dituai berkali-kali.. hehe

Bagi mereka yang ingin mendapatkan anak pokok asparagus Marry Washington, tanomkinotuan.blogspot.com ada membekalkannya dengan harga RM3.00 sepokok tidak termasuk postage. Boleh dipos ke seluruh Malaysia. Email ke borosmomogun@gmail atau whatsapp ke no 019-5320756 (Jus) untuk info selanjutnya. Anak pokok terhad dan tempah sekarang.

Selamat bertani dan menuai hasil. 

Isnin

Cara Menanam Timun Mini di Dalam Pasu



Timun sememangnya sayuran buah yang ranggup dan berjus sederhana  yang enak dan sedap ketika ditambah ke dalam apa-apa hidangan yang sesuai seperti nasi lemak, burger dan juga campuran berasaskan sup. Khasiat timun diketahui umum sangat tinggi dan buah ini juga boleh dimakan begitu sahaja. Semasa kecil-kecil dulu ibubapa tanomkinotuan ada membuat kebun padi bukit (parai tidong) yang ditanam secara besar-besaran setiap tahun. Untuk hasil sampingan kebun padi bukit ini ditanam dengan tanaman komoditi seperti timun, batad @ indian cucumber dan jagung serta sedikit sayuran berdaun. Timun menjadi kegemaran tanomkinotuan. Maklum di kebun apa-apa yang boleh dimakan cuma makan sahaja jangan keluarkan sifat cerewet, kalau tidak alamat kebulurlah jawapnya.

Kemajuan cara dan teknik menanam dalam bidang pertanian semakin maju dan berkembang. Mereka-mereka yang tinggal di bandar atau sub-bandar pun boleh menanam mengikut kaedah yang difikirkan sesuai seperti menanam dalam pasu. Tanomkinotuan selain menyemai dan menanam di atas batas juga menyukai menanam sayuran dalam pasu. Ini kerana menanam dalam pasu mudah di mana memerlukan sedikit media, pasu boleh dialihkan ke satu-satu tempat dan pembajaan juga tidak perlu jumlah yang banyak cukup 2 sudu dalam 2 minggu sudah memadai. 

Tanomkinotuan ada menanam pokok timun mini dalam pasu, semasa entry ini ditulis, pokok timun mini sudahpun diakhir penghasilan buah yang cinonet lagi cute lote. Sudahlah kecil buah yang terhasil juga begitu banyak (abundant kata bahasa Englishnya...hahaha) Jadi pembaca sekalian, jom baca panduan menanam timun mini dalam pasu dengan kaedah-kaedah yang asas. Manalah tahu kaedah ini sesuai dan berguna untuk anda bagi memulakan proses menanam pokok timun mini.

BENIH TIMUN MINI

Langkah pertama yang harus pembaca laksanakan untuk menanam pokok timun mini ialah mendapatkan benih timun mini sama ada membeli dari kawan, kedai pertanian atau pembelian menerusi online yang berkelayakan. Juga pembaca boleh dapatkan benih secara percuma dari sahabat handai atau saudara mara serta makcik dan pakcik yang ada benih timun mini. Timun mini dan timun jeruk adalah berbeza tetapi termasuk dalam variati buah timun bersaiz kecil.

Sekiranya pembaca membeli benih timun mini dari kedai pertanian atau nusery pastikan melihat tarikh luput pada pembungkusnya terlebih dahulu. Jangan terbeli benih yang sudah tamat tempoh tarikh luput kerana anda akan kecewa kerana benih tersebut tidak akan bercambah, sekali lagi tanomkinotuan ulang tidak akan bercambah. Kenali hak pembaca sebagai pengguna teliti dulu segala informasi yang tertera dalam pembungkus benih jika ada perkara yang memuskilkan segera berjumpa dengan penjual tersebut untuk bertanya lebih lanjut. 

Namun begitu, faktor benih timun tidak bercambah juga pelbagai. Kadang-kadang gangguan oleh semut, media terlebih basah menyebabkan lemas dan membusuk serta nilai PH tanah terlalu berasid atau beralkali. Oleh yang demikian pembaca harus mengetahui hal-hal sebegini untuk rujukan di masa akan datang.

