Rabu

TUAIAN HASIL SAYURAN TANAM SENDIRI DI KBR DAN KG

Tags
Tahun 2014 kini tinggal beberapa hari lagi dan kita akan melangkah tahun baru 2015. Apa azam tahun baru anda? Konon-kononnya azam tahun baru tanomkinotuan ialah ingin membesarkan backyard di belakang rumah. Harap tertunai dengan jayanya. Jom kita lihat hasil tuaian sayuran di KBR dan KG yang pernah ditanam antaranya ialah; 



Halia yang ditanam pada bulan Mac yang lalu di KBR kini sudah mendatangkan hasil. Tanomkinotuan telah menuainya untuk bekalan dapur. Rasa halia tanam sendiri lebih manis dan sedikit pedas, betul-betul rasa halia.


Tomato brandywine di atas satu-satunya buah yang masak. Pokok yang lain sudah tamat tempoh produktivitinya. Hanya satu pokok yang menghasilkan buah. Jadi tidaklah banyak buahnya yang boleh dikutip. Kadang-kadang suka melihat bentuk-bentuk tomato brandywine, di KBR, terdapat bentuk yang agak lucu tetapi tak sempat di gambar sudah masuk periuk.


Inilah dia keladi cina yang ditanam di kebun getah (KG). Tanomkinotuan terfikir untuk membuat bubur keladi jadi tanomkinotuan tuai beberapa pokok keladi yang sudah matang dan berisi. Keladi cina lebih cepat dituai berbanding keladi mawar, keladi sarawak, keladi taro, keladi aiskrim dan keladi minyak tetapi ia mudah diserang penyakit.


Kobis ungu dan cili hijau ditanam di KBR. Walaupun tanomkinotuan tidak merasa kobis ungu yang bulat dan padat. Tunas yang tumbuh dengan galak pada pokok tinggalan ulat seribu tempoh hari membuatkan tanomkinotuan cukup gembira. Tanomkinotuan tuai dan masak sos tiram.



Kacang panjang galaxy ini ditanam di KG. Ini kali kedua dituai buah kacang panjang ini. Ia tidak seberapa menjadi. Buahnya sedikit dan diserang oleh semut merah.



Jagung manis ni pula dituai di KG bulan lepas. Rasa sangat manis dan berlemak. Tanomkinotuan tuai buah jagung ini separa matang baru dapat merasai kemanisan dan lemak isi jagung ini.


Sayur tutan dan timun cina dan bayam hijau daun tirus dituai di KBR. Tanomkinotuan suka masak rebus berhalia sayur tutan ini. Tak perlu minyak segala.


Tuaian lobak putih (daikon) dan brokoli hijau di KBR. Lobak putih sedap dimasak sup. Masak bersama lobak merah, timun jepun (bukan jenis soyu) dan tulang ayam hingga lembut. Bulan April tahun dapat masa paling sesuai menanam lobak putih.


Ravanello candela radish atau lobak ravanello candela telah dituai di KBR. Kurang pedas dan pahitnya berbanding dengan franch breakfast radish. Sesuai masak sup bersama ayam atau daging.


Spanish radish atau radis hitam dituai di KBR. Rasa pedasnya agak kuat. Sesuai dimasak sup untuk menambah rasa pada sup ayam atau daging. Elok dimasak hingga lembut.


Petola ular yang ditanam di KG. Dituai pada pagi yang cerah. Nampaknya buah petola ular semakin banyak dari hari ke hari cuma sedikit pendek. Mungkin tanomkinotuan perlu membuat sesuatu pada tanah yang ditanam pokok petola ular.


Tuaian buah terung ungu juga di KG. Hanya ada 11 pokok kesemuanya. Buahnya elok dan tanomkinotuan petik walaupun masih muda remaja. Ia lebih lembut dan sedikit manis.


Kacang panjang dan roselle dituai di KG. Dapatlah tanomkinotuan membuat sirap roselle buatan sendiri dan mampu bertahan selama 3 minggu dalam peti sejuk. Kacang panjang masak tumis belacan.

Inilah antara sayuran yang pernah dituai oleh tanonkinotuan sama ada di kebun belakang rumah (KBR) atau kebun getah (KG). Tahun hadapan tanomkinotuan akan mulai menyemai benih baru yang ditempah dari jauh di KBR. Tempahan tersebut sudahpun sampai di tangan tanomkinotuan. Semoga ia tumbuh dengan baik tanpa gangguan.

Selamat bertani dan menuai hasil.

CONTOH BEKAS SEMAIAN KITAR SEMULA YANG BOLEH DIGUNAKAN

Tags
Ramai merungut mengenai membeli bekas semaian di pasaran sangat mahal harganya. Sebagai pekebun yang baru berkecimpung dalam bidang perkebunan sudah tentu harga-harga barang perkebunan sangat membebankan khususnya bekas semaian. Maka dengan itu tanomkinotuan ingin berkongsi dengan pembaca semua antara bekas yang boleh digunakan untuk menyemai benih antaranya;

1. Polibag bekas menanam benih rambutan.

Benih sayuran

Bekas polibag ni adalah bekas menyemai benih rambutan oleh ayah tanomkinotuan tempoh hari di mana benih tersebut tidak bercambah atau mati. Jadi tanomkinotuan potong setengah dan semai benih sayur. Kos pengeluaran RM0.00.

2. Bekas cup plastik

Timun armenia

Anda juga boleh menggunakan buangan cup plastik puding atau sambal. Cup plastik di atas adalah bekas simpan sambal tuhau yang di beli di Kundasang tempoh hari. Tanomkinotuan cuci bersih dan keringkan. Dan tanomkinotuan semai dengan benih timun armenia. Cara mengalihkan anak pokok ke tanah ialah panaskan hujung pisau pada api gas dan toreh cup plastik tu secara menegak hingga ke bawah apabila pisau sudah terlalu panas. Buat sebelah menyebelah agar cup tersebut mudah ditanggalkan.

3. Tupperware

Benih kobis bunga

Tupperware atau kontena makanan sesuai untuk bekas semaian kerana bersaiz besar. Boleh memuatkan banyak benih ke dalamnya. Tupperware ni adalah bekas nasi kerabu yang dibeli di pasar ramadan yang lalu tanomkinotuan cuci dan keringkan lalu disimpan di tempat selamat. Bila ingin menyemai guna saja tupperware tersebut. 

4. Bekas aiskrim


Bekas aiskrim dibeli oleh adik tanomkinotuan 3 minggu lepas, oleh kerana bekas aiskrim tidak tahan lama tanomkinotuan bersihkan dan semai benih sawi putih taiwan atau bak choi. 


5. Pasu bunga bersaiz kecil


Pasu ini adalah bekas tanam bunga oleh adik tanomkinotuan. Oleh kerana ia terbiar di tepi pagar, tanomkinotuan kutip dan bersihkannya. Lalu masukkan media campuran dan semai benih tomato brandywine. Jangan terkejut warna putih di atas permukaan pasu adalah baja yang telah ditumbuhi kulat. Proses pereputan oleh fungi.


6. Cup aiskrim tahan lama


Cup aiskrim tahan lama boleh digunakan berkali-kali. Ayah tanomkinotuan membelinya tahun lepas dan hingga kini masih lagi digunakan. Kini tanomkinotuan semai benih sawi putih taiwan aka bak choi. Emak tanomkinotuan sangat suka memakan sawi jenis ini. Rebus sawi bak choi dan tuang sos tiram masak bawang putih hancur. Memang sedap


7. Bekas simpanan air skala besar


Bekas simpanan air di atas sudah lama rosak terperuk di dalam stor. Bekas air ini banyak berjasa setiap hari raya aidilfitri dan aidiladha menjelang tiba. Kini digunakan untuk semaian lobak merah. Klik SINI untuk mengetahui bagaimana mempercepatkan percambahan lobak merah.

8.


Anda juga boleh menyemai benih dalam plastik beras 10 kg. Sementara menunggu bawang sup membesar tanomkinotuan semai benih selasih thai bunga ungu di dalamnya dan alihkan ke batas yang telah disediakan. Mudah dan jimat ruang. Selain tu anda boleh menanam sayuran dalam polibag/plastik beras 10 kg.

Tip kepada pembaca bila mana ingin menggunakan bekas buangan sebagai bekas semaian:

1. Pastikan anda cuci bersih dengan sabun terlebih dahulu bekas buangan bagi menghindari benih anda dijangkiti mikrob jahat.

