Sabtu

Jualan Jeruk Tuhau Sabah Online

Pokok tuhau merupakan tumbuhan yang tumbuh subur di negara kita khususnya di Sabah. Nama saintifik pokok ini ialah E. Coccinea ini atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai umbut tepus merupakan salah satu makanan tradisional bagi suku Dusun dan Kadazan di Sabah. 


Untuk mendapatkan umbut tuhau perlu mencabut anak pokok yang masih muda dan masih berwarna merah. Kopek kulit kerasnya untuk mengeluarkan umbut di dalam dan inilah yang akan diproses menjadi jeruk tuhau sebagai hidangan yang lazat dan sedap. Tuhau mempunyai aroma kuat yang membangkit selera. Bagi mereka yang mengemari jeruk tuhau, ia boleh meningkatkan selera makan.

Tanomkinotuan kali ini ingin membuat promosi sejenis makanan penambah selera made from Sabah iaitu jeruk tuhau. Kepada yang ingin mencuba jeruk tuhau ini bolehlah menghantar email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya. Terdapat 3 pak yang disediakan seperti dalam gambar di bawah:

1. Cup plastik gred C


Jeruk tuhau pek plastik kecil dengan hanya RM3.50 setiap satu dengan postage RM10.50 untuk setiap satu

2. Cup plastik gred B


Jeruk tuhau dalam cup plastik sederhana hanya RM5.00 sahaja setiap satu tidak dengan postage rm10.50 untuk setiap satu.

3. Cup plastik/kontena gred A


Jeruk tuhau dalam kontena besar hanya RM12.00 sahaja setiap satu dengan postage RM16.00 setiap satu.

Pembuatan mengikut peraturan kebersihan dan halal. Anda tidak perlu risau akan status halal makanan jeruk tuhau ini kerana ia dibuat berdasarkan piawaian kebersihan yang disarankan.

Postage pengeposan kiriman ialah 10.60 sahaja dan akan dipos setelah menerima bukti pembayaran kiriman.

Cara penyediaan:

Anda boleh sahaja memakan jeruk tuhau begitu sahaja bersama nasi, lauk pauk dan sayur. Atau jika ingin menambah rasa ikut selera anda boleh menambah belacan dan juga cili padi untuk menambah rasa pedas. Jeruk tuhau sangat flaeksibal. Ia boleh diubahsuai mengikut selera anda.

Jeruk tuhau sangat sedap dicicah dengan ikan goreng, ikan masin dan juga segala jenis rendang, gulai, sup dan kari. Rasanya masam, masin dan pedas ini ditambah dengan aroma yang menghairahkan.

Anda juga boleh mencampurkan jeruk tuhau dalam masakan tumis seperti ikan masin, berasaskan ayam dan sebagainya. Namun perlu mendapat nasihat dari yang pakar ya, tak memasal lain jadi resepi tu terutamanya struktur rasa. Tidak termakan pula.

Anda boleh bank in sejumlah wang ke:

MAYBANK 
160090411250
Jusery Jausin

Atau

CIMB BANK
7037965706
Jusery Jausin

Hantar bukti pembayaran tersebut ke email borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke 019-5320756 (jus) beserta nama penuh, alamat tempat kerja atau rumah dan no. telefon anda. Kiriman akan dipos dengan kadar segera.

Contohnya anda ingin membeli 1 cup jeruk tuhau gred C berharga RM3.50 dan postage RM10.50, jadi jumlah wang yang perlu dibank in ialah RM14.00 sahaja.

Atau

Anda mahu jeruk tuhau gred B yang berharga RM5.00 1 cup, postage RM10.50. Wang yang perlu dibank in ialah sebanyak RM15.50 sahaja.

Atau

Ingin membeli jeruk tuhau gred A, harga RM12.00 1 cup, postage RM16.00. Jumlah perlu bank in ialah RM18.00 sahaja

Ingin merasa jeruk tuhau yang mampu menarik selera makan? Nikmatilah hidangan anda dengan sesudu jeruk tuhau yang enak dan sedap. Tempah sekarang selagi stok masih ada di tanomkinotuan.blogspot.com

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

Biasa mkn jeruk tuhau jg ker Julie M? Ya mmg sedap ni

Aktif lgi ka bro.. blh pos d kl ka ni?

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Berapa lama tempoh bole makan ni kalau simpan ya bos?

2 tahun atau lebih klo simpan dlm peti sejuk. Tp jarang lah smpi 2 tahun. 2 minggu habis sudah haha


EmoticonEmoticon