MENDAPATKAN PASU BERSAIZ BESAR

Setelah benih sudah diperolehi, dapatkan pasu pula. Dapatkan pasu-pasu tersebut di kedai yang menjual pasu yang murah dan mampu milik. Setahu tanomkinotuan harga pasu boleh diperolehi serendah RM1.00 hingga RM6.00 mengikut saiz dan bentuk. Tindakan bijak dari pembaca mendapatkan harga yang berpatutan.

Pasu yang sesuai menanam pokok timun ialah bersaiz 18' inci ke atas. Lagi besar lagi bagus untuk akar pokok timun bebas bergerak di dalam media dan ini seterusnya akan memberikan keselesaan pokok membesar dengan jayanya. 

Mengikut pandangan pakar pertanian dalam dalam luar negara. bekas menanam adalah yang diperbuat dari tanah liat kerana ia bersifat sejuk dan terdapat rongga-rongga atau liang-liang pada pasu yang elok untuk pengudaraan di dalamnya. Walaubagaimana pun, pasu plastik juga boleh digunakan, jadi jangan bimbang akan hal tersebut, yang penting anda buat pengemburan tanah 3 minggu sekali.

PENGGUNAAN MEDIA YANG BERKUALITI

Media adalah penting dalam pertumbuhan pokok. Walaupun media bukanlah syarat utama dalam penanaman tetapi sekurang-kurangnya menggunakan media yang baik akan memperlihatkan tanaman kita ke arah pertumbuhan yang baik dan tinggi kualiti. 

Oleh yang demikian, guna potting soil yang mudah dibeli di pasaran. Pilih potting soil yang mempunyai campuran media yang cukup seperti dibawah ini:

Kaedah Campuran Media/potting soil 1

  1. cocopeat 
  2. kompos 
  3. pasir sungai 
  4. vermicast 
  5. habuk kayu

Kaedah Campuran Media/potting soil 2

  1. Peat moss
  2. kompos/tinja binatang terproses
  3. perlite
  4. vermiculite
  5. vermicast/humus tanah cacing
  6. habuk kayu
  7. serbuk rumput kering terproses

Anda boleh mendapatkan info kandungan potting soil pada pembungkus atau karung tersebut. Ini penting agar tindakan selanjutnya jika anda mahu menambah apa-apa media lain yang tidak terkandung di dalamnya. Tetapi awas jangan terbeli potting soil yang dicampurkan dengan baja kimia di dalamnya jika anda pengamal pemakanan organik lagi bebas racun. Kepada anda yang lebih terbuka akan isu sebegini tidak ada masalah jika menggunakannya.

Anda boleh menghasilkan media sendiri untuk timun anda di mana campurkan tanah hitam, tanah merah/lampung, cocopeat dan kompos dengan nisbah 2:1:1:1 serta ditambah dengan vermicast, habuk kayu dan serbuk kulit telur hancur. Gaul sebati dan sedia untuk digunakan. Makluman kepada pembaca jika anda menggunakan tanah yang dikorek di belakang rumah anda tanpa campuran bahan lain selain baja. Tanah anda akan mengeras pada masa akan datang dan ini mengakibatkan akar pokok timun sukar menyerap makanan kecuali anda siram mengikut aturan berkala seperti pagi dan petang setiap hari pada masa kemarau atau cuaca panas.

Sekiranya anda menanam pokok timun secara fertigasi anda boleh menggunakan media cocopeat atau peat moss 100%. Lagi mudah dan senang kerja. Penanaman fertigasi harus ada air yang disalurkan ke pasu agar media tidak cepat kering. Juga jika menggunakan teknik menanam secara nutripot, anda boleh menggunakan cocopeat sahaja. 

CARA PENYEDIAAN PENANAMAN TIMUN MINI

Langkah atau proses seterusnya ialah sebelum menambah media ke dalam pasu. Masukkan dua genggam rumput kering atau daun kering yang mudah diperolehi di laman rumah anda. Jika tidak ada, anda boleh menggunakan batu kerikil untuk tujuan tersebut. Rumput kering atau batu kerikil ini bertujuan agar air di bawah pasu cepat keluar dan tidak berlebihan Bertakung di bawah pasu. Akar akan lemas dan mudah terkena jangkitan sekiranya media terlalu basah akibat air bertakung di bawahnya.