2. Bekas plastik seperti cup aiskrim adalah cup mudah reput, anda boleh semai benih di dalamnya dan tanam anak benih bersama cup tersebut ke dalam tanah apabila anak benih sudah berusia 2 hingga 3 minggu kecuali bagi benih sayuran hijau.

3. Bekas semaian tahan lama seperti tupperware, cup aiskrim getah dan sebagainya boleh digunakan berulang kali selagi ia tidak rosak. Selepas benih-benih dialihkan ke batas. Cuci bekas semaian tadi dan keringkan, simpan di tempat selamat. Guna kembali bekas tersebut sekiranya ingin menyemai. Anda boleh menjimatkan wang dan tenaga.

4. Bagi bekas semaian bersaiz kecil hendaklah selalu memerhatikan tanahnya kerana ia mudah kering. Sembur sedikit air untuk melembabkan tanah tersebut.


Tetapi bagi mereka yang mampu, beli saja bekas semaian yang banyak dijual dipasaran. Ia lebih selesa, tahan lama dan praktikal. Penggunaan bekas buangan seperti di atas telah membantu serba sedikit tentang penjagaan alam sekitar di sekeliling anda. Transformkan bekas-bekas buangan dari rumah anda untuk faedah sayur-sayuran di halaman rumah anda.

Selamat mencuba.

Selasa

CARA MENANAM BAWANG MERAH (SHALLOT)

Tags
kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi cara menanam bawang merah aka shallot. Bawang merah adalah salah satu bahan rempah yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia dalam masakan. Harganya pun melambung tinggi khususnya bawang merah gred A. Apa kata anda menanamnya sendiri di halaman rumah sama ada ditanam pada batas atau pada kontena bersaiz besar. Negara kita adalah pengeksport  bawang merah terbesar yang diimport dari benua India dan juga Indonesia. Jadi menanam bawang merah dalam skala besar di halaman rumah adalah pilihan tepat.

 
PEMILIHAN VARIATI BAWANG

Beli benih bawang merah di kedai atau pasaraya. Pilih benih bawang yang agak lama di mana kebanyakannya sudah mengeluarkan tunas. Ia cepat tumbuh apabila ditanam berbanding dengan isi bawang yang belum bertunas. Bawang merah mempunyai variati yang pelbagai yang wujud di dunia dan anda boleh memilih menanam apa-apa variati yang anda sukai. Contoh gambar yang digunakan oleh tanomkinotuan ialah variati bawang merah kampung

PEMILIHAN KAWASAN PENANAMAN

Sekiranya anda hendak menanamnya di kawasan rumah, pertama sekali harus memilih kawasan tanah yang disinari matahari selama 12 jam, tidak seperti jenis sayuran lain di mana bawang merah memerlukan sinaran matahari penuh dari jam 6.45 pagi hingga jam 6.00 petang. Sekiranya anda memilih kawasan kurang dari 12 jam isi bawang merah anda kecil. Walau bagaimanapun sekiranya anda hanya untuk mendapatkan daun bawang, tiada masalah jika ditanam di bawah sinaran matahari kurang dari 12 jam.

PEMBINAAN BATAS ATAU RAISED BED

Seelok-eloknya buatlah batas mengikut kemampuan anda. Tanomkinotuan syorkan saiz batas yang ideal ialah 2 kaki lebar dan 5 kaki panjang untuk menampung setengah kilo benih bawang merah. Menanam dalam skala besar lebih puas hati, bekalan bawang merah cukup sebulan. 

Gembur tanah batas anda dengan cangkul. Buang segala bendasing yang ada di dalamnya seperti batu besar, kayu ranting, daun kering dan segala benda yang tidak mereput. Biarkan terlebih dahulu batas terdedah dengan cahaya matahari terik selama seminggu. Ini bertujuan untuk mematikan mikrob jahat yang boleh mematikan benih bawang.

Sekiranya anda memilih menanam bawang merah di dalam pasu pilih bersaiz besar yang boleh memuatkan 6 hingga 7 biji bawang merah. Namun pasu kecil masih boleh digunakan dengan 1 pasu ditanam dengan sebiji bawang merah. Ini agar akar bebas bergerak dan mengelak persaingan. Pasu yang sesuai ialah saiz 18 inci ke atas.

PENAMBAHAN SERBUK KAPUR PERTANIAN ATAU LIME

Lazimnya tanah di halaman rumah agak masam aka berasid. Oleh itu tabur serbuk  kapur pertanian pada batas untuk mengurangkan keasidan pada tanah. Kapur juga membekalkan zat kalsium dan magnesium pada tanah. Anda juga boleh mengantikan kapur dengan abu dedauan atau kayu. Ia sama fungsi dengan serbuk kapur. Misalnya anda membakar daun-daun kering di halaman rumah anda dan kumpulkan abu tersebut dan tabur pada batas. 

PENAMBAHAN BAHAN ORGANIK

Tanah harus tinggi kualiti apabila menanam benih bawang merah. Oleh itu tambah atau tabur bahan organik pada tanah anda. Bahan organik seperti tinja ayam, kambing, lembu dan arnab boleh digunakan asalkan sudah mereput.  Jika menggunakan saiz batas 2x5 kaki anda memerlukan 15 gram baja organik pada batas anda. Beli baja organik di pasaran atau mendapatkan terus dari ladang ternakan. Selain itu anda juga perlu menaburkan kompos pada batas anda. Kompos mempunyai pelbagai zat untuk keperluan pokok bawang merah anda. Tabur 10 gram kompos jika batas anda bersaiz 2x5 kaki. Anda juga boleh menyemburnya dengan kompos teh buatan sendiri yang baik untuk tanaman khususnya menghindar dari serangan makhluk perosak.

Namun sekiranya hanya menggunakan baja organik tinja binatang. Anda perlukan 25 gram bagi batas 2x5 kaki dan jumlah yang sama untuk hanya kompos yang digunakan. Untuk menambah nutrisi, kadar penyerapan air dan pengudaraan anda boleh menambah peat-moss atau cocopeat pada batas dan boleh tabur 5 gram bone meal ke batas jika ada.

Bagi mereka yang ingin menanam dalam pasu pula, media harus campuran dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah loam atau tanah hitam (tanah liat juga boleh digunakan tetapi nisbah kompos harus digandakan ke 2.5 bahagian), 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Bubuh 1 sudu serbuk kapur dan gaul merata. Media campuran tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam bekas tanaman.

MENANAM BENIH BAWANG MERAH


Tidak sukar menanam benih bawang merah. Sebelum menanam anda harus memotong sedikit hujung benih bawang merah itu. Ini untuk mempercepatkan percambahan tunas baru pada bawang tersebut. Tanam separuh benih bawang ke dalam tanah, jangan tanam keseluruhan benih bawang merah ke dalam tanah kerana benih bawang merah tidak akan bercambah malah akan membusuk dan mati. Jarak antara benih ialah 5 inci.

PENYIRAMAN DAN PENJAGAAN

Pada awal penanaman bawang merah memerlukan air yang banyak. Selepas ditanam harus di siram dengan air secukupnya. Siram 2 kali sehari ketika musim panas dan tidak perlu ketika hujan. Apabila pokok bawang merah mencecah usia 3 minggu kurangkan menyiraman kerana bawang merah tidak sesuai pada tanah yang terlalu basah atau air bertakung. Pokok bawang akan layu dan mati. Cukup sekadar batas lembab senantiasa.

Cabut rumput rumpai yang tumbuh pada batas. Ini bagi mengelak persaingan untuk mendapatkan nutrisi. Untuk mengurangkan jangkitan atau serangan makhluk perosak anda boleh menanamnya bersama kobis ungu, ubi bit, lobak merah, tomato dan strawberi. Teknik ini dikenali sebagai tanaman campuran atau companion plant.

PEMBAJAAN

Apabila pokok bawang berusia 3 minggu bubuh baja NPK organik pada batas. Tabur disekeliling pokok bawang. Bubuh baja sekali dalam seminggu. Bagi pasu pula, bubuh 3 hingga 5 sudu baja organik disekeliling pokok. Lakukan pembajaan 1 kali dalam dua minggu.

