Jumaat

Cara Menanam Benih Tomato

Tomato brandywine
Ingin menanam pokok tomato di halaman rumah anda? Anda cukup beruntung kerana tomato boleh tumbuh dengan baik di mana-mana sahaja sama ada kawasan tanah tinggi mahupun tanah rendah. Berikut adalah panduan berguna untuk anda menanam benih tomato.

DAPATKAN BENIH TOMATO

Pertama sekali dapatkan benih tomato sama ada membeli benihnya di nusery atau kedai pertanian yang berhampiran. Pilih variati yang anda sukai jika kedai tersebut menjual pelbagai benih tomato. Anda boleh memilih benih tomato hibrid atau benih tomato heirloom, benih tomato jenis determinate iaitu jenis pokok tomato merimbun dan tinggi mencecah 1 hingga 3 kaki sahaja dan mati selepas berhenti mengeluarkan kudup bunga. Juga benih tomato jenis indeterminate yakni jenis pokok tomato memanjat yang boleh mencecah 20 kaki, dan hidup lebih lama.

Atau anda juga boleh dapatkan benih dari buah tomato yang anda beli dari pasar. Caranya, potong biji tomato tersebut dan keluarkan benih tomato dari buahnya. Masukkan benih tomato ke dalam satu bekas. Tambah air dan tapis menggunakan penapis agar dapat mengasingkan benih dari sisa buah. Kurangkan kebasahan pada benih dengan menekapkan dengan tisu dan keringkan di bawah pancaran matahari. Masukkan benih tomato yang kering ke dalam botol kedap udara sekiranya belum menyemai dalam masa terdekat. 

PENYEDIAAN BEKAS SEMAIAN

Sediakan bekas semaian anda dengan menggunakan styrofoam cup (tray semaian yang boleh dibeli di kedai pertanian). Namun ia agak mahal dan tidak digalakkan kepada beginner kecuali anda cukup bajet.

Anda juga boleh menggunakan bekas semaian seperti pasu, kontena dan polibag. Jika tidak ada anda boleh menggunakan bahan terbuang (bekas yang tidak mengeluarkan kos kewangan) seperti besen kecil, botol mineral berkapasiti 1.5 liter yang dipotong dua, tin susu bayi, botol bekas minyak makan bersaiz kecil atau besar dan apa-apa bekas yang difikirkan sesuai.

PENYEDIAAN MEDIA SEMAIAN

Gunakan campuran tanah dengan nisbah 2:1:1 iaitu dua bahagian tanah loam, satu bahagian kompos dan satu bahagian pasir sungai. Tanah loam boleh diganti dengan tanah hitam atau tanah kebun manakala kompos boleh digantikan dengan tinja binatang reput (pastikan media direhatkan selama seminggu sekiranya menggunakan tinja ayam).

Anda juga boleh menggunakan kompos sebagai semaian atau topsoil yang digali sendiri atau dibeli di kedai. Atau mengorek tanah kebun juga sesuai untuk semaian tomato namun berhati-hati menggunakan tanah kebun sebagai semaian kerana terdapat mikroorganisma merbahaya yang boleh membunuh benih tomato. Pastikan tanah kebun diasingkan daripada bendasing yang tidak diperlukan seperti akar dan sebagainya. Satu lagi media yang boleh diikuti oleh pembaca ialah dengan menggunakan campuran seedstarting mixes (campuran-semai benih). Boleh dibeli dari kedai pertanian yang ada menjualnya. Media semaian ini sesuai untuk percambahan benih tomato. 

PENYEMAIAN BENIH TOMATO


Anak pokok tomato disemai pada polibag
Pokok tomato menyukai tanah peroi dan lembab. Oleh itu, guna campuran media semaian atau kompos tersteril atau topsoil di mana masukkan media semaian tersebut ke dalam bekas semaian yang dipilih (rujuk maklumat di atas) sehingga penuh dan padat-padatkannya sedikit sahaja, tetapi janganlah pula terlalu padat. Terdapat dua cara menyemai benih tomato pertama tabur rawak di atas media semaian kemudian timbus sedikit tanah. Kedua, buat alur kira-kira 1/4 kedalaman secara memanjang di atas pasu atau kontena dan semai benih tomato ke dalam alur yang dibuat tadi. Seterusnya jangan lupa siram selepas di semai.