Kemudian masukkan media campuran tadi hingga penuh. Padat-padatkan sedikit media dan tambah jika perlu. Tinggalkan permukaan pasu kira-kira 2 inci dari mulut pasu tersebut, maksudnya jangan terlalu penuh dengan media. Ini bertujuan agar apabila menyiram nanti air tidak melimpah keluar bersama baja sekiranya anda membaja kelak.

SEMAIAN BENIH TIMUN MINI

Semaian timun mini ada dua cara, pertama semai terlebih dahulu dalam cup plastik dan simpan ditempat selamat. Cara menyemainya ialah masukkan media ke dalam cup plastik buat lubang sedalam 2 inci. Masukkan benih dan timbus semula kemudian siram dengan air. Tunggu hingga 2 minggu atau anak pokok timun sudah mengeluarkan daun sebenar dan barulah alihkan ke pasu. Cara ini harus dilakukan penyemaian lebih awal lagi. Genap 2 minggu barulah anda boleh sediakan proses seterusnya seperti penerangan di atas. 

Untuk semaian cara pertama, setelah genap dua minggu, sediakan media dalam pasu. Buat lubang kira-kira 4 hingga 5 inci ditengahnya atau mengikut saiz media semaian timun mini tersebut. Dengan hati-hati tanggalkan media dari cup plastik tersebut dan tanam ke dalam lubang. Kemudian timbus tanah dan siram dengan air yang banyak.

Semaian kedua pula lagi mudah. Cara ini tanomkinotuan gunakan untuk menyemai apa-apa benih sayuran yang mempunyai saiz yang agak besar. Setelah proses penyediaan media semaian seperti di atas dilakukan. Buat lubang ditengah sedalam 1 hingga 2 inci dan semai benih timun mini anda lalu timbus dan siram dengan air. Anda boleh menyemai 2 hingga 4 benih dalam pasu jika pasu anda bersaiz besar. Biasanya tanomkinotuan semai 1 hingga 2 benih timun untuk satu-satu pasu.

Mengikut pemerhatian tanomkinotuan, dalam tempoh masa 2 minggu pokok timun mini yang dialihkan ke pasu belum menampakkan perubahan ketara tetapi selepas 3 minggu dan seterusnya pokok tersebut mula membesar dengan baik malah lagi cepat pertumbuhannya jika cukup nutrient dalam tanah. Bagi benih timun mini yang disemai langsung ke pasu tanaman. Ia akan tumbuh membesar tanpa berlakunya sekatan pertumbuhan.

PEMBAJAAN DAN PENJAGAAN

Masa ini adalah masa untuk memberi perhatian sepenuhnya pokok timun anda. Selepas 2 minggu dialihkan atau 2 minggu pertumbuhan pokok timun dalam pasu, bubuh baja NPK organik 2 sudu makan ke dalam tanah. Caranya buat lubang sedalam 4 inci dengan jumlah lubang 4 di sekeliling pokok timun. Bubuh baja dan timbus semula. Jangan lupa siram agar tindakbalas baja cepat kepada pokok timun. Anda boleh menyembur atau menyiram pokok timun dengan booster roti, baja cecair ikan atau kompos teh untuk makanan tambahan bagi pokok.

Masa ini juga penyiraman pokok harus konsisten kerana masa ini pokok timun anda mesti kuat dan perlu pokok yang sihat untuk mengeluarkan buah yang banyak. Jangan media kering dan juga jangan pula terlalu basah. Pastikan ia lembab dan cukup air.

Aktiviti merumput jarang sangat dilakukan dalam pasu kecuali anda menggunakan media yang telah dicemari oleh benih rumput rumpai. Cabut semua rumput rumpai yang tumbuh di permukaan pasu. Untuk menghalang benih bercambah dan membesar anda boleh meletakkan sungkupan atau mulsa seperti rumput kering atau daun kering di permukaan pasu. Ia juga berperanan untuk mengekalkan kelembapan media pokok timun anda. 