MENUAI HASIL

Bawang merah sudah boleh dituai setelah genap 2 bulan lebih hingga 3 bulan. Cara mengetahui pokok bawang anda sudah matang ialah daunya secara keseluruhan sudah bertukar menjadi kuning dan kering serta isinya tertonjol keluar. Cabut bawang merah tersebut dan biarkan ia mengering di kawasan teduh seperti di kaki lima rumah anda atau dalam stor. Anda sudah boleh menggunakan bawang merah tanam sendiri dalam masakan anda. Bawang merah segar lebih manis dan wangi berbanding bawang yang dibeli.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Jumaat

Cara Menanam Timun di Atas Batas Kebun


Timun cina 



Timun adalah sayuran buah yang mudah di tanam di negara kita. Pokok timun atau nama saintifiknya ialah cucumis sativus linn merupakan tanaman yang menyukai kawasan panas seperti di negara kita maka tidak hairan timun banyak dijual di pasar mahupun pasaraya berhampiran anda. Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi bagaimana untuk menanam benih timun pada batas. Ini adalah sumber rujukan bagi mereka yang mempunyai kawasan yang luas atau sekurang-kurangnya boleh dibuat batas.

Pertama-tama sekali anda harus mengetahui variati timun yang ingin ditanam dalam batas anda. Pelbagai variati timun yang boleh anda cuba seperti timun cina, timun jepun, saber, green finger, suyo long, timun armenia,  timun salad bush dan juga anda boleh mencuba menanam timun kampung. Terpulang pada anda mana variati timun yang disukai. Namun sekiranya anda baru dalam bidang hobi berkebun, beli saja benih timun yang dijual di kedai seperti timun cina yang mudah tumbuh dan cepat berbuah.

Seterusnya cari kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari melebihi 8 jam. Pokok timun memerlukan sinaran matahari penuh untuk pertumbuhan yang baik. Buat batas 2 x 10 kaki atau mengikut kesesuaian kawasan tanah anda. Gembur dan buang segala bendasing di dalamnya seperti akar, ranting, daun kering, batu dan kayu reput. Gembur mengunakan cangkul atau alat yang sesuai. Pengemburan tanah bertujuan untuk pengudaraan dalam tanah serta akar timun bebas bergerak tanpa masalah. Mengikut pakar pertanian, tanah yang baru digembur haruslah dibiarkan dan didedahkan dengan sinaran matahari selama seminggu. Ini bertujuan untuk mematikan mikrob jahat dalam tanah.

Batas yang telah siap dibuat haruslah digaul bersama serbuk kapur. Batas berukuran 2 x 10 kaki memerlukan 25 hingga 30 gram serbuk kapur mengikut tahap keasidan tanah kebun anda. Tabur serbuk kapur di atas batas dan gaul hingga sebati dengan tanah. Serbuk kapur kaya dengan kalsium dan magnesium yang baik untuk tanaman. Kapur juga berfungsi untuk memudahkan penyerapan zat makanan oleh akar tanaman anda serta serbuk kapur juga berfungsi untuk mengurangkan tahap keasidan tanah yang boleh menggangu kadar penyerapan nurisi oleh tanaman. Guna penyukat PH tanah untuk mengetahui nilai PH tanah anda yang boleh dibeli di kedai pertanian. Jika tanah anda dalam keadaan normal / neutral (6.0 - 7.0 ph) kapur tidak diperlukan buat masa ini.

Untuk menjadikan batas anda kaya dengan nutrisi, campurkan kompos setengah inci merata pada batas atau gaul bersama tanah tersebut. Anda boleh menggunakan apa-apa jenama kompos yang dijual di pasaran atau menggunakan kompos buatan sendiri di rumah. Anda juga boleh menambah dengan mencampurkan tinja binatang ke dalam batas. Tinja binatang seperti tinja ayam, lembu, kambing dan arnab boleh digunakan asalkan ianya sudah mereput. Namun jika anda menggunakan tinja binatang yang tidak cukup mereput, tanah tersebut harus direhatkan selama seminggu untuk tinja tersebut benar-benar sebati dengan tanah dan barulah boleh ditanam benih. Jika tidak ia boleh merosakkan benih anda kerana tinja binatang khususnya ayam bersifat panas. Gabungan kompos dan tinja binatang memberikan kualiti yang baik kepada tanah anda.

Untuk mereka yang mempunyai tanah jenis tanah liat, tanah tersebut harus digembur terlebih dahulu, bubuh serbuk kapur, kompos dalam kuantiti yang banyak atau tinja binatang. Anda boleh menambah jerami padi, dedaun kering atau pokok lalang yang sudah mati ke dalam tanah anda. Serbuk kayu juga boleh digunakan ke dalam tanah. Ini bertujuan untuk supaya penyerapan air dan pengudaraan baik dalam tanah. Jerami padi, daun kering dan lalang kering juga akan menjadi kompos setelah mereput perlahan-lahan. Jangan sesekali mengembur tanah liat ketika musim hujan atau tanah terlalu basah.

Selesai semuanya kerja-kerja di atas, anda bolehlah menanam benih timun pada batas tersebut dengan membuat lubang dalamnya kira-kira 2 inci setengah dan jarak antara lubang ialah 1 kaki setengah atau 2 kaki. Tanam 2 biji pada setiap lubang dan timbus lubang tersebut menggunakan tanah di tepi lubang. Jangan lupa menyiram dengan air yang cukup.

Lazimnya, benih timun akam bercambah selepas 5 hingga 14 hari selepas di tanam. Masa ini benih timun memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan yang baik. Oleh itu siram benih 2 kali sehari dan tidak perlu ketika musim hujan. Anda harus maklum bahawa batas jangan terlalu basah atau batas ditakungi air. Benih timun akan layu dan mati.

Apabila anak benih pokok timun berusia 2 minggu selepas ditanam, bubuh baja NPK organik dengan 1 genggam bagi satu lubang atau pokok timun 1 sudu bone meal dan tabur di sekeliling pokok timun tersebut. Jika mereka yang menggunakan baja urea pula, selepas 2 hingga 3 minggu bubuh 1 sudu baja urea (baja subur berwarna merah) di sekeliling pokok timun. Hati-hati bila membaja menggunakan baja urea. Jauhkan baja urea dari batang pokok timun untuk mengelak pokok timun melecur dan mati. Lebih elok tanam baja urea tersebut ke dalam tanah agar baja tersebut tidak bergerak ke arah pokok timun apabila menyiram. Berikut adalah 2 cara pembajaan mengikut jenis baja;

Pembajaan cara organik:

Minggu kedua - kompos dan baja cecair ikan atau kompos teh (spary dua minggu sekali)

Minggu keempat - NPK organik yang boleh dibeli di kedai, sedikit kompos dan bone meal.

Minggu keenam - pokok timun sudah mulai berbunga dan berbuah. Bubuh 1 sudu bone meal, NPK organik dan baja buah cecair serta kompos.

Pembajaan cara konvensional

Minggu kedua - bubuh baja subur (berwarna merah) dan kompos pada tanah.

Minggu keempat - baja subur (merah), baja buah (putih) dan baja pengalak bunga (biru). Boleh tambah baja NPK organik.

Minggu keenam - baja subur (merah) dan baja buah (putih) serta kompos.

Oleh kerana pokok timun adalah jenis pokok memanjat maka anda perlu sediakan kayu penyokong untuk memudahkan pokok timun mudah memanjat. Pokok timun boleh diajar memanjat dengan mengikat batangnya pada kayu tersebut. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan kayu, tanomkinotuan cadangkan kepafa anda untuk menggunakan batang penyapu yang sudah tidak digunakan. Ia lagi tahan lebih lama. Cucuk kayu itu berhampiran dengan pokok timun sedalam 1 kaki setengah agar kayu penyokong tidak mudah tumbang sekiranya angin kuat atau bebanan dari pokok timun apabila besar nanti. Jika masih tidak dapat kayu untuk tujuan penyokong pokok timun anda boleh membiarkan pokok timun menjalar ke tanah dengan syarat kawasan tanah anda tidak menakung air.

Penjagaan pokok timun adalah rutin yang harus dibuat. Cabut rumput yang tumbuh pada batas anda. Rumput rumpai boleh mencuri zat makanan dari pokok timun dan ini dipanggil sebagai persaingan dalam pemakanan. Dari segi pembajaan pula Ikut jadual pembajaan di atas atau jadual pembajaan dari sumber lain. Anda juga harus rajin menyiram pokok timun lebih-lebih lagi musim cuaca panas. Jangan menyiram pada tengahari terik, masa menyiram paling ideal ialah pada waktu pagi atau petang.