Bagi mereka yang menggunakan styrofoam cup (tray semaian) adalah lebih praktikal dan sempurna. Isikan media semaian pada setiap lubang styrofoam cup hingga penuh. Buat lubang di tengah-tengahnya kira-kira 1/8 inci (3 mm) kedalaman dengan menggunakan kayu atau kepala hujung pensil. Masukkan sebiji benih tomato pada setiap lubang dan timbus semula. Seterusnya siram media semaian tersebut secukupnya.

Setelah benih tomato disemai, letakkan pasu tersebut di kawasan terkena suhu matahari. Suhu tanah dalam pasu yang sesuai untuk benih tomato bercambah ialah 70 hingga 80F (21-27C). Jika suhu berada di bawah 50F (10 C) benih tomato mengambil masa untuk bercambah manakala suhu di atas 95F (35 C) benih tomato akan membusuk atau memburuk dan tidak akan bercambah atau dipanggil detrimental. Benih tomato mulai bercambah selepas 5 hari hingga 7 hari selepas disemai. 

Terdapat dua cara pemindahan anak pokok tomato ke tapak penanaman. Ini khususnya kepada benih tomato yang disemai dalam bekas semaian seperti pasu, kontena atau polibag iaitu:

1. Apabila usia anak pokok tomato telah mencapai dua hingga tiga minggu mempunyai 4 hingga 6 helai daun. Anak pokok tomato itu, bolehlah dipindahkan terus ke batas yang telah disediakan. Tanam anak pokok benih tomato seterusnya siram secukupnya dan tutup dengan jaring selama seminggu.

2. Cara kedua pula ialah apabila anak pokok tomato berusia 12 hari di mana daun sebenar sudah keluar, pindahkan anak pokok tomato dari bekas semaian ke pasu atau kontena yang lebih besar sedikit. Setiap pasu ditanam dengan sepokok tomato. Selepas 3 minggu usia anak pokok dalam pasu tersebut, pindahkan sekali lagi ke atas batas yang telah disediakan. Cara ini sering dipraktikkan oleh pekebun-pekebun dari negara Barat. 

PEMBAJAKAN BATAS 

Jika menanam pokok tomato di atas tanah maka buat batas mengikut kehendak pembaca. Gunakan cangkul untuk memecahkan tanah dan gembur tanah tersebut sehingga hancur. Pokok tomato sesuai tumbuh pada tanah gembur yang lembab. Campurkan kompos untuk menambah nitrogen ke dalam batas atau pun tinja binatang. 

Buang segala benda asing dalam batas seperti akar, daun kering, batu dan sebagainya. Dedahkan batas tersebut pada cahaya matahari selama seminggu hingga dua minggu. Elak daripada menanam anak pokok tomato sekiranya menggunakan tinja ayam pada batas. Rehatkan batas selama seminggu barulah anak benih pokok tomato di tanam.

PENANAMAN ANAK POKOK TOMATO

Buat lubang dengan kedalaman 3 hingga 3 inci manakala jarak lubang pula ialah kira-kira 2 kaki atau dua kaki setengah (2 kaki bersamaan dengan dua keping jubin pada lantai rumah anda). Tambahan dari tanomkinotuan, untuk mendapatkan pokok benih tomato tumbuh lebih galak dan sihat. Pada lubang yang disediakan bubuh kompos kelapa sawit setebal 2 hingga 3 inci dan tanam anak benih pokok tomato.