Pokok timun adalah jenis pokok menjalar, oleh yang demikian anda perlu meletakkan kayu pancang dengan mencucuk kayu tersebut ke media dan bantu pokok timun anda menjalar ke kayu yang disediakn dengan mengikutnya dengan sebaiknya. Anda juga boleh meletakkan pasu anda ditepi pagar supaya pokok timun anda menjalar pada pagar anda, ia telah menjimatkan masa anda untuk menyediakan kayu pancang. Tali rafia juga boleh digunakan untuk sebagai bahan sokongan pokok timun mini anda menjalar

TUAIAN HASIL BUAH TIMUN MINI

Genap 3 minggu lebih, pokok timun mini anda akan menghasilkan bunga jantan dengan banyak diikuti oleh bunga betina. 1 putik bunga betina hampir 10 putik bunga jantan untuk membantu bunga betina didebunga. Dan yang paling penting janganlah anda marah atau halau semua serangga yang menghampiri pokok timun anda, bukan semua serangga yang datang itu adalah perosak tetapi sebahagiannya adalah agen pendebunga semula jadi kepada pokok timun anda.

Buah timun mini akan membesar dan membesar dan setelah lebih kurang 2 bulan lebih atau 3 bulan, pokok timun anda sudah bersedia untuk dituai hasilnya. Oleh kerana saiz yang kecil anda kenalah alert dengan buahnya. Jika tidak anda akan menuai buah timun mini yang sudah terlalu matang. cara untuk mengetahui buah timun mini yang sesuai dituai ialah buah berada pada saiz sesuai dan berwarna hijau pucuk pisang/hijau mudah dan kulit berkilat.

Tuaian buah timun mini boleh disimpan dalam peti sejuk dan mampu bertahan sehingga 2 minggu disimpan dalam bekas. Timun mini juga sesuai dibuat jeruk timun. Nikmati buah timun mini tanam sendiri bersama keluarga yang enak, ranggup dan berjus sederhana ini. Sesuai dimakan begitu sahaja sebagai salad, dicampurkan dalam sup dan sebagainya. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan benih timun untuk ditanam di halaman rumah seperti benih timun mini (five mini cucumber), timun kampung dan timun Albino boleh email ke borosmomogun@gmail untuk tindakan selanjutnya atau ingin membeli benih lain sila klik SINI.

Selamat bertani dan menuai hasil. 

PANDUAN MENANAM KACANG TANDUK AIR

Tags


Anak pokok kacang tanduk air


Tidak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina menjelang tiba. Bagi mereka yang perasaan akan barangan dan sayuran dijual akan berubah corak dengan beberapa jenis sayuran daun dan buah membanjiri gerai, kedai dan pasar yang dimiliki oleh kaum Cina untuk memenuhi permintaan orang ramai. Pokok hiasan yang boleh dikatakan rare juga tidak ketinggalan seperti pokok limau hiasan yang penuh dengan buah yang mengamit selera tetapi jangan tersilap pokok limau tersebut hanya hiasan dan tidak sesuai dimakan kerana ia disuntik dengan bahan kimia tersangat kuat untuk memaksa pokok tersebut menghasilkan buah. Ini kawan cina tanomkinotuan yang beritahu tempoh hari. Pokok-pokok tersebut akan dibeli dan diletakkan sebagai hiasan rumah, pejabat dan sebagainya.

Jadi kepada pembaca diluar sana janganlah teruja membeli bentuk pokok yang kita belum tahu latar belakangnya. Lebih bijak jika mencari info terlebihi dahulu agar tidak merugikan masa, modal dan kesihatan. 

Walaubagaimana pun, satu jenis sayuran umbisi yang terkenal menjelang perayaan tahun Baru Cina ialah Kacang tanduk air yang biasanya diimport dari Tanah Besar China. Kacang tanduk cina bukanlah jenis buah melainkan umbisi yang membesar dicelah akar yang berjuntai di dalam air. Betul umbisi ini dihasilkan di bawah air dengan kulitnya berwarna hitam seperti tanduk kerbau, rupanya sangat menakutkan tetapi kekacang di dalamnya sangat enak berwarna putih. Pokok kacang tanduk mempunyai bebola span pada batang daun untuk membolehkannya terapung di permukaan. Daun berwarna hijau dengan corak unik yang mempersonakan.