Pokok timun jarang diserang makhluk perosak sekiranya tanah, zat makanan, air dan haba dalam keadaan seimbang malah kadang-kadang virus atau bakteria juga tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, biasanya penyakit timun seperti daun mereput, penyakit tepung pada daun, reputan akar dan batang adalah lazim berlaku. Buah kadang-kadang gugur disebabkan oleh ulat pengorek buah.

Cara-cara mengatasi masalah ini tanomkinotuan tidak pasti kerana jarang menggunakan racun serangga atau racun kulat pada tanaman di KBR. Jadi apa yang tanomkinotuan boleh sarankan ialah seimbangkan zat makanan, dan air pada batas dan amalkan tanam campuran (companian plant). Anda boleh menggunakan racun serangga atau kulat yang boleh di beli di kedai pertanian jika ingin menggunakannya.

1 bulan lebih anda sudah boleh tuai buah timun yang pertama, lebih elok tuai buah timun yang masih muda kerana ia ranggup dan agak sedikit manis berbanding yang ada di pasaran. Usaha anda selama sebulan lebih telah menampakkan hasilnya. Nikmati buah timun tanam sendiri.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Rabu

CARA MEMBAIKPULIH KUALITI TANAH LIAT ATAU TANAH LAMPUNG

Tags
Sekiranya anda mempunyai jenis tanah liat di kebun atau backyard anda, perlu di maklumkan bahawa tanah ini sangat tidak sesuai ditanam apa-apa jenis tanaman. Tanah jenis padat dan mempunyai partikel yang sangat kecil. Air juga tidak tersimpan lama pada tanah ini. Apabila musim hujan tanah ini meleket dan becak manakala musim kemarau pula bertukar menjadi keras dan merekah.

Namun faktanya, tanah liat mempunyai kandungan nutrient yang sangat banyak berbanding dengan tanah pasir. Bagaimana untuk membaikpulih tanah jenis ini? Beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk meningkatkan kualiti tanah dan tanaman anda.

Buat pengemburan tanah

Jika tanah liat anda terlalu padat dan keras, sila gembur tanah tersebut dengan cangkul atau alat pengembur yang sesuai. Gembur hingga tanah tersebut hancur secara seragam dan menjadi serpihan-serpihan kecil. Lakukan pengemburan ketika tanah dalam keadaan kering. Jangan sesekali mengembur ketika hujan atau tanah dalam keadaan basah.

Ujian nilai PH tanah liat 

Terlebih dahulu uji nilai PH tanah liat anda dengan menggunakan penyukat PH meter yang boleh dibeli di kedai pertanian. Anda perlu tentukan sama ada ia beralkali atau berasid, nilai 7.0 adalah PH yang paling sesuai untuk tanaman.

Membuat raised bed

Membuat raised bed pada tanah liat anda adalah salah satu cara paling baik untuk memperbaiki tanah tersebut. Oleh kerana tanah liat ini air mudah hilang maka dengan raised bed sekurang-kurangnya air dapat bertahan dalam tempoh yang lama.

Campuran pasir sungai

Tambahkan pasir sungai ke dalam tanah liat anda. Pasir sungai bersifat peroi dan ini boleh membantu mengurangkan kemampatan tanah liat ini serta rongga tanah liat semakin besar membolehkan udara bebas bergerak di dalamnya.

Campuran bahan organik

Untuk menjadikan tanah tersebut ringan, hitam tambah bahan organik pada tanah liat anda dan gaul hingga merata. Anda boleh menggunakan bahan organik seperti kompos, peat moss, tinja binatang dan sewaktu dengannya. Antara tinja binatang yang boleh digunakan ialah tinja lembu, tinja arnab dan tinja ayam serta tinja kambing. Tujuan penambahan bahan organik ialah supaya pengudaran dan serapan air lebih baik. Tanah juga kaya dengan bahan nutrisi khususnya nitrogen kepada tanaman.

Pemulsaan dan sungkupan

Selepas mencampurkan bahan organik letak mulsa atau bahan mudah reput di atas batas seperti daun kering, rumput kering, jerami dan reputan kayu. Ia bukan sahaja memberi kelembapan pada tanah tetapi akan membekalkan nutrisi pada tanaman ketika sungkupan ini mula mengompos secara perlahan-lahan.


Tanah liat yang dibaikpulih
Selepas membaikpulih tanah anda, anda boleh menanam tanaman yang anda sukai. Tanam seperti biasa dan jangan lupa menyiram tanaman tersebut. Tanah liat boleh digunakan untuk tanaman sama seperti tanah loam. Yang penting anda selalu membubuh baja organik sekali dalam 2 minggu. Tanaman yang ditanam pada tanah liat yang dibaikpulih boleh tumbuh dengan subur.

Selamat bertani dan menuai hasil.

POKOK MULBERRI DI KBR

Tags
Pada bulan 5 yang lalu tanomkinotuan telah menempah batang pokok mulberri dari tuan Iskandar melalui proses pembelian online. Selepas 3 hari kiriman tersebut sampai ke tangan tanomkinotuan. Gembira tidak terkata, selepas membuat review blog kawan-kawan di internet mengenai pokok mulberri. Tanomkinotuan mulai menanamnya dalam polibag dan menyimpannya di tempat yang selamat. Selepas seminggu tunasnya mulai tumbuh. 

Pertumbuhan pokok mulberri dalam polibag sangat baik. Tanomkinotuan menggunakan media campuran yang diproses sendiri. Senang saja menanamnya caranya masukkan media campuran ke dalam polibag hingga penuh. Cucuk panggal pokok mulberri ke dalam polibag kira-kira 3 inci setengah. Siram pokok mulberri dengan air secukupnya. Selepas itu siram pokok mulberi tersebut 2 kali sehari hingga muncul tunasnya. 

Tanomkinotuan menunggu 1 bulan dari mulai tunasnya keluar barulah dipindahkan ke tanah. Sebab tanomkinotuan mengambil masa yang lama untuk mengalihkannya kerana biar pokok mulberri tersebut kuat akarnya supaya cepat tumbuh dan tahan terkena sinaran matahari. Setelah dipindahkan ke tanah tidak ada masalah besar yang berlaku terhadap pokok mulberri tanomkinotuan malah ia tumbuh dengan baik, lagi pula tidak ada serangan serius pada daun, batang mahupun akar. Tanomkinotuan hanya menaburkan baja NPK diselang selikan dengan kompos buatan sendiri. Tanomkinotuan juga menyiramnya dengan kompos teh dan baja cecair ikan buatan sendiri. Biar pokoknya cepat membesar dan berbuah.

Pokok mulberri mudah tumbuh di negara kita. Ramai menanam pokok mulberri di laman rumah untuk pokok hiasan. Pokok mulberri tanomkinotuan kini telah mencecah melebihi 1 meter, tanomkinotuan pangkas batangnya untuk membolehkan pokok mulberri berbuah. Dalam tempoh 2 minggu pokok-pokok mulberri mulai berbuah. Sungguh banyak buahnya keluar dari di setiap panggal daunnya. Sekiranya buah-buah ini menjadi bolehlah tanomkinotuan membuat jem mulberri. Bolehlah makan roti dengan sapuan jem mulberri buatan sendiri.

Apa-apa pun buah mulberri tanomkinotuan masih diperingkat pembesaran. Masih mengambil masa yang agak panjang untuk buah mulberri menjadi matang dan masak. Tanomkinotuan akan update dari semasa ke semasa tentang pokok mulberri ini untuk tatapan para pembaca.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Isnin

SAYUR DUNGOR LIAR

Tags
Tajuk entry kali ini sangat exotik sikit, lebih kepada istilah-istilah Dusunic. Oleh kerana tanomkinotuan berketurunan Kadazandusun makanya nama-nama sayur yang dipamerkan dalam blog ini menggunakan nama kelaziman sebutan yang sudah melekat di bibir kecuali tanomkinotuan mengetahui nama di dalam Bahasa Melayu akan juga ditulis di sini. nama pokok sayur ini yang diperturunkan dari generasi ke generasi dan berbeza istilah mengikut daerah. Kebiasaan tanomkinotuan menyebut sayur ini ialah 'dungor' dari emak tanomkinotuan.