Anda diberi dua pilihan sama ada menyiram terlebih dahulu baru mencabut benih pokok atau langsung cabut anak pokok tomato. Kedua-dua cara boleh dilakukan untuk anak benih pokok tomato. Cabut berhati-hati anak pokok tersebut dan tanam pada lubang kira-kira 2 inci hingga 3 setengah inci mengikut saiz anak pokok. Kambus dengan tanah dan siram dengan air secukupnya. Tutup dengan jaring hitam bagi mengelak sinaran langsung daripada matahari terik. Sinaran matahari terik boleh membunuh anak pokok tomato yang baru dialihkan. Sebaik-baiknya lakukan pengalihan anak pokok tomato pada waktu petang agar pokok tomato tidak mengalami symtom layu yang teruk.


Jaring penutup itu harus dibuka selepas seminggu kerana pada ketika ini anak pokok tomato sudah kuat dan mampu bertahan cuaca panas. Di awal pertumbuhan anak benih tomato harus disiram dua kali sehari secara berkala. Tidak perlu disiram ketika hujan.

PEMBAJAAN POKOK TOMATO

Pokok tomato diberikan baja mengikut kehendak sendiri. Terdapat dua pilihan sama ada mahu menggunakan baja organik atau baja kimia.

Pilihan baja organik adalah tabur baja disekeliling pokok dan hati-hati jangan terkena pada batangnya. Pembaca juga boleh membubuh kompos pada batas kira-kira 3 inci tebal. Lakukan pembajaan pada minggu kedua (NPK organik dan tahi binatang), minggu keempat (kompos dan NPK organik dan baja buah organik), minggu keenam pula bubuh baja kompos, NPK organik dan sedikit baja buah organik. Semasa proses membaja gembur-gemburkan tanah agar baja tersebut bercampurkan tanah yang membolehkan akar pokok mudah menyerap nutrient. 

Bagi memilih baja kimia, dua minggu selepas anak pokok tomato dialihkan ke batas. Bubuh baja subur (warna merah) dan baja tahi ayam. Tahi ayam di tanam dan ditimbus di antara pokok tomato manakala baja subur ditabur disekeliling pokok, jangan terkena batang pokok kerana ia akan melecur dan mungkin mati. Minggu keempat, bubuh baja subur, baja buah (warna putih) pada disekeliling pokok. Minggu keenam pula tabur kompos, baja subur dan baja buah. Gembur-gemburkan tanah dan hati-hati jangan mencederakan akar tomato.

PENJAGAAN POKOK TOMATO

Menjaga pokok tomato tidak serumit sayuran lain seperti brokoli dan brussel sprout. Anda hanya merumput dengan mencabut rumput rumpai pada batas dan sekelilingnya. Batas pokok tomato harus senantiasa lembab dengan menyiram secara berkala. Batas jangan kering dan jangan terlalu basah (menakung air), pokok tomato akan layu dan tidak akan dapat diselamatkan.

Serangan penyakit sering berlaku pada pokok tomato. Berikut adalah penyakit pokok tomato yang lazim berlaku dan cara mengatasinya:

1. Apid hitam - menyerang akibat jangkitan dari pokok berdekatan. Sembur dengan larutan sabun dan minyak 2 kali sehari atau hapuskan apid secara menual.

2. Reput akar - disebabkan oleh bakteria menyerang akar. Cabut pokok dan musnahkan.

3. Pucuk daun mengerekot - disebabkan oleh bakteria pucuk tidak mampu bembesar dan pertumbuhan terbantut. Pangkas pucuk tersebut supaya tunas baru yang sihat terbentuk. Jika penyakit serius cabut dan musnahkan.

4. Buah busuk - serangan penyakit. Kutip buah yang rosak dan musnahkan. 

Apabila pokok tomato mula membesar dan berbuah, buat pancang setinggi 1 meter untuk menyokong pokok tomato daripada rebah ke bumi. 

PENUAIAN HASIL BUAH TOMATO


Tomato roma
Buah tomato boleh dituai selepas warna buah berubah kepada merah atau kuning mengikut variati. Buah tomato yang dikutip boleh disimpan dalam peti sejuk dan bertahan hingga 3 minggu. Buah tomato enak dimakan sebagai salad atau dicampurkan pada burger. Dicampurkan dalam resepi ayam masak merah atau dibuat jus tomato. Buah tomato tanam sendiri lebih berjus, manis dan lembut. Bau tomato sangat menyerlah dan berperisa kuat.


Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

49 komen

asalam saya kagum dengan usaha yang sangat berguna ini..semoga usaha berhasil dan blog kena updated ..selalu lah ke blog saya kio..agar dapat masuk tu kumpulan Ikon Gratify dalam blog saya tu..

Usaha yang tidak seberapa ni cikgu. Sudahlah masa sangat terhad bersama-sama dengan sayur usaha sendir. walau bagaimanapun harapan agar ia dapat memberi input kepada mereka yang ingin berjinak-jinak menanam pokok tomato.. ya cikgu selalu gak singgah untuk baca entry cikgu cumanya kadang2 gatal tangan mau komen..

berapa lama kah masa yang selepas pokok tomato berbunga untuk mengeluarkan buah? sebab pokok2 tomato saya hanya berbunga tetapi tidak mengeluarkan buah..semua pokok jadi begitu..selepas bunga luruh ada kudup tetapi tidak berputik..

Apabila bunga tomato didebunga oleh serangga, ia akan layu dan hari ke2 dah nampak buahnya membesar. berkenaan dengan bunga layu ada beberapa kemungkinan 1). Suhu terlalu panas atau suhu terlalu sejuk. 2). Terlebih bubuh nitrogen (baja subur), kurangkannya dengan membubuh baja kaya Fosforus n kurangkan baja nitrogen. 3). Pokok tomato yang disimpan di kawasan terlindung (shade) juga boleh menyebabkan kurang atau tidak berbuah. Cahayakan dengan matahari langsung utk penghasilan buah yang banyak. terlebih siraman air juga kadang2 buah tak menjadi.

Kak beli benih tomato itu kah? jika akak guna benih dari buah yang dibeli di pasar n benihnya ditanam kadang2 tak jadi, lebih2 lagi jika ianya hibrid. Semua tanaman yang dihibridkan pada next crop tak seperti induknya atau kualitinya kurang seperti tak berbuah langsung, jika berbuah pun tak sama dgn induknya.

terima kasih di atas info itu..pokok tomato kak semuanya subur cuma tidak berbuah .

Ohh! pokok tomato subur eik? cuba tabur sedikit fosforus pada batas atau tanah, seperti baja bone meal (boleh beli kat kedai), jika tidak ada boleh guna kulit pisang, cengkerang ketam, kulit udang, dan kulit telur. Pilihlah mn yg mudah diperolehi. blander kn hingga hancur dan tabur kat batas. jgn terlalu banyak, sikit je. Tetapi elok dikomposkn bhn tu terlebih dahulu agar tidak menarik perhatian serangga dan sebagainya.

Apakah yang menyebabkan anak pokok tomato saya layu dan daun berwarna kuning ?

terima kasih atas bimbingan tuan, nanti kak cuba buat..minta2lah menjadi Aminnn.

bonny mingkau - berkemungkinan overwatering kot? tomato alah pada tanah yg terlalu basah, akar boleh lemas maka daun layu n mati. Apatah lagi musim sekarang adalah musim hujan. Jika daun bawahnya hanya kuning dan pucuk daun di atas still hijau. Ni pokok sihat sebenarnya cumanya akar tak leh serap nutrisi n daun tak kena direct sunlight. Try letak pokok tomato anda pada cahaya matahari utk fotosintesis secara konsisten. Tapi kurang baja n tanah kering juga daun tomato jadi kuning dan seakan-akan layu pada tengahari. Petangnya segar semula. Kes ni bubuh baja n siram biar tanah lembab. Semoga bermanfaat.

Kak chah perlis - sama-sama. happy gardening.

Boleh saya tanam anak pokok yg telah tumbuh itu hanya dlm pasu atau poly bag besar saja, Tuan?

Hi! Qayyum, selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini.