Kacang tanduk air adalah tumbuhan aquatik yang hidup subur di sungai-sungai di selatan negara Cina. Ia tumbuh meliar atau ditanam secara komersil oleh para petani di sana. Untuk menuai buahnya para petani harus menaiki sampan dan mengutip biji kacang tanduk air dengan menyelak dan mengangkat pokoknya ke permukaan air. Akarnya sangat halus dan boleh mencecah 2 meter ke dalam air untuk mendapatkan sumber makanan.

Kali ini tanomkinotuan berkongsi cara menanam pokok kacang tanduk air atau dikenali sebagai kacang tanduk kerbau. Tidak susah menanamnya, uniknya anak pokok kacang tanduk tidak menggunakan media tanah untuk hidup subur tetapi hidup subur dalam takungan air. Anda boleh menanamnya di kolam, tasik atau dalam quarium ikan yang diletakkan di kawasan terkena cahaya matahari penuh. Berikut persediaan yang perlu dilakukan untuk proses menanam anak pokok kacang tanduk air:

1. Wajib mempunyai kolam, tasik buatan di laman rumah atau aquarium ikan serta kolam mini.

2. Anak pokok kacang tanduk air

Dapatkan anak pokok kacang tanduk air sama ada membeli ditempat kedai pertanian yang ada menjualnya atau anda boleh meminta dari rakan atau sahabat anda sepokok 2. Untuk menanam pokok kacang tanduk anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan tanah untuk penanaman tetapi anda wajib sediakan air untuk media penanaman. Pada bulan Disember tahun lepas, tanomkinotuan ke Gaya Streets Kota Kinabalu mencari pokok yang boleh dibeli, tanomkinotuan terjumpa pokok ini, kacang tanduk air dan membeli sepokok. Tetapi membawanya balik ke rumah satu masalah kerana penjual itu memasukkan anak pokok kacang tanduk ke dalam plastik dan mengisi air. Terpaksalah tanomkinotuan membeli baldi kecil untuk keselesaan pokok tersebut. Di Pahang ada seorang kakak menanam pokok kacang tanduk ini, cari beliau di facebook. Lupa namanya.

Jika anda mempunyai kolam ikan atau kolam mini di laman rumah yang sudah lama terbiar, ini telah memudahkan kerja anda. Bersihkan kolam tersebut dan campakkan sahaja anak pokok kacang tanduk air ke dalamnya. jangan risau jika sebahagian pokoknya tenggelam ke dalam air. Dua tiga hari bila pokok sudah stabil pandailah pokok itu naik ke permukaan dan tumbuh seperti biasa.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kolam sendiri, usah risau kerana anda masih boleh menanamnya di aquarium ikan anda dengan syarat kaca aquarium tersebut diletakkan di tempat terkena cahaya matahari penuh untuk pertumbuhan pokok yang baik. 

Anda juga boleh sediakan sebiji balang saiz besar tambah tanah liat ke dalamnya kira-kira 4 inci dan tambah air hingga penuh. Rehatkan dahulu sehingga 3 jam atau sehingga kelodak tanah  liat betul-betul sudah termendap dengan jayanya. Kemudian masukkan anak pokok kacang tanduk air ke permukaan dan letakkan di kawasan koridor atau tempat yang sesuai. Anda boleh meletakkan seekor dua ikan ke dalam balang kaca tersebut kerana tinja ikan menjadi baja kepada pokok kacang tanduk anda.




Pokok Kacang tanduk air tersebut haruslah juga dibubuh baja subur yang sesuai, bertanya kepada penjual di kedai pertanian atau nusery yang ada menjual pokok-pokok aquatik, berkemungkinan mereka juga menjual baja khas pokok-pokok aquatik yang juga sesuai untuk dibajakan kepada pokok kacang tanduk air anda. Pokok kacang tanduk air menghasilkan bunga berwarna putih menandakan pokok anda tersebut sudah bersedia untuk menghasilkan biji kacang tanduk di dalam air. Selalulah mengintai akan biji-biji kacang tanduk ini untuk melihat sama ada ianya sudah boleh dituai atau pun tidak. Biji kacang tanduk matang apabila berwarna hitam kecoklatan dan berubah menjadi hitam apabila lama terdedah dengan udara dan persekitaran.