Sayur dungor adalah pokok yang tumbuh di tepi-tepi sungai, batang lembut dan berduri tetapi tidaklah mencederakan. Pucuk muda dipetik untuk dimakan. Daunnya mempunyai 4 lembar dalam sebatang dan batangnya seolah-olah seperti span di mana mempunyai rongga-rongga kecil seperti batang keladi.

Pagi tadi tanomkinotuan ke kebun getah (KG) untuk meracun kebun getah adik tanonkinotuan. Kebunnya sudah dipenuhi rumput lebih tinggi dari anak pokok getah. Tidak larat untuk menghabiskan segelen racun yang dibawah maka tanomkinotuan dan emak kembali ke KG untuk melakukan kerja-kerja yang patut. 

Sebelah petangnya pula tanomkinotuan senggaja ke tebing sungai kecil ditengah-tengah kebun. Terasa sejuk dan nyaman sambil duduk-duduk dihembusi angin yang sepoi-sepoi bahasa. Redup dan tenang ja dengan sungai mengalir tenang. Ternampak pula pokok-pokok dungor tumbuh meliar dengan pucuk muda begitu banyak. Terdetik tanomkinotuan untuk memetiknya, adalah sayur malam ni, sayur exotik hutan tumbuh meliar, paling penting ia sangat-sangat organik. Yelah tumbuh dengan sendiri di tepi sungai pula tu. Maka dengan ringan tangan tanomkinotuan mencapai daun-daun muda dan memetiknya. Terasa duri-durinya mencucuk tangan tanomkinotuan walaupun tidaklah mencederakan. Adalah segenggam batang muda yang dapat tanomkinotuan petik. Tidaklah tanomkinotuan memetik pucuk muda pada pokok yang memang tumbuh betul-betul dalam air. Silap sikit boleh jatuh ke dalam nya. Walaupun sungai ini kecil tetapi kedalamannya juga boleh tahan. 

Pokok dungor
Sayur dungor enak dimasak dengan pelbagai resepi. Ia boleh dimasak tumis dengan masak sardin, atau masak lemak. Memang sedap. Bagi tanomkinotuan rasa sayur ini sama seperti rasa pucuk keladi. Namun strukturnya, lagi lembut berbanding pucuk keladi. Cara masaknya ialah setiap batang muda perlu dikupas kulit luarnya dan jika rajin rebus setengah masak terlebuh dahulu. Seterusnya masak ikut resepi yang disukai. Emak tanomkinotuan selalu masak sayur dungor tumis sardin atau masak lemak cili api. 

Antara sayuran exotik yang sering dimakan oleh tanomkinotuan ialah sayur dungor, sayur gipun, sayur tunjuk langit, sayur paku pakis, sayur kemiding, terung pipit, sayur tutan, timun liar dan sayur pucuk keladi liar selain pucuk keladi air. Sayur-sayur ini mempunyai keunikannya tersendiri dan paling penting adalah semuanya organik. Kandungan zat makanan juga tidak kurang bagusnya berbanding jenis sayuran lazim ditanam secara komersil.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Ahad

Cara Membuat Racun Kerangga Organik

Kebun Belakang Rumah tanomkinotuan telah didatangi oleh tetamu tidak diundang iaitu sekawan kerangga (laga') yang telah menguasai pokok kacang panjang. Tanomkinotuan sangat rimas melihat keadaan ini. Dari pemerhatian, kerangga tidak merosakkan pokok mahupun buah kacang panjang tersebut malah cantik tanpa kerosakan tetapi masalahnya pula mereka ini membuat sarang pada pokok kacang panjang yang menyebabkan tanomkinotuan atau emak sukar memetik buah kacang panjang yang telah boleh dituai. Habis diserangnya tangan dengan gigitan yang menyakitkan.

Tanonkinotuan sebelum ini ingin meracunnya dengan racun serangga biar pokok kacang panjang bebas taklukan oleh mereka. Tetapi fikir punya fikir keinginan tersebut dibatalkan sahaja. Lagipun takut semburan racun serangga akan menyebabkan buah kacang panjang sudah terkena semburan dan tidak organik. 

Oleh itu, tanomkinotuan telah mencuba resepi membuat racun kerangga organik yang dibaca sebelum ini. Berikut adalah bahan-bahannya.


1. Satu sudu serbuk pemcuci kain
2. Satu sudu minyak makan
3. Lima biji cili padi
4. Lima ulas bawang putih
5. Dua mangkuk air paip

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blander hingga hancur. Tapis cecair tersebut untuk memisahkan sisa bahan yang tidak hancur dengan menggunakan penapis. Masukkan ke dalam bekas penyembur dan sembur ke arah kerangga tersebut.

Hati-hati menggunakannya kerana cecair itu bila terkena mata atau kulit sangat pedih dan perit. Guna sarung tangan untuk keselamatan.

Selamat mencuba.

Sabtu

APAKAH ITU HUMUS

Tags
Humus ialah bukan jenis tanah sebenar tetapi lebih tepat dikenali sebagai bahan organik yang terhasil daripada reputan tumbuhan dan haiwan secara senulajadi sama ada dihasilkan sendiri atau dijumpai di kawasan hutan tebal. Humus juga dirujuk sebagai reputan bahan semulajadi seperti daun di atas lapisan tanah. Humus adalah berwarna hitam, berorganik yang terbentuk di atas tanah apabila tumbuhan dan bahan haiwan mereput sama seperti topsoil yang boleh dijumpai di kawasan hutan.

Humus kaya dengan nutrisi seperti nitrogen dan bahan-bahan lain. Maka ia sesuai ditambah atau dicampurkan ke dalam tanah kebun untuk meningkatkan kualiti tanah. Antara faedah humus pada tanah kebun ialah:

1. Meningkatkan jumlah nutrisi dalam tanah. Nitrogen dan bahan lain membantu membekalkan zat makanan kepada tanaman.

2. Humus mengandungi hidupan benda hidup seperti mikrob, bakteria dan fungi yang baik untuk tanah dan tanaman. Proses pereputan yang berlaku membebaskan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

3. Humus membaikpulih pengudaraan tanah. Campuran humus pada tanah dapat memisahkan partikel tanah khususnya tanah lampung.

4. Humus memperbaiki penyerapan air dalam tanah. Humus seperti span yang boleh menyerap air kerana ia terhasil daripada tumbuhan.

5. Menyeimbangi nilai PH tanah.

Berlaku kekeliruan berhubung dengan humus dan kompos. Humus terhasil dari dedaunan yang gugur ke bumi dan mereput hingga membentuk lapisan tebal di atas permukaan tanah manakala kompos adalah hasil pereputan daun kering, sisa buangan dapur dan tumbuhan hijau yang dilonggokkan untuk dikompos. Perbezaan ketara antara keduanya ialah dari segi kandungan nilai nutrisi di dalamnya.

Cara menggunakan humus ialah campurkan humus dengan kompos dan tabur pada tanah kebun. Boleh ditambah dengan bahan organik lain seperti tinja binatang, serbuk kapur dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti tanah anda.

Selamat bertani dan menuai hasil.

CARA MENGHASILKAN TOPSOIL SENDIRI DI RUMAH

Tags
Berikut adalah langkah bergambar bagaimana untuk mendapatkan topsoil sendiri.


1. Cari kawasan hutan atau belukar berdekatan dengan rumah anda. Cari lokasi kawasan yang sesuai untuk mendapatkan topsoil yang berkualiti di mana pastikan kawasan yang dipilih kurang semak samun, lapang dan selamat. 



2. Sekiranya lokasi yang dipilih mempunyai semak maka tebas semak itu dengan menggunakan parang.



3. Buat pancang dengan ukuran 5x5 kaki atau 10 x10 kaki persegi atau mengikut kehendak anda. Jika anda memerlukan topsoil yang banyak maka besarlah saiz kawasan yang dipancang. 



4. Bersihkan kawasan persegi yang dipancang tadi. Alihkan daun kering, ranting kayu dan benda asing lain dalam lingkungan kawasan yang dipancang.

5. Keluarkan cangkul dan cangkul kawasan yang dibersihkan tadi dengan mengorek sedalam 5 cm hingga 30 cm sahaja. Lebih dari 30 cm ia dikenali sebagai subsoil yang mengandungi sedikit garam, kurang tanah lampung, dan mineral lain yang menjejaskan pertumbuhan tanaman jika digunakan. Tempatkan topsoil tersebut ke tempat lain dalam timbunan yang kecil.