Boleh. Pokok tomato juga sesuai ditanam dalam pasu atau polibag besar. Cuma pastikan media yg digunakan adalah yang terbaik di mana campuran dgn nisbah 2:1:1 (tanah lom:pasir sungai: kompos) juga boleh guna potting soil yang boleh dibeli di kedai untuk hasil tumbuh besaran pokok tomato dlm pasu/polibag yang baik.

Pembajaan dilakukan dua kali seminggu kira-kira satu sudu makan tabur di sekeliling pokok (guna baja NPK organik). Anda juga boleh menambah kompos pada media (kompos kelapa sawit paling sesuai untuk pokok tomato) dan menggunakan foliar baja ikan atau teh kompos bagi kualiti akar, batang dan daun yang sihat (semburan/spray). Jangan lupa menyiram dua kali sehari ketika musim kemarau n tidak perlu ketika hujan. Tanah/media hanya setakat lembab dan jangan pula terlalu basah pula.

Semoga bermanfaat. Selamat bertani Qayyum.

macam mana yer... dr tunas yg terhasil tu.. 2 helai daun pertama yg keluar kering sbb bijinya x tertanggal snd... biasanya tertanggal snd kann??? 2 unit tunas yg terhasil lpas tunas yg daun kering tu... saya tlg tanggalkan... soalan saya.. nak buat cam ne dgn tunas yg daun kering tu... 1 dr tunas daun yg kering tu dah mati....

Terima kasih kerana melawat ke sini, kadang2 terdapat benih tomato yang bijinya tidak tertanggal semasa percambahan. Anda boleh tanggalknnya secara manual utk membolehkan anak benih tomato hidup dgn baik.

Mengenai kes anda, jika hanya daun yg kering manakala batangnya masih ok, siram dengan sedikit air serta tambah sedikit tanah/kompos di atas tanah. tujuannya adalah mengalakkan pertumbuhan akar utk tumbuh dgn baik. Kes anak benih yg kering aka mati tidak dapat berbuat apa2 dah. Anda boleh semai semula benih tomato anda.

ehehehe... yg mati mmg la jawabnya berakhir di situ kisah dia.... in shaa Allah cuba utk slmtkan belen yg tinggal... dgn harapan sume slmt. Tqvm....

Hehe. Semoga berjaya saudara/i

Terima kasih atas panduan. saya nak cuba menanamnya

Selamat bertani semoga bermanfaat.

Menarik sekali penjelasan tuan tentang pokok tomato. Pokok tomato saya juga menghadapi masalah yang sama iaitu bunga gugur dan daunnya berkerekot.Kerap berbunga tapi tak lekat pun buahnua..Saya menggunakan baja najis ayam yang telah diproses..Saya akan cuba tambah fosgorus kepada tanaman saya..Terima kasih

Terima kasih kerana singgah di sini...

Try bubuh fosforus sedikit di sekeliling pangkal pokok. Semoga berhasil saudari. Tapi jika anda tidak kesah atau tidak mementingkan sayuran organik. Baja buah urea biji (warna putih) boleh membantu. Letakkan satu sudu makan disekeliling pokok dengan syarat gembur tanah terlebih dahulu dan disusuli dengan siraman air yang cukup.

Boleh tk en carlz email sy di ji_kiel@yahoo.com. sy sngt2 bminat tuk mpelajari mgenai penanaman tomato ini.. ponsikou..

Akan diusahakan kio bila ada masa terluang. Miagal nopo.

campurkan jugak dengan kalsium dolomite semasa menyediakn tanah. kalsium menjadikan buh tomato ini tidak reput di hujung buah.blosoom end rot, untuk kawalan serangga , gunakan neem oil spray di daun semua. tomato mudah terkena fungus dan aphid yang mnyebabkn daun mengerekot. fungus ini kekadang datg skali dgn menumpang pada badan aphid. paling baik nak kawal fungus ini ialah cuba elakkn daun dan batang tomato drpda terkena tanah dan air. that is greenhouse is perfect.sembur neem oil. dptkan dr kedai hardware ace ataupun di econsave mungkin ada. suhu tanah amat tiggi juga mnyebabkn fungus dan aphid amat suka serang tomato. suhu sejuk amat sesuai dgn tomato. boleh cuba.