Rupa biji kacang tanduk sangat rare, bagi mereka yang pertama kali melihat bijinya terpegun kerana seakan-akan tanduk kerbau dan rupa yang sangat buruk seperti hantu/devil yang sangat jahat. Tetapi bila anda ketuk biji tersebut keluarlah kacang di dalamnya berwarna putih yang sangat enak dimakan. Cara memakannya ialah rebus dengan air dan ditambah sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak pada kacang tersebut. 
Kacang tanduk air
Insan google


Anda boleh menanam pokok kacang tanduk dengan jumlah yang banyak agar menuai hasil pun dapat dengan jumlah yang banyak. Bolehlah mengunyah kacang tanduk air bersama keluarga sambil melakukan aktiviti bersama. Untuk membeli benih online sila ke SINI.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Ahad

TEMPAHAN BENIH BERJAYA SAMPAI KEPADA PELANGGAN

Tags

Bertemu lagi pada entry kali ini, rasanya sudah lama tanomkinotuan tidak menjeguk di blog ini disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja menimbun yang harus disiapkan dengan segera. Maklumlah makan gaji dengan penjawat awam dan sedikit kerja-kerja sambilan. Ini kira menyahut kata-kata seseorang tu, oppsssss wakakakakaka. Sudah bekerja ini kena betul-betul bekerja ikut kemampuan betul tak?

Untuk episod kali ini tanomkinotuan ingin mempamerkan kepada pembaca beberapa benih yang ditempah melalui blog tanomkinotuan.blogspot.com ini berjaya dipos terus kepada penerimanya. Terdapat 3 platform komunikasi yang boleh pembaca ketahui berdasarkan gambar di bawah iaitu pertama melalui whatsapp, facebook dan email. Namun FB dan email akan dipos pada entry di masa akan datang.

Untuk keselamatan bagi mereka-mereka yang terlibat, segala info seperti no telefon, nama dan sebagainya tidak dipamerkan. Kepada mereka yang tidak mahu perbualan diposkan dalam blog ini, hubungi tanomkinotuan dengan kadar segera untuk tanomkinotuan keluarkannya screen shoot dari entry ini. Segala kesulitan haraf dimaafkan.

Terdapat juga screen shoot di bawah ini gambarnya sudah kabur sebab tanomkinotuan sudah delete lebih awal tetapi message yang ingin disampaikan masih tidak terusik. Maaf sahajalah ya. Screen shoot tersebut adalah seperti di bawah:







Kimchi






Benih jagung


Benih sayuran


benih sayuran

Masih banyk lagi screen shoots yang tersimpan dalam file telefon ini tetapi sudah tidak larat hendak copy and paste dalam entry ini. Cukuplah sekadar ini sahaja sebagai testimoni untuk para pembaca atau sesiapa yang ingin membeli  benih online tanomkinotuan. blogspot.com. Sambil-sambil mencari maklumat mengenai teknik dan panduan menanam benih sayuran. Tanomkinotuan pasti blog ini belum menyinggung (bahasa Indonesia sikit, hehe) kesemua jenis tanaman tetapi InShaAllah pada masa akan datang tanomkinotuan berusaha ke arah itu. Ini kena tunggu pokok sendiri dahulu tumbuh di KBR barulah boleh dibuat entry dalam blog, kalau tidak terkial-kial mencari info dan idea tersekat tak jalan semasa ingin menulis dalam blog. Kadang-kadang jika idea tidak bertandang dengan baik, maka bersawanglah blog ini selamanya. hohohoho. Kalau ada pengalaman menanam, menjaga dan ada gambar sendiri terhadap satu-satu jenis tanaman, senang hendak goreng ayat walaupun ayat tersebut sepatah haram pun sukar difahami. haha.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan benih boleh klik di BENIH ONLINE manalah tahu kalau-kalau ada benih yang berkenan dihati.

Selamat bertani dan menuai hasil...

Sabtu

TUAIAN SALAD AMERIKA YANG MEMBERANSANGKAN

Tags


Salad Amerika merupakan sejenis salad hijau berdaun kembang (non-heading) yang mempunyai bentuk daun seakan-akan beropol atau sedikit mengeriting. Pokok jenis lembut dan daun licin ini hanya menunggu 2 hingga 3 bulan sudah boleh dituai hasilnya. Tanomkinotuan sangat-sangat suka menanam pokok salad, ini kali ke-6 tanomkinotuan mencemari kebun KBR (Kebun Belakang Rumah) dengan pokok Salad. Salah satu sayuran mentah yang wajib ditanam dan dicuba oleh para pembaca di luar sana untuk melihat kepelbagaian tanaman di halaman rumah.