6. Pada timbunan topsoil itu tadi, alihkan bahan-bahan seperti batu besar n kecil, kayu, ranting, akar dan segala bendasing didalamnya. Kita mahu topsoil yang bebas dari bendasing tidak berguna. Sebaik-baiknya tapis topsoil anda dengan alat penapis yang dibawa.


Kini anda sudah mempunyai topsoil buatan sendiri dan tidak perlu mengeluarkan topsoil di kedai. 

Selamat mencuba.

Jumaat

SAYUR GIPUN DAN RESEPI ACAR GIPUN

Tags

Pagi tadi tanomkinotuan ke kebun getah (KG) setelah rehat di rumah beberapa hari. Ini bertujuan untuk mengembalikan tenaga yang hilang semasa melakukan aktiviti meracun rumput tempoh hari. Jadi sesampai di KG, tanomkinotuan mempunyai rutin dengan berjalan-jalan di sekitar kebun melihat-lihat apa yang berlaku. Tanomkinotuan suka melihat benih-benih sayur yang disemai mulai bercambah seperti kacang buncis manis, terung, jagung manis, jagung pulut, jagung pandan, ubi manis dan kacang panjang. Semuanya tumbuh dengan galak sekali.

Berbalik kepada tajuk di atas di mana selepas KG selesai diracun dan rumputnya telah mati dan kering. Kini KG tanomkinotuan mulai ditumbuhi rumput yang sangat banyak termasuklah sayur gipun. Sayur gipun adalah tumbuhan herba dan dianggap sebagai rumput yang mudah tumbuh pada tanah di kawasan semak atau kebun. Berbatang lembut dan berdaun bujur dengan tepi daunnya seakan-akan bergerigi, mempunyai bau kuat (seperti mint) dan boleh mencecah 1 meter tinggi. Benih timbuh melalui penyebaran angin. Ia juga dikenali sebagai tropical burnweed, American fireweed. Nama saintifik bagi sayur gipun ialah Erechtites hieracifolia (L) raf.ex DC.

Sayur gipun adalah salah satu rumput yang paling banyak tumbuh di KG. Untuk makluman bahawa gipun boleh dijadikan sayur dan boleh dimakan. Sayur gipun adalah sayur kampung dan sangat digemari oleh keluarga tanomkinotuan. Ia tidak ditanam tetapi tumbuh dengan sendiri. Bagi pengemar sayur ini boleh dibeli di pasar atau tamu dengan harga RM2.00 seikat. Sayur ini juga boleh dipetik di kebun bagi mereka yang mempunyai kebun sendiri.

Sayur gipun ini sesuai dibuat acar sayur. Ia sangat sedap dengan perahan limau nipis. Sayur ini juga sesuai dimasak tumis dengan dicampurkan dengan sadin atau ikan bilis kering. Semasa tanomkinotuan masih kecil sayur inilah yang dipetik oleh emak tanomkinotuan untuk dibuat sayur. Ia mempunyai bau yang sangat kuat tetapi jika mereka yang mengemarinya bau tersebut adalah excotik sifatnya. 

Selepas tanomkinotuan selesai membuat dua batas untuk penanaman sayur. Tanomkinotuan terfikir untuk membuat acar gipun. Maka tanomkinotuan mencapai plastik dan menuju ke tempat yang banyak pokok gipun yang tumbuh tidak jauh dari tempat tanomkinotuan membuat batas. Tanomkinotuan hanya memilih sayur gipun yang sihat dan gemuk kerana daunnya lebar.

Berikut adalah resepi perkongsian dari tanomkinotuan untuk membuat acar sayur gipun;

1. Satu ikat atau secekak sayur gipun diambil daunnya dan pucuk muda.

2. Setengah mangkuk ikan tenggiri/udang/ sotong dipotong ikut suka. Anda juga boleh guna ikan tuna flakes in oil, brand REX: PREMIUM QUALITY

3. Seikat atau secekak bawang losun dipotong kira-kira 1 inci setengah.

4. Satu biji buah wani /buah kuini separuh masak dihiris nipis atau boleh guna apa-apa jenis mangga.

4. Tiga biji buah limau kasturi/limau nipis atau cuka makan.

5. Satu batang empulur tuhau direbus bersama sedikit garam dan dihiris nipis.

6. Tiga biji bawang merah spanyol dihiris nipis.

7. Sepuluh biji cili padi (kepedasan ikut suka). Boleh dikurangkan jika tidak mahu pedas.

8. Garam secukupnya.

Cara penyediaan acar gipun;

Terlebih dahulu rebus ikan temggiri atau udang atau sotong setengah masak, toskan dan ketepikan.

Campurkan daun gipun, bawang losun, hirisan buah wani, tuhau, bawang merah dan cili padi ke dalam satu bekas. Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati.

Seterusnya masukkan rebusan isi ikan tenggiri atau udang atau sotong, garam dan limau nipis. Gaul hingga sebati agar air limau dan garam sebati ke dalam isi ikan dan bahan-bahan lain.

Rehatkan selama 5 hingga 10 minit untuk bahan-bahan tadi benar-benar masak oleh air limau.

Akhir sekali acar gipun sudah boleh dimakan. Acar gipun boleh dimakan bersama nasi putih bario, ayam masak kari atau ayam masak merah. Ia juga sesuai dimakan dengan nasi beriani ayam atau kambing. Memang menyelerakan.

Selamat bertani dan menuai hasil.


Khamis

6 Jenis Tanah Dalam Pertanian Yang Patut Petani Tahu

Tags
Penyediaan kawasan menanam tidak kira di halaman rumah,  di kebun atau di dalam pasu memerlukan jenis tanah yang sesuai untuk media benih atau anak pokok anda. Hari ini tanonkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca tentang jenis-jenis tanah yang wujud di sekeliling anda, juga mengetahui jenis tanah yang sesuai untuk penanaman tanaman di kebun anda.

Umumnya terdapat 6 jenis tanah yang lazim dilihat. Biasanya kombinasi 6 jenis tanah ini adalah hasil dari campuran 3 bahan asas iaitu tanah liat, endapan dan pasir. Bagaimanakah percampuran 3 asas ini menentukan pengelasan tanah anda? Struktur tanah, tatacara penyerapan air dan sebagainya.

1. Tanah liat

Tanah liat mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. Ia sangat meleket ketika basah dan keras ketika kering. Tanah liat juga sangat padat di antara jenis tanah yang lain. Disebabkan partikelnya sangat kecil dan halus, udara sangat kurang dalam tanah yakni bermaksud pengudaraan kurang baik. Tanah liat juga sangat sukar menerima air. 

Apabila menanam sayuran pada tanah jenis ini, akar tumbuhan sukar bergerak. Ia juga sukar untuk digemburkan dan walaupun sudah digembur tetapi ia kembali mengeras setelah beberapa kali terkena air hujan atau siraman dari air anda. Biasanya tanah liat berwarna kuning kemerahan. Untuk menentukan tanah anda itu jenis tanah liat kepal tanah tersebut ketika masih basah dan sekiranya ia meleket atau tanah tersebut boleh dibentuk seperti sosej maka tanah anda adalah jenis tanah liat.

2. Tanah pasir

Tanah pasir mempunyai partikel yang sangat besar dan longgar. Ia kering dan berderai atau peroi. Jenis tanah ini tidak menyerap air seperti jenis tanah yang lain di mana ia cepat kering dan satu lagi sebabnya ialah partikelnya yang sangat besar. 

Air akan mengalir dengat cepat menyebabkan air tidak cukup sampai pada benih atau akar tanaman. Pada tanah jenis ini, nutrient tidak bertahan lama kerana cepat hilang mengikut air mengalir keluar. Apabila tanah pasir disinari sinaran matahari, ia cepat panas. Jika anda kepalkan tanah ini atau buat seperti bentuk sosej tetapi ia tidak membentuk maka anda mempunyai tanah jenis pasir.

3. Tanah gambut

Tanah gambut adalah warna hitam atau perang. Mempunyai bahan organik dan kandungan air yang sangat di dalamnya. Jenis tanah ini dikelompokkan dalam tanah berorganik. Ia terbentuk kira-kira 9000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang tertimbus di dalamnya. Ketika hujan, air sangat banyak di dalamnya dan kering ketika musim kemarau.