terima kasih infonya, sangat bermanfaat

sebab apa daun pokok tomato jadi bergulung buah nya keluar ...macam mana cara nya hendah cegah nya

daun pokok tomato bergulung banyak sebab antaranya serangan hena atau apid. Kurang unsur zat makanan dan sebagainya. try cek daun pokok tomato anda dengan teliti di belakangnya. Jika ada makhluk berwarna putih atau hitam. Cepat2 hapuskannya dgn memicit atau sembur rancun organik.

Jika tidak ada pula maknanya tumbuhan kurang zat makanan oleh yang demikian sila siram pokok tomato anda dengan kompos teh, baja cecair ikan atau air beras. bubuh juga sedikit kulit pisang dalam tanah jauh dari batangnya.

Jika tidak jalan juga. periksa nilai ph tanah anda, pokok tomato sesuai tumbuh pada nilai ph 6.5 hingga 7.0. jika kurang dari 6.5 sila tambah serbuk kapur pertanian dan gembur2kan tanah. Jika tanah melebihi ph 7.0 maka anda kena bubuh sulfur pula bagi mengurangkan kealkhalian tanah.

semoga berjaya....

Salam... Sy tanam pokok tomato dlm pasu... Da kua buah... Tp tetiba je gugur... Kenapa yer boleh gugur?

Wa alaikum salam farrah, ada beberapa kemungkinan. Pertama, kurang nutrient terutamanya fosforus dan magnesium (dua bahan asas makanan ini berfungsi untuk bunga dan buah). Kedua serangan penyakit.

Ini adalah andaian awal saya, sbb kalau nak diagnosis masalah sesuatu pokok kena lihat aspeknya secara keseluruhan, pokok tu depan mata. Banyak sebab mengapa buah tomato gugur.

jika media dlm pasu tu kering lakukan siraman, dan tidak perlu jika media masih lembab. Pokok tomato boleh layu dengan sendiri jika media terlalu basah sbb fungi/kulat boleh serang akar pokok.

Cuba bubuh kulit pisang yang dipotong kecil2, buat lubang dlm tanah kira2 3 inci dan masukkan kulit telur sesudu kecil. Boleh guna apa-apa kulit pisang ya. Juga bubur kulit telur hancur pada media. Dua bahan ini kaya dengan fosforus, magnesium dan kalsium baik untuk akar, buah dan bunga. Tanam jauh sikit dari batang pokok ya utk keselamatan pokok anda.

Lakukan pembajaan sekali seminggu dgn menggunakan baja NPK organik. Bubuh sesudu baja disekeliling pangkal jauh dari pokok dan gembur sedikit tanah untuk baja masuk dlm tanah. Lebih elok tanam dalam media jauh dari batang pokok tomato anda.

Untuk lebih elok pokok anda sembur booster roti pada pokok dua minggu sekali. Juga boleh gunakan kompos teh atau baja cecair ikan jika ada. lakukan semburan atau spray dan siraman pada media/tanah.

Semoga berjaya. Jangan lupa update sini perkembangan pokok tomato anda.


Jusery

salam...saya ada 2pokok tomato yang telah membesar sebagai juara..masalah yng timbul..tomato sy berbunga tp last gugur....xsempat nk kuarkan buah...nape ye...sy dh xsabar nk tgk tomato kuarkan buah

Masalah puan sama gak yg berlaku kpd kwn2 kita di atas tu. Ada beberapa sebb:

Kurang cahaya, tomato perlukan cahaya mthari penuh.

Kurang unsur fosforus n magnesium

Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk. Musim hujan jg mengganggu pembentukan buah

Cuba bubuh serbuk kulit telur, try cek entry panduan membuat serbuk kulit telur di blog ini. Tabur sesudu sudah memadai.