Tanomkinotuan melihat tanaman pokok salad sememangnya mudah dijaga, tahan penyakit dan jarang menghadapi masalah serangan dari serangga pemakan daun. Tidak seperti sayuran lain contohnya sawi bunga, sawi kerinting, sawi putih dan sawi pahit di mana kebarangkalian serangan serangga perosak dan penyakit disebabkan oleh bakteria dan fungi sangat tinggi sehinggakan memerlukan penjagaan dan kawalan makhluk perosak yang efektif dan berterusan. Tanomkinotuan hanya semai dalam cup plastik dan tunggu 2 minggu, setelah tunas pertama keluar tanomkinotuan alihkan ke cup atau kontena/pasu yang lebih besar dengan menggunakan media potting soil buatan sendiri. Ia hidup subur tanpa gangguan malah jika ditanam secara jumlah banyak boleh disusun dihadapan rumah di tempat yang strategik sebagai dekorasi laman sementara yang cantik dan mempersonakan. Tidaklah laman rumah kita asyik-asyik hanya jenis bunga sahaja yang menguasai hiasan laman. Sekali sekala bertukar angin kepada tanaman yang lain pula, contohnya pokok salad.

Sememangnya menyemai benih salad sangat memerlukan kemahiran dan ilmu yang tinggi. Sebelum menyemai haruslah mencari ilmu terlebih dahulu. Jika bukan dari buku-buku pertanian yang boleh dibeli di pasaran para pembaca juga boleh mendapatkan ilmu menyemai benih salad melalui pembacaan di ruang blog yang banyak bertebaran di laman sesawang di internet. Taip sahaja 'Cara menyemai benih salad' atau 'How to plant/germinate lettuce' di engine carian dan berpuluh atau ratusan laman sesawang yang anda boleh baca untuk mendapatkan ilmu tersebut. Pelbagai cara dan teknik yang ditunjukkan mengikut keperluan dan keadaan iklim. Anda boleh memilih cara dan teknik yang sesuai dengan cuaca setempat.

Tanomkinotuan lebih suka cara semaian langsung dalam tanah dan teknik cambahan dalam cup plastik. Namun semaian langsung dalam tanah kadang-kadang peratus percambahan hanya 50% sahaja. Ini mungkin sebahagian benih salad diganggu oleh serangga seperti semut dan sebagainya menyebabkan percambahan tidak dapat diperolehi seperti yang diinginkan. Teknik cambahan dalam cup plastik yang lembab hampir 98% benih bercambah cuma agak leceh sedikit untuk mengalihkan ke bekas tanaman dengan saiz benih yang bersaiz kecil, harus ada kesabaran yang tinggi dalam proses pemindahan benih salad ini. Para pembaca juga boleh menggunakan kaedah lain yang difikirkan sesuai. menyemai benih sebenarnya perlukan try and error untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Sekiranya teknik pertama tidak berkesan, tukar kepada cara lain. In Sha Allah dipermudahkan oleh Tuhan sekalian alam. Jadi janganlah runsing akan benih tidak bercambah. Apa-apa pun kembalikan kepada Sang Pencipta.

Pokok salad tanomkinotuan ada dua tempat menanam, pertama tanomkinotuan alihkan ke cup plastik minuman, terdapat 6 cup pokok salad semuanya. pertumbuhan setakat ini sememangnya cantik dan sihat belaka. Tanomkinotuan bubuh baja NPK organik 2 minggu sekali dengan sesudu makan ditabur disekeliling pokok. Kedua, ialah dialihkan dan ditanam di KBR. Sebenarnya KBR pada masa itu sudah padat dengan tanaman sayuran lain hingga pokok cili hijau bersaing dengan pokok bendi combo gergasi untuk membesar. Namun terdapat satu ruang pada besen besar bekas ditanam pokok brokoli hijau yang lalu. Tanomkinotuan memulakan proses membuat pengemburan tanah hingga tanah menjadi serpihan-serpihan kecil. Tanah tersebut ditabur kompos buatan sendiri dan sedikit kapur pertanian. Tanomkinotuan gaul sebati dan mulakan menanam pokok salad amerika ini.