Jenis tanah gambut di Malaysia adalah jenis tanah gambut yang dikategorikan sebagai tanah bermasalah sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat. Jika anda kepal tanah ini ia seolah-olah seperti span dan boleh dibentuk. Maka anda mempunyai tanah jenis gambut.

4. Tanah endapan

Tanah endapan atau silty mempunyai partikel yang kecil berbanding dengan tanah pasir dan tidak hairan ia sangat lembut dan halus apabila disentuh. Ketika lembab, ianya seakan-akan licin berbusa dan ketika anda rollkan di antara dua tangan anda, ia cepat jatuh dari tangan anda. Tanah endapan boleh menyerap air tetapi tidak nutrient cepat hilang. Tanah jenis ini sejuk dan kering. Ia jenis mampat dan padat dan pengudaraan dalam tanah adalah bermasalah.

5. Tanah keranji

Tanah keranji atau tanah seline adalah kering dan bergaram. Tumbuhan bermasalah jika ditanam pada tanah jenis ini.

6. Tanah loam

Jenis tanah sesuai untuk pertanian ialah tanah loam. Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun dan jenis tanah yang mempunyai kandungan hampir sama di antara tanah lampung, endapan dan pasir beserta humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Tanah loam mempunyai nilai PH yang tinggi dan kandungan kalsium.

Tanah loam berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik yakni bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.

Walaupun tanah loam sangat sesuai untuk tanaman tetapi jangan kecewa sekiranya tanah ini tidak terdapat di kebun anda kerana tanah-tanah jenis lain masih boleh dibaikpulih dengan baik untuk dijadikan media tanaman.

Selamat bertani dan menuai hasil.

CARA DAN PANDUAN MENANAM SENGKUANG DALAM PASU

Tags
Benih sengkuang
Sengkuang atau jicama adalah nama tanaman di mana akarnya membesar sebagai isi yang dimakan, isinya berwarna putih serta jenis pokok menjalar. Daun separa bulat berwarna hijau dan mempunyai buah memanjang. Pokok sengkuang ditanam melalui biji. Nama saintifik bagi sengkuang ialah pachyrhizus erosus dan berasal dari negara China. Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi bagaimana menanam benih sengkuang dalam pasu.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

1. Lima hingga sepuluh biji sengkuang, lebih pun tidak mengapa.

2. Lima hingga sepuluh buah pasu 18 inci atau apa-apa bekas bersaiz besar.

3. Campuran media atau topsoil. Anda juga boleh menggunakan jenis tanah yang lain asalkan jangan tanah clay.

4. Air untuk menyiram.


Cara penyediaan menanam sengkuang;

1. Pilih benih sengkuang yang sihat untuk disemai. Sebelum ditanam benih sengkuang direndam terlebih dahulu ke dalam air sehingga semalaman.

2. Bubuh media campuran ke dalam pasu hingga penuh.

3. Buat lubang sedalam kira-kira satu inci setengah.

4. Masukkan sebiji sengkuang yang telah direndam semalaman ke dalam lubang. Satu pasu untuk satu benih sengkuang. Ini bertujuan agar tidak ada persaingan dan akar sengkuang bebas bergerak.

5. Timbus lubang dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.

6. Letak pasu-pasu itu ditempat selamat dan jangan lupa menyiram dengan air secukupnya agar tanah sentiasa lembab. Benih sengkuang mulai bercambah setelah 5 hingga 14 hari disemai. Ia mengikut kadar kelembapan tanah. Namun jika tanah terlalu basah pula benih sengkuang akan berkulat dan mati.

7. Jaga anak pokok sengkuang seperti menjaga sayuran lain.

Selamat mencuba. 

Selasa

APAKAH SERBUK KAPUR PERTANIAN

Tags
Serbuk kapur / lime
Serbuk kapur pertanian atau dikenali sebagai lime adalah serbuk yang lazimnya digaul ke dalam tanah sebelum memulakan aktiviti menyemai atau menanam. Serbuk kapur ini diperbuat daripada penghancuran batu calcite atau mineral aragonite yang mempunyai kandungan mineral yang sama di dalamnya. Biasanya serbuk kapur pertanian mengandungi komponen kalsium karbonat. Kadang-kadang serbuk kapur pertanian juga mengandungi kalsium oksida, magnesium oksida, dan magnesium karbonat bergantung pada sumber mineralnya yang terkandung padanya.

Terdapat beberapa jenis serbuk kapur di pasaran antaranya serbuk kapur calcitik yakni antara serbuk kapur yang berkualiti tinggi yang mengandungi kalsium karbonat dan memberikan kesan yang baik pada tanah tetapi agak sukar mendapatkannya. Kedua ialah serbuk kapur dolomiti  yang dijual dalam bentuk pelet. Mengandungi kalsium karbonat dan magnesium karbonat iaitu tidak kurang 6 peratus kandungan magnesium dan ketiga ialah serbuk kapur biasa.

Peranan serbuk kapur sangat tinggi dalam bidang pertanian di mana;

1. Ia mengurangkan kadar PH berasid pada tanah anda.

2. Membekalkan kandungan kalsium dan magnesium kepada tanah anda.

3. Berperanan untuk membenarkan air memasuki tanah berasid dengan baik.

4. Memudahkan tanaman menyerap nutrient dalam tanah. Tanpa serbuk kapur dalam tanah. Akar tanaman sukar menyerap makanan dalam tanah. Sebab itu walaupun sudah banyak baja ditabur pada batas tanaman kita, tanaman tersebut tidak membesar dengan baik malah pertumbuhannya terbantut dan daun warna kekuningan. Pokok mula berbunga atau berbuah walaupun belum matang.

5. Meningkatkan aktiviti bakteria dalam tanah.

Jika kadar PH tanah sangat rendah, kandungan nutrient seperti kalsium, fosforus dan magnesium juga rendah dalam tanah. Ini bermakna kandungan mangan dan aluminium yang tinggi sangat bertoksid kepada tanaman. Nilai PH pada kadar 7.0 ialah berkeadaan neutral, nilai PH di bawah 7.0 pula adalah berasid manakala PH melebihi 7.0 pula adalah beralkali. Namun sesetengah pakar mengatakan 4.0 hingga 6.5 adalah PH neutral dan sesuai tanaman membesar. Bermaksud tanaman boleh tumbuh pada nilai PH 4.0 hingga 6.5.  Tanah beralkali tidak perlu ditabur dengan serbuk kapur tetapi perlu ditabur sulfur untuk mengurangkan kealkalian tanah itu. Untuk mendapatkan nilai PH tanah anda guna penyukat meter PH yang boleh dibeli di kedai.

Cara menggunakan serbuk kapur adalah bergantung kepada berapa nilai PH tanah anda. Sebelum menaburkan serbuk kapur uji tanah anda terlebih dahulu, guna penyukat PH meter atau kit kertas litmus untuk mengetahui PH tanah. Anda boleh menaburkan serbuk kapur di atas tanah dan mengaulkannya atau jika menggunakan tanah pada skala besar tabur menggunakan jentera khas selepas tanah anda telah di balik-balik mengunakan jentera piring. Pengemburan tanah akan mengaulkan serbuk kapur dan akan sebati pada tanah.

Umumnya, 100 pound atau 45 kilogram serbuk kapur ditabur pada tanah bersaiz 1000 kaki persegi untuk ke tahap nilai PH 1 point. Serbuk kapur boleh bertahan sehingga 3 tahun hingga 5 tahun mengikut faktor persekitaran. Hujan asid yang berterusan boleh menghilangkan nilai PH tanah anda. Jadi anda harus memeriksa tanah anda selepas 3 tahun hingga 5 tahun sekali bagi mendapatkan keputusan tahap nilai PH dan seterusnya anda boleh membaikpulih semula dengan menaburkan serbuk kapur pada tanah anda. Tetapi jika tanaman anda hidup subur tanpa ditaburkan serbuk kapur sebelum ini bermaksud tanah anda berkeadaan neutral. Jadi serbuk kapur tidak berguna untuk tanah anda buat masa ini.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Isnin

SALAD VARIATI BAHARU DI KEBUN BELAKANG RUMAH

Tags
Salah satu jenis tanaman yang digemari tanomkinotuan ialah salad. Terdapat beberapa salad yang ditanam di KBR antaranya ialah salad cimarron, salad lolorosa, salad siomak atau salad cina manis, salad loose leaf cultivar dan banyak lagi. Awal tahun lepas banyak jenis salad di tanam dan keluarga tanomkinotuan sehingga muak memakannya. Namun apa yang tanonkinotuan ingin ceritakan di sini ialah mengenai variati salad baharu yang tumbuh di KBR.