Letakkan pokok anda di kwsn terkena chaya mthari penuh. Jika ditnm dlm pasu

Semoga berjaya

Masalah puan sama gak yg berlaku kpd kwn2 kita di atas tu. Ada beberapa sebb:

Kurang cahaya, tomato perlukan cahaya mthari penuh.

Kurang unsur fosforus n magnesium

Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk. Musim hujan jg mengganggu pembentukan buah

Cuba bubuh serbuk kulit telur, try cek entry panduan membuat serbuk kulit telur di blog ini. Tabur sesudu sudah memadai.

Letakkan pokok anda di kwsn terkena chaya mthari penuh. Jika ditnm dlm pasu

Semoga berjaya

Terima kasih tuan atas semua perkongsian. Blog tuan banyak membantu beginner macam saya. Kebetulan saya pun baru belajar menanam tomato. Sblm ini sudah bbrp pokok yg ditanam dengan merujuk blog ini dan jg kawan2 yg berpengalaman.

Semoga tuan sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Semoga bermanfaat saudari.

Terima kasih di atas perkongsian yg diberikan..sungguh bermanfaat..sy pun skrg sdg berjinak2 dlm penanaman pokok nih..mcm2 dh ade..cume ade yg menjadi dan tidak..baca entry tuan byk ilmu yg sy dpt..moga bermanfaat..

Salam terima kasih kerana singgah di blog ini. Semoga bermanfaat saudari dan jom bertani di laman rumah.

Pokok tomato berbuah lonjong bukan bulat. Ap yg menyebabkan buah yg terhasil menjadi sedemikian??. Adakah disebbkan varieti?.

Benih beli di mana? tomato banyak jenis dan variati. Buah lonjong tu salah satu variati tomato juga saudara/i. Antara buah tomato jenis lonjong ialah seperti tomato ceri anggur dan tomato austin pear. Tidak ada masalah tu saudara/i yang penting berbuah dan dapat dituai. hehe


kurang nutrient Nitrogen. aooly baja Npk :)

terima kasih utk perkongsian ilmunya,sy bru berjinak2 dlm dunia kebun bandar.

Semoga bermanfaat dan selamat bertani ana marjan

Tumpang tanya...saya menggunakan sistem fertigasi 20polybag d rumah...dalam 1polybag ada 3anak pokok tomato...jadi perluka saya matikan 2anak pokok..cuma simpan 1pokok sahaja? Terima kasih๐Ÿ˜Š

Hai lajuding Azam

tanaman sistem fertigasi menggunakan polibag, saiz dan ruang terhad. oleh itu tanam 1 pokok utk satu polibag sudah memadai. kerana dikhuatri berlaku perebutan nutrient dalam polibag dan menghasilakn hasil buah yg tidak berkualiti, kecil dan sebagainya. cukup satu pokok sahaja dalam satu polibag utk hasilkan pokok sihat, buah berkualiti dan bersaiz besar. boleh bertanya kpd pakar pertanian di kawasan tuan untuk maklumat lanjut. Moga bermanfaat

Terima kasih๐Ÿ˜Š...lain kali saya tanya lagi ya...mau balik rumah jadi pembunuh pokok tomato๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Terima kasih๐Ÿ˜Š...lain kali saya tanya lagi ya...mau balik rumah jadi pembunuh pokok tomato๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ok tuan. Blog ini senantiasa terbuka kpd semua utk menanyakn soalan.

Ok tuan. Blog ini senantiasa terbuka kpd semua utk menanyakn soalan.

salam, adakah tomato boleh dibiakkan dng tunas airnya? jika boleh, apakah caranya? terima kasih atas tunjuk ajar.

salam, adakah tomato boleh dibiakkan dng tunas airnya? jika boleh, apakah caranya? terima kasih atas tunjuk ajar.

Wa alaikum salam. Tunas air atau sukers boleh dibiakkan dgn cara potong tunas yg melebihi 6 inci kemudian rendam dlm air hingga keluar akar, tanam tunas air tersebut mcm biasa. Selamat mencuba


EmoticonEmoticon