Terdapat 8 anak pokok salad amerika ditanam di sini dan membesar dengan baik. Seminggu sekali tanomkinotuan gembur tanah disekeliling pokok untuk memudahkan akar pokok bebas bergerak dengan baik. 2 minggu kemudian setelah dialihkan, tanomkinotuan bubuh baja NPK organik (baja Humic) disekeliling pokok dan mengembur sekali lagi media agar baja bercampur dengan tanah tersebut kemudian disiram dengan air yang banyak. Seingat tanomkinotuan hanya sekali membuat pembajaan kepada pokok salad amerika ini malah ia cepat membesar. Jimat baja hehe...

Selepas 3 minggu dalam besen pokok salad amerika tanomkinotuan bersedia untuk dituai. Tanggal 9 Januari yang lepas sekembalinya tanomkinotuan ke kampung pada petang  itu, tanomkinotuan dengan rasa gembira bercampur teruja. Tanomkinotuan cabut pokok salad amerika dengan sekali gus. Potong akar dan buang daun tua atau yang sudah mula kering. Dapatlah 7 pokok semuanya jika dikira harga pasaran. 7 pokok salad ini sudah berharga RM10.50, 1 ikat ada dua pokok je harganya RM2.00 bagi di tamu/open market manakala di pasaraya pula sudah mencecah RM7.00. Tanomkinotuan jimat untuk membeli pokok salad yang boleh ditanam dengan mudah.

Penyediaan makan malam masa itu tanomkinotuan serahkan kepada emak tanomkinotuan yang sememangnya pandai berkuntau atau bersilat di dapur. Emak tanomkinotuan bersihkan dan susun elok-elok dalam piring leper dengan tambahan hirisan timun yang diserongkan, bendi hijau kukus dan beberapa hirisan tomato brandywine. Dihidangkan bersama sambal belacan dan sambal jeruk tuhau. Ayam masak merah serta nasi putih bario menjadi santapan bersama. Fuhhh.... makan tidak ingat dunia hingga nasi yang dimasak licin habis. Nasib keluarga makan bersama kalau tidak terpaksa kena masak nasi semula, hehehehe.....

Pokok salad lazimnya mengeluarkan latex putih serupa warna susu. Jika pokok salad ditanam di kawasan sejuk terutamanya di kawasan tinggi yang mempunyai suhu rendah. Rasanya sangat enak dan tidak mempunyai rasa pahit sementara itu pokok salad yang ditanam di kawasan tanah rendah bersuhu panas. Kebarangkalian pokok salad agak pahit tetapi tidaklah sepahit seperti buah peria dan sewaktu dengannya. Pahitnya sedang-sedang sahaja dan mampu dimakan tanpa menjejaskan rasa dan keranggupan helaian-helaian daun salad. Walaubagaimana pun, salad amerika yang ditanam oleh tanomkinotuan walaupun sedikit pahit tetapi enak dan ranggup. Biasalah salad, kadang-kadang terasa pahit kadang-kadang terasa manis. Apa-apa sajalah...

Kedatangan kakak tanomkinotuan ke rumah tempoh hari dapatlah merasa burger daging dengan daun salad disusun rapi. Dia memang rajin membuat burger kerana anak-anaknya menyukai makanan Barat ini. Jadi tanomkinotuan pun sekaki memakan burger dengan keranggupan salad Amerika yang ranggup dan enak.

Terkejut kakak tanomkinotuan bagai tidak percaya kerana selama dia membuat burger bersalad tidak pernah merasakan dauan salad yang enak dan sedap. Tanomkinotuan katakan bahawa rasa sayuran yang ditanam secara organik tanpa racun serangga dan baja kimia lagi sedap, enak dan berkualiti sebab ia tumbuh dengan secara semula jadi. Dengan itu, kakak tanomkinotuan meminta 5 pek benih salad Amerika dan 5 pek benih salad cina untuk ditanam sekembali ke rumah mereka.

Berminat membeli benih salad amerika dan salad cina hubungi tanomkinotuan di borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya. Benih salad 1 pek RM2.90 sahaja.

Selamat bertani dan menuai hasil.