Ia bermula apabila benih salad lolorosa dan salad loose leaf cultivar ditanam bersama dalam satu batas. Apabila pokok kedua-dua salad ini sudah mengeluarkan benihnya dan gugur ke tanah. Benih tersebut tumbuh semula dengan banyak. Mula-mula benih lolorosa bercambah dulu diikuti oleh benih salad leaf cultivar. Tiba-tiba tanomkinotuan terpandang anak benih salad yang aneh dan pelik dan sangat berbeza dengan kedua induknya. Daun lebar dan hijau seperti salad loose leaf cultivar dan mempunyai tompokan warna merah atau perang pada daunnya. Setelah meneliti dengan penuh perhatian sah, anak benih salad tersebut memang lain. Terfikir tanomkinotuan tidak pernah tanomkinotuan menanam variati salad sebegitu. Tanpa berfikir panjang tanomkinotuan mencabutnya dan mengalihkannya ke batas yang lain dan menjaganya dengan baik untuk dibesarkan bagi mendapatkan benihnya.

Salad adalah tanaman berdebunga (polination) makanya mungkin anak benih salad itu adalah hasil kacukan antara salad lolorosa dan salad loose leaf cultivar. Hasil pendebungaan antara dua jenis salad ini telah menghasilkan benih salad baharu. Kini pokok salad tersebut semakin membesar dan sihat pertumbuhannya. Daunnya hijau bertompok merah keperangan, sedikit mengeriting daunnya tetapi tidaklah sama dengan daun salad lolorosa.

Tanomkinotuan akan menjaga pokok salad jenis baharu ini sehingga besar dan mengeluarkan benih. Harap benihnya boleh bercambah dengan baik. Sekiranya benih salad baharu ini boleh tumbuh makanya tanomkinotuan mempunyai satu lagi jenis salad yang terhasil dari kacukan lolorosa dan loose leaf cultivar. Harap ianya tidak pahit seperti mana pahitnya pokok induknya.




Melihat pokoknya memang tanomkinotuan tidak pernah membeli benih salad online sebegitu. Daunnya cantik hijau kemerahan. Daunnya lebih kepada bujur dan lebar. Berbanding dengan induk asalnya di bawah.

Salad loose leaf cultivar

Salad lolorosa

Kedua-dua gambar di atas merupakan benih yang tumbuh sendiri dari pokok induknya terdahulu. Masih sama dengan pokok induknya yang sama-sama bercambah dan membesar dengan salad aneh pada gambar pertama, kedua dan ketiga. Terdapat 6 pokok kesemuanya dan sudah pun dialihkan ke batas. Namun hanya 4 pokok berjaya membesar. Tanomkinotuan tidak dapat menceritakan bagaimana rasa dan struktur salad baharu ini, bila pokoknya besar sedikit bolehlah tanomkinotuan memetik daunnya dan memakannya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

KEBAIKAN TANAMAN CAMPURAN PADA TANAMAN (COMPANION PLANT)

Tags
APAKAH ITU TANAMAN CAMPURAN (COMPANION PLANT)

Tanaman campuran atau companion plant ialah kepercayaan dan idea tentang pelbagai tanaman yang bersesuaian ditanam bersama dalam satu batas untuk memberikan faedah, perlindungan dan membantu pendebungaan kepada tanaman lain. Tanaman campuran juga bermaksud dua atau lebih tanaman ditanam bersama untuk membantu mengawal makhluk perosak kepada tumbuhan dalam tanaman campuran yang ditanam bersama.

Kajian sains telah membuktikan bahawa beberapa tanaman campuran yang ditanam bersama boleh memberikan faedah unik kepada tanaman campuran tersebut. Hal ini juga sudah dibuktikan dan disahkan oleh pekebun yang sering menanam secara tanaman campuran. Tetapi pekebun harus tahu mana antara tanaman yang serasi atau sebagai sahabat dan mana antara tanaman yang bermusuhan.

KEBAIKAN TANAMAN CAMPURAN

1. Mengawal makhluk perosak

Sesetengah tanaman mempunyai kesan unik untuk menjauhkan makhluk perosak mendekati tanaman anda dengan bahan kimia yang terkandung padanya. Contohnya tanaman keluarga allium atau bebawang mempunyai kesan bagus ditanam bersama tanaman lain untuk menjauhkan serangga yang datang kepada sayuran anda. Selain itu, basil atau kemangi dan marigold Perancis juga mempunyai fungsi yang sama.

2. Membantu dalam pertumbuhan

Sesetengah tanaman boleh membantu tanaman lain untuk membesar dengan bahan kimia yang ada padanya. Contohnya anda boleh menanam pokok jagung, kacang buncis atau kacang panjang dan timun atau labu dalam satu tempat. Ketiga-tiga tanaman ini saling bantu membantu dalam pertumbuhan. Pokok jagung menyediakan tempat memanjat bagi pokok kacang buncis atau kacang panjang manakala kacang buncis atau kacang panjang pula membekalkan nitrogen kepada pokok jagung dan pokok timun atau labu. Bagi pokok timun atau labu pula berfungsi melalui daunnya di mana daunnya memperlambatkan kekeringan tanah yakni kelembapan tanah memberikan pokok jagung dan kacang buncis atau kacang panjang tumbuh dengan baik.

Selain itu, sesetengah tanaman pula memberikan teduhan dari sinaran matahari yang terik kepada tanaman yang tidak memerlukan cahaya yang banyak. Contohnya pokok tomato dan pokok lobak merah. 

3. Membantu pendebungaan

Sesetengah tanaman seperti marigold menarik serangga dan seterusnya melakukan proses pendebungaan kepada tanaman lain.

4. Membaikpulih tanah

Tanaman seperti tanaman legum seperti kekacang membebaskan nitrogen ke dalam tanah melalui bintil pada akarnya dan seterusnya membekalkan nutrisi kepada tanaman berhampiran.

CONTOH TANAMAN CAMPURAN YANG SESUAI

1. Asparagus

Basil, ketumbar, tomato, parslay, lobak merah bunga marigold.

2. Kacang buncis

Ubi bit, brassica, kobis, lobak merah, timun, tomato, terung, bunga kobis, daun sup / seleri dan kentang.

3. Ubi bit

Keluarga brassica seperti kobis, brokoli, kobis bunga, kailan, brussel sprout, kohlrabi dan tunip. Selain itu ia juga sesuai ditanam bersama salad dan bawang.

4. Brokoli

Basil, kacang buncis tidak memanjat, timun, bawang putih, bawang besar, salad, marigold, pudina, kentang, radis/lobak, rosemary, tomato dan sage.

5. Kobis

Ubi bit, kacang buncis tidak memanjat, celeri, pudina, bawang besar, kentang, oregano, rosemary dan sage.

6. Lobak merah

Kacang buncis (memanjat dan tidak memanjat), bawang putih, salad, bawang besar, parsley, kacang pea, rosemary dan tomato.

7. Bunga kobis

Kekacang, oregano, seleri, kacang pea dan tomato

8. Seleri / daun sup

Kacang buncis tidak memanjat, kobis, bawang leeks, tomato.

9. Bawang kucai

Basil, lobak merah, marigold, parsley, strawberri dan tomato.

10.  jagung

Kekacang seperti kacang panjang, kacan buncis bush atau pull, timun, kacang pea, tomato, labu, squash dan zukini.

11. Timun

Jenis kekacang, seleri, jagung, kacang pea, radis dan salad.

12. Terung

Kekacang, lada besar dan potato

13. Salad

Kekacang, ubi bit, lobak merah, jagung, marigold, bawang besar, kacang pea, radis dan strawberi.

Ni adalah antara tanaman yang boleh ditanam bersama dalam satu batas. Jangan tanam jenis bebawang dengan kacang buncis. Bawang akan mati kerana tidak cukup cahaya matahari.

Selamat berkebun dan menuai hasil.